BUKTI KITA BANYAK GUNA PERKATAAN YANG SALAH BILA CAKAP DENGAN ANAK

4.9.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

BUKTI KITA BANYAK GUNA PERKATAAN YANG SALAH BILA CAKAP DENGAN ANAK. Sebagai ibu bapa yang ada anak dalam frasa nak membesar & belajar satu benda paling mencabar adalah bagaimana nak bercakap, bercerita, memberitahu atau menegah sesuatu. Kita ni Almaklum la manusia.. kadang2 ada benda yang kita terlepas cakap atau kadang2 kita macam yakin cara kita bercakap & perkataan/ayat yang kita guna tu dah cukup betul bila berinteraksi dengan anak kecil tapi tanpa sedar cara kita tu 100% salah.


Yang paling banyak kesalahan kita buat adalah ketika nak menerangkan sesuatu yang tak boleh anak kecil buat. Memang susah jadi kita selalu ambil jalan mudah samada terus terang dengan perkataan "tak boleh" tanpa alasan yang membuatkan anak kecil faham kenapa tak boleh atau kita nyatakan dalam nada marah untuk buat mereka berhenti dari terus buat benda yang bagi kita salah tu.

Aku ni bukan la pandai sangat.. Bukan la nak tukar niche blog rojak ni jadi blog parenting pulak kan. Cuma bila kita ada info menarik kita share2 la dengan orang lain. Ada satu artikel yang aku baca ni tentang bagaimana memlih perkataan atau ayat yang betul bila bercakap dengan anak. Aku jamin kebanyakkan dari kita memang 50% - 90% melakukan kesilapan dalam cara bercakap & memberitahu anak anak tentang sesuatu. Tak caya korang baca kat sini >>Adakah anda menggunakan kaedah yang betul untuk bercakap dengan anak-anak anda?<<

Bukan sahaja seorang anak melalui proses pembelajaran semasa membesar kita jugak sebagai ibu bapa lahirnya seorang anak auto kita kembali belajar untuk menjadi seorang ibu @ ayah. Jadi kita sama2 kena belajar, ye dak? Sebab bukan lahirnya anak kita terus jadi pandai jadi mak bapak. Kalau ada orang rasa macam tu memang confident dia paras bahaya jugak la. hahahaha

4 comments:

  1. Memang selalu guna perkataan yang salah...susahnya nak ubah..

    ReplyDelete
  2. Allah....akan cuba perbaiki....tq suria share info ni.....amboi ko dik kan mahen seru2 nama akak kat group whatsapp...terus kembang vontot akak....kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang tu memang selalu terlepas cakap menggunakan perkataan yang salah. Apalagi kalau time tengah mendidih marahkan... Kena perbaiki lagi ni. Maklumlah kita sebagai ibubapa bukan aje bertanggungjawab mendidik anak, kita pun kena didik diri sendiri untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com