CARA MENGELAK DARI TERMAKAN NASI KANGKANG

23.7.15 Suria Lekatlekit 8 Comments

Aku sampai naik risau sebab setiap hari mesti sangkut keywords cara nak buat nasi kangkang kat blog aku. Bukan la sebab aku ada bagi tutorial cara nak buat nasi kangkang tapi maybe ada entri aku sebelum ni yang cerita berkenaan sihir nasi kangkang. Dari keywords tu.. Maybe ada di antaranya menggunakan teknologi untuk cari cara membuat nasi kangkang. Tujuan Wallahualam... Maybe sekadar untuk info & tak mustahil jugak ada yang berniat nak buat pada seseorang... Na'uzubillah.. Moga2 di jauhkan kita dari terkena sihir nasi kangkang ni terutama lelaki la kan..

Dari keywords blog aku

Nasi kangkang ni selain menggunakan perantaraan Jin & syaitan tapi ramuan & cara penghasilan dia sangat sangat kotor. Bila terbayang confirm aku jadi morning sickness tetiba.. Moga kita tak jadi para wanita @ isteri yang sanggup melakukan benda syirik & khurafat tu semata mata nak ikat suami dari berubah hati pada orang lain. Ingat Mati akak acik Ooi...

Lelaki terutamanya.. Kalau korang rasa pasangan korang lain macam jer korang boleh la amalkan benda ni untuk mengelak dari terkena sihir nasi kangkang ni..

1) Tiap kali lepas solat maghrib... amalkan membaca ayat ketiga terakhir surah Al-Baqarah (maksudnya ketiga2 ayat yg terakhir Surah itu kena baca) &  Ayatul Kursyi.

2) Apabila makan, selain membaca doa makan... amalkan membaca doa berikut :-
Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiunfillardi wala fis samai wahuwassami
'ul 'alim

3) Jgn lupa solat hajat mohon kepada Allah moga sembuh dari sihir itu - sehari sekurang2nya 2 kali.

4) Rajin baca surah Al-Baqarah

 Mohonlah pertolongan dari Allah.. Semoga kita di jauhkan dari kejahatan manusia, jin & syaitan. Peringatan buat kaum wanita.. Menggunakan perantaraan jin untuk kepuasan diri percayalah benda tu akan bagi kemudaratan pada diri kita balik. Benda2 sihir semua ada korban ganti.. Dia macam pantun pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Takde dia bagi kat ko di halalkan dunia akhirat.. dia bagi dia nak balasan. Sampai satu ketika bila kau dah tak dapat bagi dia balasan.. benda tu akan makan diri kau balik.

Moral of the story... Dalam Al Quran dah sedia tutorial macam mana nak melembutkan hati pasangan.. Nak mengikat hati pasangan kenapa perlu guna khidmat jin & syaitan. Guna khidmat jin ni tak mudah pun.. dia demand macam macam jugak padahal guna jalan yang Allah dah bagi tu sebenarnya lebih mudah tapi kita je tak nak ikut & suka menyusahkan diri.


Yang menarik
Yang berniat nak sihirkan suami mereka dengan sihir pengasih nasi kangkang tu elok tengok video ni.. >> [VIDEO] Kata-Kata Lelaki Ini Pada Isterinya Sangat Menyayat Hati Ia Akan Buat Anda Sebak <<

8 comments:

  1. Nauzubillah..punya nak bagi suami tunduk sampai buat mcm tu..
    tak ingat mati ke ?Kalau nak bagi suami tu lebut hati dan sayang kita..kenalah pandai ambik dia..
    masak jangan kurang..jaga rumah.pakai dia...diri tu pun kenalah selalu cantik dekat suami..

    ReplyDelete
  2. nauxubillah..tkut tgk citer nasi kangkang aritu...geli nye

    ReplyDelete
  3. Memang berlaku pun, jadi amalkanlah ayat-ayat diatas tu..:)

    ReplyDelete
  4. Memang berlaku pun, jadi amalkanlah ayat-ayat diatas tu..:)

    ReplyDelete
  5. Tak cium bau syurga wahai isteri2..jangan la menempah tiket ke neraka..kalau sayangkan sangt suami tu biarlah sampai kekal ke syurga.Jangan pulak dia ke syurga kita masuk neraka..rugi sangt...

    ReplyDelete
  6. Memang menakutkan ada orang sanggup berkawan dengan jin & syaitan untuk dapat apa yang diimpikan. Amalkan ayat pendinding, elakkan kita jadi mangsa.

    ReplyDelete
  7. sy rasa sebab bebaru ni Astro ada tayangkan cerita Nasi Tangas tu le... ewwwwwww!

    ReplyDelete
  8. Tip yang bagus dan saranan yang selalu diajar oleh agama kita Islam... baca surah lazim dan berdia serta solat hajat agar dijauhi benda khurafat dan keji ini.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!