TERUNGKAI RAHSIA ASAL USUL NAMA TEMPAT YANG PELIK DI SABAH

9.9.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

TERUNGKAI RAHSIA ASAL USUL NAMA TEMPAT YANG PELIK DI SABAH. Sabah antara negeri yang bagi aku sangat unik bukan saja banyak suku kaum, budaya & adat malah tempat dia Ya Allah.. kalau sekali sekali nak bercuti sabah antara tempat yang sangat menarik sebab masih banyak alam semulajadi yang masih di kekalkan tanpa di ceroboh untuk tujuan pembangunan. Makanan dia pun unik2 jugak. Salah satu tempat yang agak unik namanya kat sabah adalah Menggatal. Menggatal bukan la tempat pelancongan yang popular di sabah tapi sebab nama dia agak unik jadi tempat ni memang di kenali sebab nama dia. pelik kan?? Macam mana tercetusnya idea nak namakan tempat ni menggatal. Mesti semua orang pun nak tahu kenapa nama dia menggatal. Termasuk la aku.. Memang semua orang akan terfikir mesti sebab sesuatu yang berkaitan gatal.. tapi apa perkara gatal yang pernah berlaku kat situ??


Sebelum tu marilah kita mengenali menggatal dulu sebelum mengorek rahsia macam mana nama menggatal ni boleh dapat. Menggatal adalah sebuah bandar kecil / pekan dan merupakan sebuah sub-daerah yang terletak di pantai barat Sabah, Malaysia. Ia terletak dibawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.Nama 'Menggatal' diambil sempena nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan yang buahnya apabila dimakan boleh menyebabkan kegatalan. Tempat itu kemudian disebut "Mangga Gatal", namun lama kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi "Menggatal". Itulah asal usul nama menggatal salah satu daerah di sabah.

Tu asal usul nama menggatal tapi mesti korang nak tahu jugak asal usul nama Tawau,putatan,kota belud,tuaran & papar jugak kan? Sebab semua tempat tu jugak dalam negeri sabah. Apa maksud tawau, putatan,kota belud, tuaran & papar tu.. aku sendiri pun tak ada idea nak teka sebab dalam bahasa semenanjung ni yang aku paham cuma belud sejenis haiwan air yang dalam spesis ikan tapi dia panjang & licin. Sedap kalau buat laksa tapi popular dengan masakan sup. Ada setengah orang geli nak makan sebab sifat dia yang macam ular. Yang tu maybe sebab ada kaitan dengan belud tapi belum tentu betul nama dia di ambil di sebabkan belud. Macam mana dengan tawau,putatan,tuaran & papar?? tau ke dari mana nama tu di ambil & apa perkara yang mencetuskan tempat tu di namakan sedemikian rupa. Panjang jugak nak karang jadi di pendekkan cerita korang baca sejarah nama tempat2 tu kat sini >> 7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Tak Ramai Orang Tahu <<

Setiap nama yang pelik & unik tu ada kisah & trajedinya tapi sampai sekarang nama kampung aku tu yang kategori pelik jugak sebab ada nama naga aku tertanya tanya siapa pencetusnya & apa kisah logik yang berkaitan di sebalik ia di namakan macam tu. kalau cerita dogeng tu ada la.. konon ada naga membelit bukit bagai.. Tapi persoalannya naga adalah haiwan mitos jadi di nama relevannya cerita ada naga belit bukit? hahahahaha

2 comments:

  1. Hehehehe. Terbaik.. Pernah ada satu lawak pasal Menggatal ni sis...

    ReplyDelete
  2. Ahah... nama kampung awak tu mesti asalnya dari buah dragonfruit tau.... Itu yang tertinggal perkataan 'naga' tu sampai sekarang jadi nama kampung ^_^

    Banyak nama tempat yang kita pelik bila mendengarnya macam Menggatal, Batang Berjuntai, Mambang di Awan dan Kampung New Zealand. Entah macamanalah agaknya tempat-tempat ni mendapat namakan!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!