RESEPI LAKSA GORENG KORBAN

9/25/2015 02:29:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

RESEPI LAKSA GORENG KORBAN. Amboi laksa pun kena korban jugak kan? Yelah.. pengorbanan sebungkus laksa yang tak habis katanya. Nak buang benda elok boleh di makan tapi di sebabkan kuah dia dah habis maka marilah kita cuba resepi baru yang tak berapa baru sangat, laksa goreng. Kenapa korban?? selain sebab bersempena hari raya korban aku goreng laksa ni ia jugak merujuk kepada laksa yang lebih di korbankan dalam kuali untuk di goreng. Apa2 je la nama resepi janji tak sedap ye dak??

Inilah laksa Goreng Korban aku. Aku guna laksa jenis bihun yang kecil even label kat plastik dia tulis laksa beras, Sumpah takde langsung rasa laksa beras. Rasa laksa biasa jer.
resepi ni sangat mudah. Sesuai untuk orang2 bujang, pelajar IPT yang dok menyewa atau mak2 yang busy mengalahkan perdana menteri. Sebab laksa goreng ni boleh di jadikan menu sarapan yang simple,senang & sedap.

Tak susah nak masak dia.. Bahan2 yang di perlukan jugak tak banyak. Aku cuma guna
Laksa yang siap rebus & dah lembut
Cili giling yang ready made (boleh beli kat mana2 pun ada jual)
kicap manis
kicap masin
serbuk perasa (tak wajib)
telur
Timun
bawang besar
bawang putih
Daun Selom (lebih masa buat laksa berkuah haritu)
telur

Inilah rupa daun selom. memang orang utara kalau masak laksa akan makan bersama daun ulaman ni sebab susah nak cari orang kebanyakkan ganti dengan daun salad. Tapi lebih sedap makan laksa dengan daun selom. Sumber Google

Cara2 nak buat dia pun sangat senang..
Tumis bawang merah & putih
Masukkan cili giling tu ikut suka la banyak mana nak masuk. Agak2 cukup bagi rasa.
Masukkan kicap manis & masin
serbuk perasa
Pecahkan telur. Kacau hancur
Masukkan laksa rebus & gaul hingga sebati
Last sekali masukkan timun yang di hiris memanjang macam nak makan dengan laksa berkuah,bawah mentah,daun selom (yang biasa orang makan dengan laksa berkuah)
Gaul sekejab & tutup api. Jangan lama2 masak bila dah masuk sayuran ulaman tadi. Kalau boleh dah siap masak laksa baru gaul sebati bahan ulaman tu

Dah siap..

Kalau korang spesis pemakan pedas ,Boleh tambah cili padi. Yelah.. jenis pemakan pedas ni kadang2 makan roti pun depa nak ada rasa pedas inikan makan benda2 goreng macam ni. Tu sebab stok perasa2 yang pedas sentiasa ada dengan mereka atau kalau makan kat mana2 even makan western food pun dia request cili padi. Kalau nak tahu korang betul2 penggemar makanan pedas baca la kat link tu. Sebab setakat makan sambal tumis belum kategori orang yang obses dengan makanan pedas.

Apapun kalau ada lebihan laksa yang dah rebus tu tak tau nak buat apa jangan buang. Transferkan dia menjadi laksa goreng yang sedap, cepat di masak & sedap di makan.

2 comments:

  1. Mak akak pun suka goreng laksa untuk elak pembaziran katanya...zaman kecik2 ini yg selalu ditunggu sebab jarang2 mak masak. Anak2 akak sekrang kalau goreng laksa depa tengok je. Suria di tulis laksa beras sebab laksa tu dibuat dari tepung beras bukan tepung gandum...kikikiii...

    ReplyDelete
  2. sebab dia memang takde rasa beras langsung. Biasa makan laksa beras dengan laksa tepung ni memang ada beza sebab tu saya tak rasa tu laksa beras tapi memang rasa 100% laksa tepung

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com