RAMAI IBU JADI RIAK BILA MEMILIKI SUSU BADAN YANG BANYAK

7.7.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Aku bukannya dengki.. Aku pun menyusu anak sampai setahun lebih jugak sebelum tukar ke susu formula. Masa anak aku lahir memang susu melimpah ruah even aku tak ambil apa2 supplement cuma minum susu anmum jer. Sampai terpaksa pam keluar.. lepas tu buang je sebab anak aku time tu tak nak menyusu dari botol. Punyalah banyak rezeki susu.. Tapi tak terasa pulak nak canang2 kat orang yang aku ibu yang subur dengan susu. Bab2 macam tu aku sensitif sikit nak share...

Gambar sekadar hiasan. Carian Google

Tapi sekarang ni aku tengok ramai ibu2 yang menyusu badan anak dia macam terlalu menunjuk. Kadang2 statement dorang tu nampak bangga & riak sangat. Contoh.. "Sorry anak aku tak minum susu formula.. Hanya susu ibu. Tengok la sihat & kuat. Bijak pulak tu.." Atau.. ayat penjual produk.. "Takde alasan susu kering.. Yang ada cuma nak atau tak BF anak sampai 2 tahun." Macam susu tu boleh kau bancuh kemudian isi dalam nenen kau! padahal dia lupa.. susu ibu juga rezeki dari Allah.. Produk cuma ikhtiar. Kalau Allah tak mengizinkan ia terjadi.. kau telan la produk milk booster katanya... tak keluar jugak susu kau tu even kau perah guna spin kat washing machine sekalipun.

Atau jenis yang tak habis2 nak bagitau orang yang anak dia minum susu ibu.. sampai kita dok tengok update dia pun rasa.. Macam kau sorang ada susu badan. dah tak nampak dia nak berkongsi kebaikkan susu ibu tapi nampak lebih nak menunjuk kelebihan dia ada. Kalau niat nak berkongsi.. Cara perkongsian tu biarlah tak nampak macam bangga/riak melampau, memperkecilkan orang lain atau mempertikaikan orang yang takde kemampuan menyusu badan anak dia. Takde siapa nafikan kebaikkan susu ibu.. Kalau boleh ramai para ibu sekarang nak susukan anak dia dengan susu ibu cuma bukan semua orang berpeluang buat macam tu. Ada orang sebab kesihatan,ada orang sebab memang tak ada rezeki susu. Semua tu perancangan Allah.. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Bukan para ibu yang takde susu tu golongan ibu yang pemalas, kekurangan atau nak jaga badan jer..

Jadi geng tayang susu tu berpada pada la dalam nak berkongsi atau keluarkan statement. Jangan sampai golongan yang tak berkemampuan menyusu baby mereka terasa terhina dengan post anda. Nak jual produk pun tak payah mempertikaikan orang yang tak ada susu. Nak meniaga ni kena cakap perkara yang orang suka dengar bukan sakit hati bila dengar.

Moral of the story.. Susu apa pun yang mak bapak bagi kat anak anak.. semua nak yang terbaik. kalau dia taknak bagi yang terbaik.. baik tak payah bagi susu langsung. Jadi, jangan rasa ibu yang bagi anak2 dia susu formula tak kisah dengan tumbesaran & kesihatan anak dia ok! Kemampuan setiap orang berbeza.

P/S : Pendapat ini tak merujuk kepada semua ibu2 yang breastfeeding yer.. Segelintir yang buat kalau terasa bagus la. hehehe


Yang menarik
Kata2 lelaki ni kepada isterinya akan buat anda mengalirkan airmata. Jom tengok video dia kat sini >> [VIDEO] What This Man Says To His Wife Will Break Your Heart And Bring Tears To Your Eyes <<

7 comments:

  1. faham kak suria..anak yoorin pon sama, xnak minum susu ebm yg disimpan..nak yg fresh baru perah je.. kat rumah pon langsung tak nak botol.. tiap2 ibu ngan perangai anak ni lain2 kan.. hehe.. bersangka baik je laa depa nak share apa pon.. nasib tunjuk botol ebm je, kang tunjuk tetek dengan susu menitis lagi parah.. kui3

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat menyusukan anak sampai 6 bulan je..

    ReplyDelete
  3. Agreee..... semua ibu nak yang terbaik untuk anak masing2....

    ReplyDelete
  4. Sesetengah ibu terlalu ghairah nk share tanpa fikir sensitiviti org lain.namun xsemua mcm tu.mungkin juga pendekatan penjual produk pon salah.mkn la pape milk booster kalo xrajin kosongkan b, susu takkam bertambah juga.papepon suma ibu nk yg terbaik utk anak masing2 kan ☺

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,mamu susukan keempat anak tanpa sebarang milk booster. Allah juga yang bagi rezeki ini.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!