SALAH FAHAM TERBESAR UMAT ISLAM TERHADAP BAK KU TEH

9/13/2015 01:52:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

SALAH FAHAM TERBESAR UMAT ISLAM TERHADAP BAK KU TEH. Tadi aku ada post entri RESEPI NASI AYAM PALING SENANG DALAM DUNIA kan? Dalam entri tu ada jugak aku selitkan cerita suami aku masak Bak Ku Teh halal. Ada yang komen mempertikaikan Nama Menu Bak Ku Teh tu katanya Bak Ku Teh Memang merujuk kepada menu daging babi jer. Kalau guna ayam nama menu tu bukan bak ku teh tapi chikuteh. Yup ada yang panggil menu tu Chikuteh & ramai menggunakan nama menu bak ku teh ayam. Tapi sebab dia kata bak ku teh tu merujuk kepada daging babi maka kat situ dah berlaku salah faham. Aku tak marah & tak salahkan sesapa sebab memang bukan seorang malah banyak umat Islam salah faham tentang nama menu Bak Ku teh. Dengar je bak ku teh automatik dalam otak depa fikir babi.

Gambar Sumber Google. Sekadar Hiasan

Inilah salah faham terbesar umat Islam terutamanya melayu kat Malaysia ni. Dari apa yang aku baca .. Bagi yang tak faham maksud Bak Ku teh meh la kita sama2 memahami. Ia tak semestinya babi & tidak bermaksud daging babi pun.  Bak Kut Teh, perlu kita faham apa itu Bak Kut Teh kerana kadang-kala yang kita fobia atau alergik pada perkara yang salah. Terjemahannya bermaksud; Bak = Daging (ada yang mengkhususkan kepada daging babi tetapi ia juga membawa maksud yang umum), Kut = Tulang/Tulang Rusuk, Teh = Teh (kerana ianya direneh bersama herba dan rempah Cina maka secara harfiahnya adalah Teh Rusuk Daging. Jadi, Bak Kut Teh tidak semestinya merujuk kepada daging babi sahaja. Rujukan dari blog revertedmuslim. Atau korang google sendiri "Maksud Bak Ku Teh"

Jadi kalau aku namakan Bak ku teh Ayam rasanya kalau salah pun salah perkataan bak tu je & tak mengambarkan benda tu guna daging babi pun. Bila aku google pun tak nampak  penggunaan Bak Ku Teh Ayam tu salah sebab dalam Wikipedia pun ada tulis "Bak Kut Teh biasanya menggunakan daging babi sebagai bahan asasnya, namun ada yang menggunakan daging Lembu dan Ayam." Kat situ dah jelas bagitau bak ku teh tak bermaksud babi walau resepi asalnya memang guna babi. Sebab memang apa jugak daging yang guna untuk masak bak ku teh kebanyakkan menu dia tetap orang panggil bak ku teh. Maybe chikuteh orang kurang kenal berbanding bak ku teh. Tak caya try la google. Sebab maksud bak tu merujuk kepada daging bukan daging babi. Jadi apa nak pelik kalau ada orang Islam makan Bak ku teh sebab bak ku teh memang boleh di masak secara halal.

Moral of the story.. Sebelum kita mengeluarkan sebarang pendapat penting untuk kita siasat atau buat research dulu. Kadang2 benda yang kita rasa salah adalah sebab kita yang menjadikan benda tu sinonim dengan perkara haram walaupun pada hakikatnya yang menjadikan ia haram atau halal adalah bahan di gunakan atau cara penghasilannya bukan nama menu nya macam bak ku teh ni.

Entri ni sekadar berkongsi info untuk pengetahuan kita semua bukan untuk menjatuhkan atau menyindir jauh sekali nak cari gaduh dengan sesiapa. Sekadar membetulkan persepsi salah kita semua selama ni termasuk la aku. Dulu pun aku sendiri anggap bak ku teh tu memang masakan berasaskan babi.

5 comments:

  1. ooooohhhhh. baru tahu. memang selama ni dengar bak kut teh tuh memang terus ingat babi je. nice info suria!

    ReplyDelete
  2. Oh.. begitu, ingatkan memang sop tulang babi.. Ade tak cina muslim yang jual bak kut teh ayam/cendawan mcm dlm gambar tu. nampak macam sedap je

    Radio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam

    ReplyDelete
  3. Iyer... Selalu org branggapan begitu kn sis..sebab tu la masa c alvin tu buat kontroversi di bulan ramadan psl bak ku teh,memang ramai org islam marah.

    ReplyDelete
  4. klu kite masak sendri kompom halal klu pi cr kat kedai blm tentu halal lagi huhuhuu klu kompom kedai melayu muslim boleh kot try ....

    ReplyDelete
  5. Oh, selama ni pun kalau cakap Bak Kut Teh aje ingat daging babi sebab kawan-kawan Cina pun bila berborak pasal makanan mesti cakap "Oh, you tak boleh makan ni bak kut teh'! Tak tahu pulak maksudnya daging tak membawa maksud daging babi. Kita ni kalau dah terbiasa diajar begitu ikut lurus aje takda bengkang bengkok. Samalah macam peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi. Sampai la ni akak ingat betul-betullah pagar walaupun timbul kekeliruan tentang macamana pagar nak makan padi!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com