BILA KITA SEDAR YANG BAIK DENGAN KITA CUMA KAKI KIPAS

2.7.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

Bak kata pepatah aku.. Kita lebih banyak di bohongi saat kita punya segalanya.. nama, harta, kemahsyuran. Tapi kita akan jumpa sebuah kejujuran bila kita tak punya apa - apa. Sebab tu dalam hidup kita jangan selesa dengan pujian.. sebab pujian sekarang umpama ada udang di sebalik batu.

Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan harga minyak yang naik 10sen hahaha

Saat kita sedar di yang ramai di sekeliling kita selama ni cuma kaki kipas bukan kawan saat tu baru kita sedar bahawa sebenarnya tak ramai pun sudi berkawan dengan kita kalau kita bukan kita yang mereka kenal. Yang ada kepentingan untuk orang lain bergesel kat kaki kita macam kucing jalanan minta makan. Even kita tendang pun tetap dia datang bergesel jugak kat kaki. Even terpaksa jilat tapak kaki pun dia sanggup buat asalkan dia kenyang. Tapi kalau kita pun umpama kucing kurap.. jangankan nak gesel kat kaki, nak duduk sebelah pun orang tak sudi apatah lagi nak mengaku kenal.

Waktu tu baru kita sedar banyak kepalsuan dalam pujian & sokongan yang kita dapat. Waktu tu baru kita rasa selama ni kita syok sendiri.. Rasa kita macam bagus sangat sampai apa yang kita buat semua orang sokong & suka.

Tu la kan.. Dalam kemahsyuran seseorang tu miliki ada 1001 ujian yang Allah nak duga. Dan kalau Allah nak tarik seminit pun kita boleh hilang segalanya yang kita miliki. jangan sombong sampai tak boleh je cuit sikit dah nak tunjuk betapa kita punya kuasa yang boleh menentang orang lain dengan semudah satu jari.

Moral of the story.. Jangan jadi macam Azwan Ali. Kena warning dengan Rani Kulup baru mengelabah nak minta maaf. Jangan sombong sangat seolah2 takde sapa boleh jatuhkan kita sebab kena ingat ada yang kat atas tu boleh jatuhkan kita bukan takat terduduk.. Sampai tertiarap menyembah bumi pun boleh. Dan kalau kita jatuh jangan letakkan 100% kesalahan tu pada orang lain.. Renung balik saat kita di atas adakah kita terhindar dari sifat sombong, riak,bongkak,bangga diri yang melampau? renung renungkan selamat beramal. Peringatan untuk diri sendiri juga. Peace!

p/s :Sekadar nukilan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. hehehe

Yang menarik
Selalu kita tengok watak superhero dalam filem omputih jer.. Kalau superhero terbayang superman,superboy,spiderman bagai tapi yang korang tak tahu sebenarnya superhero wujud dalam kehidupan seharian kita. Nak tahu siapa sebenar superhero meh tengok sini >> Terbongkar! Rahsia siapa superhero sebenar <<

2 comments:

  1. Rani Kulup tu sape yer sis? ketinggalan sungguh kathy ni..hehehehe.ada gak nampak gambo dia kat fb tu..

    ReplyDelete
  2. Takut ek si diva taik kucing tu dgn rani kulup ...kahkahkah....muka ganas beb diva cecepat mintak mahap terus

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!