INI SEBAB ORANG TAK JADI BELI KERETA HARIS ISKANDER

18.9.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

INI SEBAB ORANG TAK JADI BELI KERETA HARIS ISKANDER. Kereta ni walau kita baru pakai sebulan pun kalau nak jual balik tetap orang panggil kereta second hand. Bila dah jadi kereta second hand ni memang takkan dapat harga beli la. Ni kisah yang aku rasa boleh di jadikan teladan jugak pada semua yang ada niat nak jual kereta lama sebab nak beli kereta baru. Sebab ada ada orang memang tak alert pasal ni.



Kisah haris Iskander di reject 3 pembeli yang mula2 berminat nak beli kereta dia ni. Condition kereta memang elok, baik & cantik. Kalau tengok dari luar mengelip kata mak cun. Boleh cermin muka kat body kereta tu. Punya nak gambarkan betapa dah polish kereta dia. Condition pun memang tiptop macam baru je. Tapi sayangnya bila masuk kereta.. Semua reject. Tak tahan beb! Kalau aku pun tak tahan. Nak tau kenapa orang tak tahan sangat bila masuk kereta Haris Iskander ni meh tengok kat sini  >> Ini Sebab 3 Pembeli Tak Jadi Beli Kereta haris Iskander <<

Memang selalunya orang nak beli kereta pertama orang akan tengok condition kereta tu, enjin, body bagai. Tapi jangan lupa bukan tu je yang menjadi syarat utama untuk orang bersetuju beli kereta second hand kita. Faktor kebersihan jugak orang nilai. Jadi pada yang berkereta tu ambil pengajaran. Tak perlu tunggu nak jual kereta baru kita nak kelam kabut nak cuci la.. nak repair la. Masa kita tengah gunakan tu pun penting kita jaga kebajikan & kebersihan kereta kita. Tapi tak tau la orang memang selesa memandu dalam keadaan kereta dia yang sama level dengan Tandas Awam terbiar.

Moral of the story terutama kaum perempuan yang suka buat kereta macam wardrobe tu. Kadang2 orang boleh nilai anda dari dalam kereta anda. Jadi tak payah la luar kemain makeup kat luar tapi dalam kereta dah macam mak jemah baru bangun tidur. Peace Yo!

5 comments:

  1. kat dalam kereta Fidah pun..fidah pakai perfume ni...wangi je rasa..kadang-kadang rasa tak mau keluar kereta

    ReplyDelete
  2. Hehehe...utamakan kebersihan walau di mana..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!