SELFIE DENGAN BATU NISAN DI KUBUR IBU

22.7.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Baru raya ke empat haritu aku up status syukur tahun ni takde Alien2 turun ke bumi jadi culture shock jumpa kubur manusia sampai rasa nak berselfie.. Rupanya ada jugak spesis tu raya tahun ni. Memula dapat laporan sorang retis selfie kat kubur.. Ni jumpa pulak satu gambar yang kena troll sebab berselfie sambil peluk batu nisan kat kubur mak dia.


Pelik jugak aku.. Kita kalau melawat kubur orang kita sayang ni.. Auto perasaan sayu, sedih, rindu tu akan datang takde la perasaan nak berseronok sangat sampai terasa nak posse gedik dengan batu nisan. Tapi yelah... trend sekarang kan. Suka ke, sedih ke,sambut orang baru nak hidup atau nak hantar orang dah mati ke alam barzakh.. semua nak selfie. Zaman camera sentiasa dalam tapak tangan ni gitulah jadinya.


Dosa pahala bukan aku orang yang layak bercakap tapi kalau over sangat sampai tak kira tempat nak selfie nampak sangat kau memang takde adab bila menziarah kawasan perkuburan. Ni semua berpunca sebab nak share semua moment kat laman sosial... Buat apa, pergi mana semua nak selfie sebab nak tunjuk kat orang. Seolah olah memang orang dok tunggu update rutin harian dia.

Sumber Sinar Harian

Alien2.. balik la ke planet masing2... Takde apa yang menarik pun kau nak selfie kat kubur tu. Hormatilah tempat persemadian mereka yang telah pulang kerahmatullah..

Moral of the story.. Lepas ni kena buat rules, nak masuk kawasan perkuburan no hp, no camera. Kena buat signboard kawasan larangan berselfie. Bukan apa kalau di biarkan esok2.. ada yang dok buat modelling pulak atas kubur.Yelah.. kubur sekarang cecantik.. mana ada pacak batu nisan dah.. semua pakat hiasa kubur bagai nak rak.


Yang menarik
Banyak perkara kena ambil kira dalam pemilihan contact lens ni.. Dari segi kesesuaian hingga pada tahap keselamatan & kesihatan. Jangan ambil mudah.. Kanta lekap ni bila pakai melibatkan keselamatan kornea mata. Kornea mata kategori tisu yang tidak di lindungi & mudah kena jangkitan & menyebabkan kerosakkan kekal pada mata. Sebab tu sangat bahaya kalau korang tersilap beli & pakai contact lens.Jadi pada korang yang suka pakai contact lens elok la baca ni >> Cara pilih,pakai & jaga kanta lekap dengan betul <<

7 comments:

  1. Fida yg hantu selfie ni tak pernah terasa nak selfie apatah lagi nak mabik gambar kubur je pun..Sebab kita sebagai umat Islam ni haruslah hormat keluarga si mati.Lagipun itu tanah perkuburan..Daripada duk sibuk selfie better sedekahkan al fatihah..pas balik tu ha selfie la puas2

    #hormatlahsikit

    ReplyDelete
  2. macam-macam perangai.. ginilah jadinya kalau dah ter'attached' dengan laman sosial

    ReplyDelete
  3. macam-macam gaya orang ber-selfie sekarang nih... hurmmm....

    ReplyDelete
  4. dulu pernah juga buat tapi bila fikir balik wallahu takbaik rasanya

    ReplyDelete
  5. hahahahaha.. cenggini pun ado!!!

    selamat hari raya Suria... lupa dah ucap ke belum.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Tu la kan.. kena letak signboards pula la nampak gayanya lepas ni.. orang g kubur dah tak rasa insaf dah.

    ReplyDelete
  7. ya Allah!! ni dah kemaruk sangat selfie nii sampai dengan batu nisan pun nak bergambar.. Allahuu.. Aurat pun tak tutup dengan sempurna

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!