BILA AIR ASIA DAN ASTRO BERGABUNG

5/24/2016 01:04:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

BILA AIR ASIA DAN ASTRO BERGABUNG. Tu dia.. Ni jalinan kerjasama apa pulak antara astro & Air Asia. Lepas ni boleh tonton Channel Astro dalam flight Air Asia ke macam mana. Mampu ke siaran Astro sampai ke awan biru sedangkan kat bumi pun asal hujan jer hilang.


Aku ni bukan pelanggan Astro sebab rasa macam takde apa sangat aku nak tengok channel banyak2 tu. Menambahkan bil je buat apa. Sebab tu la TV rumah aku ni effect polkadot sikit. Tapi kalau mendung siaran yang polkadot jadi clear mungkin sebab Astro dah mula menghaibkan diri time tu. Hahhahaha... tapi kalau nak naik flight Air Asia je la mampu kan. Almaklum la orang kebanyakkan ni.. Cari yang murah & selesa je la. Tapi bukan la setiap tahun aku terbang bersama Air Asia pun. Dua tahun ni nampaknya takde jalan jauh lagi. Cuti cuti dekat2 yang boleh usung kereta je

Bila syarikat penerbangan tambang murah mula menjalinkan hubungan sulit dengan stesen TV berbayar yang takut hujan jadi macam best pulak offer dia. Sayangnya aku masih tak dapat hidayah untuk melanggan astro jadi memang tak berpeluang la nak dapat benda ni >> Ini Yang Anda Dapat Bila Melanggan Astro. Mungkin Boleh Mengubat Hati Anda Yang Sakit Tiap Kali Hujan Turun  << So, korang yang melanggan astro atau berniat nak pasang kuali astro kat rumah tu jangan lepaskan peluang macam ni, ok!

Aku biarlah.. dengan TV polkadot aku. Aku mustahil mampu tengok filem2 seram terbaru kat astro first tapi aku enjoy je dengan dvd walau cerita dah basi. Almaklum la.. Aku seorang yang tak demand & suka enjoy je dengan apa adanya hidup aku ni. hehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com