INILAH TEMPAT YANG MENYEDIAKAN HOTDOGS HALAL & TIDAK HALAL

9/10/2015 08:10:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

INILAH TEMPAT YANG MENYEDIAKAN HOTDOGS HALAL & TIDAK HALAL. Siapa kat sini penggemar hotdogs. walaupun nama dia hotdogs tapi bukan semuanya halal & bukan juga semuanya tak halal. Hotdogs ni sosej yang di apit roti jadi namanya hotdogs. Nama memang kontroversi tapi tak jadi kontroversi dah sebab sejak azali memang nama dia macam tu. Pelik kan?? Kenapa di panggil hotdogs. Ada sejarahnya nantilah.. free aku tulis pasal asal usul nama hotdogs ni. Malam ni malas pulak nak mengarang panjang panjang katanya. hahaha


Tapi sebagai penggemar hotdogs.. Korang kena pastikan hotdogs yang korang makan tu di sahkan halal. Jangan main sental je tak pandang kiri kanan dah. Asal nampak sedap melantak tak ingat. Sedar2 makan benda tak halal. Sebab tu kalau restorance atau gerai2 tu bukan non muslim kena pastikan bahan, cara pembuatan, perkakasan yang di gunakan memang bebas dari benda2 haram. Aku tengok sekarang ni orang2 islam kadang selamba je beli makanan dari penjaja/restorance/kedai orang yang bukan Islam. Macam confident terjamin halal. Yelah.. depa yakin katanya jadi halal.Yang was was je jadi haram. Tapi jangan hanya berpegang dengan keyakinan je zaman sekarang kena pastikan betul betul.

Ok bagi penggemar hotdogs korang mesti tahu restorance2 yang sediakan hidangan hotdogs yang sedap ni. tapi awas bagi yang beragama Islam.. penting jugak anda tahu mana restorance halal & tidak. Jadi untuk yang suka makan hotdogs ini dia senarai 5 tempat/restorance yang halal & tak halal yang mesti korang tahu >> 5 Tempat menyediakan hidangan hotdogs yang sedap yang halal & tidak <<

Moral of the story.. yang jadi haram bukan bahan yang di gunakan jer tapi ingat sumber jugak boleh menjadikan apa yang kita makan tu jadi halal @ haram.

3 comments:

  1. Tu lah.. Kiosk makan byk buka kan.. Tapi tp tgk ramai je org makan tnpa siasat dulu... Logo halal tu pun xde..

    ReplyDelete
  2. Macam akak ni kalau dah rasa syak wasangka walaupun sedikit, memang tak akan mencubalah makanan tu.

    ReplyDelete
  3. akak agak cerewet bab2 camni...akan cuba elak makan kat kedai makan kalau nampak tukang masaknye bukan islam walau pon kedai tu ada sijil halal....tapi kalau dah memang tak bole nak nampak tu kekadang akak pasrah je :')

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com