KISAH SEBUAH RUMAH SEWA YANG DAH 10 TAHUN

5.7.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

Mesti korang semua dah terbayang.. rumah sewa ni ada kisah misteri di dalamnya setelah 10 tahun berlalu. Mesti korang mula terfikir.. Kena baca siang2 hari, kalau malam2 baca confirm takut nak ke toilet lagi. Tapi sebenarnya... Ok korang baca la sendiri apa kisah di sebalik rumah sewa yang dah 10 tahun ni...

Gambar sekadar hiasan.

Diam tak diam dah 10 tahun aku tinggal kat rumah yang sama dari hari pertama aku berhijrah ke sini sampai la aku dah ada anak sorang. Dari mula2 tinggal bertiga sampai la tinggal aku sorang & sampai la aku tinggal dengan suami & anak. Rumah ni banyak memori dengan arwah ayah.. sebab dulu kalau arwah ayah & mak datang sini even ada rumah adik aku, tetap rumah aku ni la dia suka nak check in. Rumah ni dulu nak masuk duit mak aku jugak.. Masa tu sedara sendiri tolong arrange cari rumah lepas adik aku dapat kerja gomen kat MITI.

Condition rumah ni memang dah tak berapa bagus sekarang.. dengan jiran kepoh 24jam sehari tapi pasal jiran tu aku tak ambil pot sangat. Tapi sebab banyak sentimental value pada rumah ni.. sayang jugak nak tinggalkan tapi sebab owner rumah ni nak naikkan sewa yang aku rasa tak sesuai dengan condition rumah ni. Bukan jer nak naikkan sewa tapi aku kena bayar balik deposit baru + api air macam nak masuk rumah baru balik dengan harga sewa yang baru. Yang rosak dalam rumah ni dia kata dia takkan repair sebab nak repair memang aku kena pindah baru boleh repair. Bab repair tu tak kisah la tapi bab nak kena bayar balik deposit selepas 10 tahun aku sewa ni tu yang aku rasa tak berapa puas hati. Dulu dia kata masa deal dengan sedara aku takde agreement.. dia ambil deposit pun sebulan jer + api air. Tapi katanya ada sebulan sedara aku tak bayar sewa jadi burn la deposit tu. Burn jugak la duit mak aku. Jadi lepas ni katanya dia nak buat agreement so aku kena bayar balik deposit.

Sebenarnya banyak kisah di sebalik nak sewa rumah ni.. Cuma malas nak cerita sebab mengaibkan. Cuma tu la pengajaran.. duit orang dah tak kenal sedara ke sapa. So,kita kena sentiasa beringat & jangan mudah percaya dengan orang walau sedara mara sendiri.

Sebab condition rumah dah tak berapa memuaskan.. nak kena bayar deposit macam nak masuk rumah baru.. kadar sewa baru tu aku boleh dapat rumah yang lebih baik dari rumah aku sewa sekarang.. maka kami decide nak pindah je. Sekarang tengah proses cari rumah la. Memang sesak jugak dada rasa.. bulan puasa, tak lama lagi nak raya, nak kena cari rumah lain dalam bulan ni jugak sebab start bulan depan dah kena bayar sewa baru + kena bayar balik deposit baru. Tapi aku tetap positif.. Allah menguji kita dengan kemampuan kita untuk hadapi. Merungut atau merintih takkan menyelesaikan apa apa masalah. Jadi aku pilih terus berusaha walau sesusah mana sekalipun.

banyak sangat memori kat rumah ni.. Rumah pertama aku bila sampai sini, rumah pertama aku memulakan kehidupan rumahtangga & rumah pertama aku bergelar seorang ibu. Rumah ni banyak memori dengan arwah ayah.. Tapi nak buat macam mana ia tetap bukan rumah aku. Cuma apa yang aku harapkan Allah permudahkan segala urusan kami untuk berpindah ke rumah baru. Moga dapat rumah yang sesuai dalam masa terdekat ni.

Moral of the story.. Dugaan itu datang bersama hikmah tersembunyi..Yang paling penting kurang merintih banyakkan berusaha sebab merintih bukan penyelesaian.

P/S : Sepanjang aku duduk kat situ bukan tak pernah naik langsung sewa rumah.. cuma kenaikkan sebelum ni aku rasa ok lagi cuma kali ni dengan condition rumah dah tak berapa bagus & syarat di kenakan pun tak memuaskan so terpaksa la cari rumah lain.


Yang menarik
Awas! Artikel ni boleh menganggu emosi orang yang suka makan ayam >> WARNING: Sesiapa yang suka makan ayam mungkin susah nak terima apa yang bakal dibaca ni. <<

5 comments:

  1. baca tajuk entri dah terbayang cite rumah berhantu .. hihi..

    ReplyDelete
  2. Moga di permudah urusan sis sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. Bertabah suria semoga di permudahkan Allah moga dapat rumah baru yg lebih bagos dan selesa dari ni

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan Suria sekeluarga.. Aamiiinnn.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!