MISTERI BUKIT TOK KERAMAT

29.7.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

Bukit tok keramat.. dulu zaman aku budak budak agak menyeramkan la kalau nak pergi kat situ. Yelah.. di momokkan dengan cerita2 mistik, misteri & seram berkaitan bukit tu. Almaklum la budak.. Otak masih fresh mudah percaya dengan momokkan orang tua2 dengan kisah2 hantu.

 Sekadar hiasan. Carian Google

Tapi pernah jugak dulu hiking kat lereng bukit tok keramat. Masa join aktiviti pengakap sekolah rendah dulu. Pengakap Uolls... kenit2 aku pun kemain pengakap katanya. Padahal sesi latihan pengakap mingguan jarang sangat aku nak pergi. Lencana orang bersusun aku ada la satu dua sebab banyak aktiviti aku tak join. Yelah.. aku ada aktiviti lagi best kat rumah dengan geng kampung aku. Kami pun selalu hiking kat satu bukit yang kami panggil bukit rohana. Sebab dekat dengan rumah seorang kawan bernama Rohana. hahahaha

Bukit tok keramat ni sekarang aku tak sure jadi apa.. Terletak kat kampung aku jer. Hujung kampung la. Dah lama tak menjenguk kesitu. Dulu pun bukan rajin sangat dok pi sana. Orang tua2 tak bagi pi. Katanya ada rimau.. banyak binatang berbisa. Almaklum hutan bukit bukau ni kan.. Yang misterinya sampai sekarang aku tak tau siapa Tok keramat tu & apa yang keramat nya bukit tu. Masih berkeramatlah lagi kah?? Dan siapa bagi nama bukit Tok Keramat??

Tapi tu la kawasan berbukit & hutan ni kalau orang yang minat aktiviti hiking (mendaki) memang sesuai la.. Alah takat mendaki  bukit yang tak mencabar sangat tak thrill la kan?? Kalau korang nak mendaki bukit tok keramat ni jauh sangat. Kat kedah.. Tapi korang yang duduk area KL selangor nak hiking boleh try kat 9 lokasi hiking yang maybe korang belum pernah try. Nak tau kat mana meh la tengok kat sini >> 9 Lokasi Mendaki Yang Mungkin Korang Belum Tahu <<

Moral of the story.. Sekarang ni tak susah nak mendaki tak payah cari bukit bukai bagai.. Banyak tempat tinggi boleh di daki. Macam rumah aku ni pun kalau lift rosak kena mendaki jugak. Mendaki tangga kejayaan katanya...

3 comments:

  1. Skrg ni byk trek mendaki yg dorang dh siapkan tali utk berpaut x mcm dulu2..

    Akk zaman sek dulu minat gak mendaki atau meredah hutan. Asal ada camping mana2 je mmg suka aktiviti tu. dah tua ni xde makna nk buat tu semua. Jln kaki le gua niah 3 km dgn ank2 aritu tu pun rasa mcm nk merangkak dah.

    Err bkn kata nk mendaki bukit tok keramat, bukit atas umah akak ni pun tak mampu akk nk daki skrg ni. Pancit selalu.

    Zaman skrg ni silap2 harimau pun xde dah kat bukit tok keramat tu kot suria. Ye lah byk hutan dah diteroka mungkin haiwan2 tu dah berhijrah

    ReplyDelete
  2. Apa cerita pasal rumah sis sekarang ? Masih duk rumah lama ke? Lupa lak nak tanya. Kalau dah alamat baru,jangan lupa bg Kathy ye sis?

    ReplyDelete
  3. Best tu hiking....tapi tk berpeluang nk berhiking dh sekarang ni...hehhe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!