FUNGSI DISLIKE FB BAKAL MENCETUSKAN SALAH FAHAM MAHA BESAR

17.9.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

FUNGSI DISLIKE FB BAKAL MENCETUSKAN SALAH FAHAM MAHA BESAR. Meriah orang dok cerita facebook bakal ada button dislike kan? Ramai yang tak sabar button dislike muncul di FB ni.. Dah tak sabar2 nak dislike post orang gamaknya. Kemain kecoh semua dok buat post pasal button dislike ni. Aku baca jer.. ada ke takde bagi aku takde apa yang berubah sangat pun kehidupan aku di laman sosial. Selalunya aku 'Like' pun pada post yang aku suka atau sekadar bagi sokongan moral.


Setiap apapun ciptaan teknologi manusia ni ada pro & kontra. Ada baik & buruk. Kita manusia memang mustahil mampu jadi makhluk yang sempurna apatah lagi ciptaan kita. Jadi setiap ciptaan manusia tu normal la kalau ada keburukkan tersendiri. Korang ingat function dislike tu best sangat ke? Contoh yang sebelum ni jadi pertikaian bila ada orang post berita tentang kematian atau musibah yang menimpa.. Bila orang 'Like' ada jugak pak pandir & mak andeh yang tak puas hati bila orang 'Like' post macam tu katanya seolah2 suka dengan apa yang berlaku. Padahal ramai sedia maklum fungsi 'Like' kat FB tak membawa satu maksud je. Bergantung pada keadaan.. kadang2 boleh jadi satu cara menyatakan sokongan, simpati.

Apatah lagi ada button 'Dislike'. Gamaknya kalau orang post pasal kematian atau musibah kita nak tekan yang mana?? Nak tekan 'Like' orang kata macam suka benda tu berlaku.. nak tekan 'dislike' satgi orang ingat kita tak suka pulak dengan post tu. Kena la taip panjang2 kat komen sebab fungsi button2 yang ada kemungkinan boleh menyebabkan salah faham maha besar berlaku. Jadi serba salah orang yang nak gunakan. Bila berlaku macam tu maka fungsi untuk memudahkan pengguna jadi menyusahkan balik.

Bukan tak sokong button 'dislike'. Ada jugak baiknya nak2 lagi kalau ada post2 gosip, politik & isu2 yang agak sensitif & melampau. Cara pintas nak bagitau ramai orang tak suka post tu adalah dengan fungsi2 button yang ada. Tapi tu la.. setiap teknologi yang di cipta memang ada kebaikkan & keburukkan tapi kita boleh handle & settle. Caranya gunakan fungsi tersebut pada tempat yang betul & tidak mencetuskan kontroversi & salah faham, Insya Allah selamat.

Moral of the story.. percayalah tidak ramai orang akan berani guna button dislike bila dia tak suka dengan post kawan2 dia. Mereka lebih suka mengata belakang dari menegur secara depan. Dan kita pun sebenarnya lebih suka orang mengata belakang dari tegur depan2 sebab bila tegur depan2 confirm yang tegur kena umpat "bajet bagus". Peace!

3 comments:

  1. Akak dah lama tunggu button dislike camni...hahaha...pasni kalau tak.suka je bole tekan....kikiki....lama dah akak tak buka fesbuk cam bosan pulak...eaok2 kalau button dislike ni dah ada akak buka balik fesbuk....hahaha

    ReplyDelete
  2. Entri nie xde button dislike ke???
    Ahaha

    ReplyDelete
  3. hahahaha.. like statement yang ni.. Mereka lebih suka mengata belakang dari menegur secara depan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!