NI SEMUA KERANA BLOGGER YANG BUAT...

9.7.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Sebelum wujud smartphone atau sms.. Kad raya memang popular bila menjelang hari perayaan. Tak kira la kat kedai buku, supermarket, pasar malam bersepah orang jual kad raya. Tapi semakin pupus bila ucapan raya mula di hantar dalam bentuk digital. Mula2 sms, lepas mms, lepas tu elektronic card melalui email.. & bila dah wujud laman sosial.. kada raya dah tak jadi satu tarikan. Semua sampaikan ucapan secara online.


Tapi nampak blogger sekarang cuba mengembalikan zaman kegemilang kad raya even blogger kebanyakkan tempah dengan design eklusif takde beli kat luar. Dah makin jadi trend blogger kirim kad raya ni.. Bagus mengembalikan nostalgia yang hampir di arkib & jadi sejarah. Even selalu keep in touch kat laman sosial tapi bila dapat kiriman kad raya ni feel dia lain. Termasuk la aku.. Tapi tu la aku dah siap2 tulis nak balas kad raya tapi setem laki aku asyik lupa beli. Aku tak salahkan dia.. sebab sekarang ni banyak benda yang kami nak fikir & kena buat. Nak push sangat pasal setem rasa tak berapa sampai hati. Insya Allah.. aku akan cuba jugak hantar even lepas raya.

 Dah siap tulis 5 kad raya ni tapi tu la.. rezeki nak mengepost belum ada.

Bila blogger mula menghidupkan trend kad raya ni.. Insya Allah akan jadi ikutan. Percayalah mungkin zaman kegemilangan kad raya akan kembali meriah walau di era gadget elektronik & internet ni. Tak mustahil lepas ni ada kad raya akan jadi hiasan dinding rumah bila menjelang raya macam zaman 90an dulu. Siapa tahu kan??

dah lama tak dapat kad tetiba tahun ni ada pulak blogger yang kirim. Apapun terima kasih semua

Kita patut berterima kasih pada blogger yang menghidupkan kembali amalan menghantar kad raya ni. Kerana blogger2 macam ni merasa jugak kita kembali seperti zaman sebelum kewujudan gadget2 elektronik macam sekarang. Semua ni kerana blogger... Sapa tak setuju duduk tepi!! hahahaha

Moral of the story.. walau kita hidup dalam era moden serba canggih tapi tetap yang lama jugak kita akan rasa best sebab nampak kemeriahan tu. Kalau setakat hantar ucapan melalui sms, mms atau kad elektronik mana boleh gantung. ye dak??


Yang menarik
Yang tak cukup duit nak beli kereta meh baca ni macam mana korang boleh buat untuk dapatkan kereta idaman korang >> TIPS RAYA: 7 Rahsia Berharga Untuk Beli Kereta Kegemaran Anda Tanpa Menelan Belanja Tinggi <<

 

4 comments:

  1. Betul tu sis.. sebenarnya lebih sentimental lagi pemberian kad raya seerti ini berbanding ucapan e-kad raya dan sebagainya. Kathy sendiri sangat seronok bila mengirim dan menerima kad raya dari rakan-rakan.

    p/s: pasal kiriman kad raya dari sis tu,tak mengapalah sis kalau tak dapat kirim. Utamakan dulu hal yang lebih penting. Kami faham juga denganmasalah dan urusan sis tu.

    ReplyDelete
  2. Tu la... Best betul de rakan blogger ni... Kembali menggamit memori..

    ReplyDelete
  3. Nostalgia dahulu kala kini kembali kerana blogger...

    ReplyDelete
  4. Insya Allah... moga ia dapat dihidupkan kembali nostalgia kad raya ni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!