PENIAGA KL/SELANGOR TAK PANDAI MASAK LAKSA UTARA

24.7.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

Jangan marah tapi itulah kenyataannya.. Majoriti laksa utara yang di jual di sekitar KL/Selangor ni memang menghampakan tekak original orang utara macam aku. Dah dekat 10 tahun aku tinggal kat sini.. Tak jumpa lagi laksa yang betul2 sedap macam orang utara masak. Majoriti kalau tak terlebih masin, mesti terlebih masam atau kuah terlebih pekat sampai tak nampak kuah nampak isi ikan jer tebal tebal. Sedangkan laksa utara yang sedap semuanya kena seimbang. Ni bukan laksa utara dah rasa macam asam laksa cina kalau terlebih ikan,terlebih asam bagai.

Balik kampung kalau nak makan laksa malas nak masak senang nak cari laksa sedap sedap dengan rasa utara yang original.. Bagi aku negeri2 di kawasan utara jer pandai masak laksa utara. Kedah, perlis,penang & perak utara. Negeri2 lain terutama selangor & KL memang kebanyakkan failed masak laksa utara. Maybe kena tangan orang utara jugak kot buat. Tapi kadang2 tengok peniaga tu kemain loghat utara pekat tapi laksa alahai.. tetap tak menepati standard kesedapan laksa utara yang original. Tu pendapat aku la.. pendapat tekak aku yang merasa. Tak mewakili pendapat orang lain.. So, tak perlu pertikaikan. Taste orang kau nak paksa dah kenapa kan? kalau aku rasa tak sedap takde undang2 boleh mendakwa aku. Tekak aku, aku punya suka la kan.

Orang kulim nak rasa laksa Seafood kawan aku ni boleh la try. Ramai puji sedap
( LOKASI GERAI )
Tmn Tiram Lunas ikut jln simen besebelahan pdg bola..npk khemah merah tu la gerai laksa tumis seafood iejazol
(WAKTU NIAGA)
12 tghri - 7 mlm

Sebab teringin sangat nak makan laksa utara yang sedap lepas balik dari kampung. Nak beli memang susah nak dapat rasa yang macam aku nak even laki aku cakap setakat nak makan sepinggan dua laksa beli je tak payah susah2 masak tetap aku nak masak jugak katanya. Kalau beli confirm aku tak puas hati. Maka masaklah aku di malam hari semalam. Tak banyak pun aku buat... cuma 10 ekor ikan sardin size kecik tu. Aku masak aku makan & tahniah aku berjaya memuaskan selera serakah aku ni... Almaklum la.. air tangan orang utara la katakan.

Ni la hasil bertukang kat dapur semalam..Pinggan tak lawa tapi aku bukan makan pinggan hahahaha

Resepi laksa utara ni mudah jer

Ikan (terpulang korang nak guna ikan apa. Bagi aku ikan kembung & ikan sardin tu sedap)
Cili kering
belacan
Bunga kantan (kalau ada.. takde pun takpe)
Daun kesom (Ni kena adakan jugak)
bawang (aku guna bawang besar & putih)
laksa ( kalau takde tak nama laksa la kan)
Asam keping (2 keping cukup la sebab aku masak sikit je. 10 ekor ikan sardin size kecik)

Cara buat...
Rebus ikan.
Asingkan isi dengan tulang
Blend isi ikan (jangan halus sangat)
Blend tulang ikan tapis ambil air je
Air ikan yang rebus ikan tu pun simpan nak guna jugak
Blend cili kering, sedikit belacan, bawang besar & putih

Masak cili & bawang blend tadi sampai masak (tak masak kang sakit perut pulak)
Dah masak masukkan air rebusan ikan tadi. Tapis takut ada tulang ikan
Lepas tu masuk air tulang ikan yang blend tadi (tapis jugak takut ada tulang)
Masukkan isi ikan yang dah blend.
Masukkan asam keping, daun kesom & bunga kantan kalau ada.
Biar je dia berdikari kat situ atas api.. Jangan lupa masukkan garam jugak.
Korang pi rebus laksa dulu. Kalau beli laksa kering la. sebab laksa kering lama sikit nak rebus. Kalau laksa Instant tu kejab jer

Bahan ulam ulaman dia
Aku guna daun senohom.. (orang Kl panggil apa daun ni tak sure)
Takde daun senohom guna daud salad pun boleh ikut suka la
Bawang mentah
Timun
Telur
Cili padi

Sebenarnya nak buat laksa sotong tapi sotong kering lupa nak pesan laki aku beli. Jadi buat laksa utara tanpa sotong je la hahaha. Alah sotong kering tu masak macam sambal tumis jer makan dengan laksa memang sedap.

Nak buat kuah laksa ni memang mudah cuma kena pandai matchingkan bahan perasa dia.. Paling penting belacan,cili, & asam keping jangan terlebih. Bagi aku kalau terlebih atau terkurang benda tu akan buat rasa kuah laksa jadi hampeh. Isi ikan pun jangan terlampau banyak, jangan terlampau halus masa blend.. Tu pun mempengaruhi rasa. Kuah laksa memang nampak berkuah bukan macam makan isi ikan jer. Tapi jangan cair sangat macam sup.

Tu je la tips & resepi aku boleh share dengan hangpa. Aku bukan la pandai masak sangat tapi boleh la setakat nak kenyangkan tekak sendiri & tekak orang2 di sisi katanya.

1 comment:

  1. Urrgghhh laksa penang my favourite!! terliur tengokkk! Akk meh la post kat sini sebungkus.. hehehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!