SUAMI YANG PERFECT TAK PERNAH WUJUD

22.7.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Lelaki bernama suami/couple ni perfect cuma dalam drama/filem/novel cinta jer... Dalam realiti kehidupan mati hidup semula kau takkan jumpa lelaki perfect untuk di jadikan pasangan. Mati berangan la kalau kau nak tunggu lelaki perfect datang dalam hidup kau. Atau mereput la kau kat situ tunggu jodoh dengan lelaki yang sempurna.


Ketidaksempurnaan mereka ni kadang2 buat kita sakit hati,makan hati & kita jadi berhati hati... Takde pasangan yang tak pernah langsung even secuit buat pasangan dia terasa hati. Kau tak payah nak datang komen kat entri aku cakap laki kau tak pernah buat kau marah walau sekali sepanjang kau kenal dia. Aku akan cakap 'Kau penipu besar!"

Tapi kekurangan mereka tu sebenarnya melengkapi kehidupan kita. Kalau depa tak ada langsung kekurangan, tak ada langsung kelemahan & tak pernah buat silap langsung.. Percayalah kehidupan korang dengan pasangan macam tu akan sangat sangat boring. Dan tak mungkin akan wujud perkara yang macam dalam video ni. Nak upload tak tau pulak lagu macam hangpa tengok je la kat sini >> [VIDEO] Kata-Kata Lelaki Ini Pada Isterinya Sangat Menyayat Hati Ia Akan Buat Anda Sebak <<

Hidup ni memang perlukan liku untuk melengkapi warna kehidupan.. Kalau hidup mendatar & statik jer... apa yang berlaku sama, apa yang kita rasa sama, apa yang kita hadap sama jer hari hari... Tu tak di panggil kehidupan. Tu maybe filem cinta yang kau ulang tayang tengok hari2. Memang seratus kali kau tengok pun jalan cerita dia takkan berubah.

Moral of the story.. Nak cari manusia sempurna memang tak wujud tapi ketidaksempurnaan itu sebenarnya menjadikan kehidupan kita seimbang. Saling melengkapi kekurangan yang ada. Bayangkan semua orang cuma ada kelebihan takde kekurangan maka masih2 rasa saling tidak memerlukan sebab semua boleh buat sendiri. So, kita takkan rasa kita perlukan pasangan hidup.

7 comments:

  1. komunikasi antara suami dan isteri tu penting. kalau isteri nak kan suaminya perfect, , suami juga nak kan isterinya perfect..tp selalunya isteri tak pernah nak tengok diri sendiri.. bak kata kak suria, biarlah kehidupan suami isteri saling melengkapi, menutupi mana yg kurang.

    ReplyDelete
  2. Fuhh...terkesan btul akk bca entry sis nih tau..rasa nk copy paste nk bg kt hubs..uhuk

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat dengan entry ni... kerana itu Allah jadikan pasangan lelaki dan wanita yang penuh perbezaan. Tujuan nya utk saling melengkapi antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  4. Setuju entry ni.. apapun keduanya saling lengkap melengkapi kan... insyaallaj..

    ReplyDelete
  5. masing2 punya kelemahan...dlm drama..novel memang yg indah2 saja...

    ReplyDelete
  6. Betul....drama tu tunjuk yg syok aje..mmg takda siapa yg perfect...kita kena saling melengkapi

    ReplyDelete
  7. semua manusia pasti ada kekurangan dan kelebihan masing masing baik lelaki atau wanita. Rasulullah pun pernah buat silap, inikan pula kita yang banyak dosa ni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!