AWAS! FLASH CAMERA MENYEBABKAN BAYI JADI BUTA KEKAL

30.7.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

 Kita sekarang dari umur 1 hari anak kita.. keluar je dari perut terus hala camera nak snap pic. Yelah.. nak simpan moment tu untuk depa tengok besar nanti kan. Tak salah niat kita tu tapi jangan salah cara sebab kalau salah cara mungkin memudaratkan bayi yang masih kecil.

Serius seriau aku baca berita seorang bayi berusia 3 bulan yang buta akibat flash dari kamera. Selama ni kita tak rasa benda tu serius.. Mungkin kita anggap kalau buat kerap2 baru bagi kesan buruk pada anak. Tak terfikir mungkin sekali kita buat memberi kesan buruk pada anak anak kita terutama masih bayi.

Ya Allah kesian aku tengok baby ni. Sumber ERA fm

Kisahnya seorang bayi buta sebelah mata lepas kawan parents dia terlupa nak tutup flash masa ambil gambar close up bayi tersebut. baby tersebut mengalami rabun sebelah mata kiri & sebelah kanan buta. Kecacatan tu di sahkan doktor kekal & tak boleh di rawat lagi. Flash telah merosakkan sel-sel macula yang merupakan sebahagian daripada mata di mata sinaran cahaya tertumpu masuk. Kerosakan tersebut boleh menyebabkan kehilangan penglihatan pusat yang mana kanak-kanak dan bayi sangat sensitive kepadanya.

Moral of the story.. tak kira anak kita atau anak orang jangan sesuka hati nak ambil gambar dengan flash. Nak2 lagi yang pergi melawat baby baru lahir tu. Aku kadang2 tak pegang anak orang sebab risau baby kecik2 kena effect ke bukan sebab tak sudi nak dukung. Apatah lagi nak snap gambar. Takpe la orang tengok kita macam tak mesra baby.. sebab kadang2 bukan semua mak bapak suka orang sentuh @ dok snap gambar anak dia. Jadi kita ambil langkah selamat sudah.

Yang menarik
Video! Ada orang anggap surirumahtangga yang buat perkara ni adalah gila. Nak tau apa benda dia buat meh la tengok kat sini >> [VIDEO] Some people would say it's crazy for a housewife to do something like this <<

4 comments:

  1. untuk gambar dekat tak payah flash sebenarnya,..tak cantik..heheh..

    ReplyDelete
  2. komen akak tu untuk kamera enpon la..heheh

    ReplyDelete
  3. Betul tu...kadang mak ayah baby pn tk suka kita pegang2 anak dia..bby lagi risau badan dia sakit2....sy kalau nk amik gamba pn mintak izin dulu..kalau bole2 la...kalau tk bole tkde la gedik2 nk amik...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah... kesiannya kt bby tu.... lepas ni kena sentiasa alert...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!