BOMOH TILIK DALAM BENTUK APLIKASI ONLINE

1.9.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

BOMOH TILIK DALAM BENTUK APLIKASI ONLINE. Zaman Teknologi sekarang bomoh pun dah takde duduk ceruk hutan belantara. Bomoh sekarang pun boleh di bangunkan dalam bentuk aplikasi. Nak menilik nasib pun tak perlu jumpa sifu2 tepi kaki lima tadah tangan dah... On je FB penuh dengan penilik versi digital. Nak tau macam mana bomoh versi online  ni meh baca entri ni.

Zaman sekarang ni paling bahaya sebab banyak penilik dalam bentuk aplikasi. Apa kita buat apa kita makan apa kita tengok semua tu boleh menampakkan perwatakkan sebenar kita katanya. Sampai berapa jumlah anak, kawen dengan sapa, bila nak kawen semua boleh di tilik melalui aplikasi. Aku tak sure jugak samada permainan aplikasi ni jatuh hukum macam menilik nasib tapi aku pernah rujuk seseorang yang lebih berilmu la dari aku katanya boleh main sekadar suka suka tapi seeloknya di elakkan sebab tak berapa bagus permainan aplikasi macam ni.

Baru ni jumpa satu aplikasi permainan meneka perwatakan jugak melalui rancangan tv kegemaran. Sebenarnya bagi aku la kan.. Bukan tilik sangat la kalau meneka perwatakkan dari rancangan tv kegemaran n. Sebab yelah kadang2 apa kita suka tu memang dah mengambarkan perangai kita. Tapi adakah aku suka filem hantu perangai aku macam hantu?? Hahaha... tak boleh jugak kan menilai perangai seseorang melalui rancangan TV kegemaran ni. Tapi kadang2 orang yang happy go lucky pun dia tak suka cerita komedi.

Termain & tergelak jugak dengan aplikasi meneka perangai dari rancangan TV kegemaran ni sebab entah apa apa la dia judge. Kalau korang nak rasa kelakar meh try main aplikasi quiz ni >> Ini Yang di gambarkan tentang anda melalui rancangan TV kegemaran <<


Apapun yang mana macam terlalu menjurus kepada penilikkan tu tak payah la nak main.. Anak berapa orang, suami orang mana, yang perangai macam mana.. Tu memang terang2 nampak berunsur tilik. Setakat macam aplikasi permainan rancangan tv kegemaran ni ok lagi la. Bukan apa.. bila kita main sekadar suka2 & share keputusan permainan tu kat FB orang lain pun akan turut mencuba. Mungkin kita anggap sekadar suka suka tapi bagi pihak orang lain mungkin benda tu di ambil sesuatu yang serius. Nak2 lagi kalau kebetulan keputusan yang dapat dari aplikasi permainan macam ni sama apa yang berlaku dalam hidup dia. Sebab tu benda2 macam ni kadang2 memesongkan akidah tanpa kita sedar atau memesongkan akidah orang lain tanpa kita tahu.

Moral of the story.. Apapun permainan berbentuk aplikasi ni pandai pandai la kita pilih. Kadang2 suka suka boleh jadi duka kalau terlalu obses dengan sesuatu tu.

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!