TAYANG GAMBAR ANAK BERBIKINI SPESIS TAK SAYANG ANAK

26.7.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

Kecoh isu pasal gambar pelakon kanak kanak Puteri Balqis yang berbikini sampai mencetuskan pergaduhan di kalangan peminat. Maybe ada yang menentang perbuatan meng upload gambar budak tu dalam pakaian mandi macam tu & maybe menganggap dia cuma seorang budak.. Bukan isu besar pun gambar macam tu. Bagi aku sekarang memang jadi satu isu besar sebab gambar budak2 berpakaian macam tu mungkin mendedahkan dia pada bahaya.


Rasanya tak lama kot kes gambar anak anak artis di letakkan dalam website lucah takkan mak bapak Balqis tak tau isu tu. Ke memang dia tak kisah dengan keselamatan anak dia... Tak mustahil gambar anak dia pun akan jadi mangsa. Takkan mak bapak siti balqis tak tahu pasal golongan pedofilia?? Lagipun balqis tu bukan kategori bayi lagi.. dah masuk zon kanak kanak. Even kita bernafsu normal ni tak rasa apa2 dengan budak sebesar balqis tu tapi... Kita sedia maklum dengan golongan bernafsu gila yang wujud di sekeliling kita.  Spesis macam tu kita tak boleh nampak dari raut wajah... Kalau boleh nampak cop setempek kat dahi senang kita nak kesan. Golongan macam tu sekilas pandang nampak macam orang biasa jer...

Anak awak tu artis..  Apa dia buat, gambar apa yang awak share.. memang akan dapat perhatian ramai berbanding anak blogger tepian longkang macam den ni. Sapa nak heran sangat dengan anak lekatlekit.. ye dak? pun macam tu den tetap berhati hati dah tentang gambar anak yang nak di share kat laman sosial sekarang ni. Sebab kita tak tahu siapa atau anak siapa bakal jadi mangsa. Tak bermakna kita bukan publick figure anak kita berada dalam zon selamat.

So pada mak bapak Balqis tu.. Tak comel mana pun anak awak berbikini. Lagi comel dia kalau berpakaian. So, tapis sikit gambar gambar yang nak di share. Jangan sebab tindakkan hangpa yang terlampau open minded standard otak orang barat yang berkarat, yang jadi mangsa anak. Kesian budak tu kecik sangat untuk hadap benda benda macam ni. Tu baru kecik dah macam2 kontroversi.. Kesian la anak hangpa tu. Terlalu kecik untuk hadap tekanan2 macam ni. Belum tiba masanya...


Yang menarik
8 Perkara yang tak patut & berisiko untuk di share di laman sosial. Meh tengok adakah korang termasuk dalam golongan yang melampau dalam berkongsi di laman sosial >> 8 Jenis orang yang terlalu banyak berkongsi perkara yang tak sepatutnya di laman sosial <<

2 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!