PETALING STREET AKAN DI TUTUP 16 SEPTEMBER INI

13.9.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

PETALING STREET AKAN DI TUTUP 16 SEPTEMBER INI. mesti ramai terkejut kan? Mesti nak tahu kenapa petaling street nak tutup 16 september ni? Tutup selamanya ke? Petaling street nak tutup?? Kenapa?? Isu barang tiruan yang banyak jual kat situ ke? Ok.. ok.. semua tarik nafas & hembus. Segala persoalan bakal di jawab. Jadi teruskan pembacaan anda sehingga ke titik noktah terakhir.


Khabarnya petaling street akan menutup operasi di situ pada 16 September setelah di persetujui semua peniaga kat situ. Tujuan di tutup adalah faktor keselamatan. Erkk.. Selama ni depa meniaga kat situ tak selamat ke? Bukan.. 16 September ni bakal di adakan Perhimpunan Rakyat Bersatu atau orang dok sebut perhimpunan baju merah kat kawasan tu. Jadi untuk mengelak kejadian yang tak di ingin berlaku maka depa korbankan la perniagaan depa untuk satu hari.

Gitu kisahnya yang aku baca kat berita harian online.. Katanya perhimpunan berunsur perkauman?? Ye ke?? Sebab peserta perhimpunan adalah dari kalangan orang melayu Islam ke depa label perkauman?? Sebab di anjurkan oleh Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) terus label perkauman. Tapi aku sendiri pun tak berapa tahu motif perhimpunan tu di adakan so aku taknak komen pasal tu.

Untuk info semua peserta perhimpunan kata akan berhimpun di sekitar Padang Merbok sekiranya dibenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan bukan di Bukit Bintang atau di Petaling Street.

Jadi ada 16 haribulan tu kalau tak hal penting maka jauhi la tempat2 tersebut untuk mengelak tersangkut dalam jam. Yang memang rutin harian kat rumah kita pantau je dari rumah melalui media sosial. Jangan risau banyak wartawan tak bertauliah akan update perkembangan terkini kat sana nanti. hehehehe

3 comments:

  1. Hari tu baju kuning,pastu merah lak. Pas nk kaler apa lak. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. x pernah gi sini lg.. hope semuanya selamat

    ReplyDelete
  3. Nanti kalau ada perhimpunan baju pink, akak nak joinlah! Buat apalah buat perhimpunan kat tengah-tengah jalan. Buat ajelah kat tempat tertutup. Senang sikit. Suria, bila kita nak himpunkan hantu-hantu semua? Boleh tahan ke mereka tengok manusia aje berhimpun pakai satu warna? Depa tak cemburu ka?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com