GAMBAR TERKINI HEROIN FILEM GILA GILA REMAJA

9/20/2015 12:56:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

GAMBAR TERKINI HEROIN FILEM GILA GILA REMAJA. Yang lahir pada tahun 80an memang tahu filem ni. Filem yang di tayangkan pada tahun 1986 antara filem popular era tu. Hero era tu Faizal hussin. Masa aku kecik filem ni aku tengok kat tv jer. Yelah time aku dah pandai tengok tv filem ni antara filem yang dah lama keluar panggung la. Pantang tengok filem ni lepas tu mesti pergi main dengan kawan2 lakonkan semula filem ni. Masing2 mula la ambil watak pilihan masing2. Memang kengkawan aku masa kecik kami suka lakonan semua filem yang kami tengok. Kemain masing2 berangan hahahaha

Poster filem Gila Gila Remaja

Tapi dalam filem tu korang boleh tengok lakonan pertama pelakon Rosyam Nor kalau tak silap. Cara dia berlakon memang dah nampak bakat masa tu tapi paling tak boleh blah cara berdialog dalam filem time tu. Dialog paling aku ingat rosyam nor..  "oh! peperiksaan!" memang skema giler. Kalau sekarang tengok balik filem tu memang rasa kelakar pelakon pelakon time tu berdialod. 100% ikut skrip.

Rosyam Nor Awal kemunculan dalam filem

Filem tu mengisahkan tentang kehidupan remaja kolej yang nakal. Watak utama dalam filem tu Azroy (lakonan faizal hussin) yang di gandingkan dengan watak Suzana Lakonan Rehana Yassin. Watak heroin memang kaku giler dalam filem tu. Totally memang kayu watak suzana tu tapi boleh di maafkan la sebab tahun tu memang tak banyak persaingan sangat. Rasanya kalau watak suzana tu bagi Ogy Ahmad daud pegang time tu lagi feel & gempak filem tu.

Pemegang watak suzana, rehana yassin

Pengambaran filem tu jugak ada babak yang di buat kat tempat yang sekarang dah jadi tempat aktiviti paranormal. Kira kategori tempat seram kat Malaysia la sekarang iatu mimaland. Time tu mimaland memang tak menyeramkan lagi tapi meriah karipapusing dengan manusia yang berkunjung di taman tema air berlokasi di gombak. Sekarang kalau korang nak pergi kayuh sampan kat mimaland memang tak jumpa dah la tasik. Yang jumpa hutan semak samun & peninggalan sisa2 mimaland tanda tempat tu pernah beroperasi. Yang dok beriadah kat situ hantu je sekarang hahaha.

salah satu babak di Mimaland

Mesti ramai nak tahu macam mana la rupa terkini Rehana Yasin sekarang yer. Dulu tengok dalam filem gila2 remaja memang comel giler dengan kening tebalnya. Muka pulak macam pan asia jer. Cuma time tu dia tak pandai berlakon sikit. Sekarang tak tau la pandai ke tidak berlakon sebab rasanya dia pun dah tak berlakon lagi.

Geng Azroy bila dah habis kolej katanya. Hahahaha

Kalau korang nak tengok inilah rupa terkini pemegang watak suzana heroin filem gila gila remaja tahun 1985 tu. Walau chubby sikit tetap cantik.

Biasa la dah berumur berat badan maybe bertambah bersama usia yang penting muka tegang,cekang & awet muda lagi. Kekal cantik gitu cuma kening je tak tebal macam dulu

7 comments:

  1. ooo.. akak ingatkan dia masih berlakon... skrg ni selalu nmpk ada seorang wanita jelita berlakon ala mak2.. sebijik muka Rehana Yassin

    ReplyDelete
  2. Okey, akak kenalah mengaku pernah tengok filem nikan! Maklumlah usia dah kertu sekarang ni so zaman-zaman Rehana berlakon kaku ni, akak dah pandai make up kot (sekolah lagilah...)

    Memang jauh berubah ya rupanya. Maklumlah adatlah tu kalau dah beranak pinak ketembaman dan kelebaran berleluasa di badankan :)

    ReplyDelete
  3. remy segan nak reunion ke?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com