CARA NAK BUAT KUIH KERIA PALING MUDAH

5/29/2016 11:01:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

CARA NAK BUAT KUIH KERIA PALING MUDAH. Bau bau ramadan tak jauh sangat. Time ni mungkin ada yang dah salin macam2 resepi nak masak untuk juadah bersahur & berbuka. Aku pun bulan puasa kebanyakkan masak sendiri je sebelum ni. Masak macam biasa je sebab bagi aku ramadan bukan bulan makan makan selama 30 hari. Makan macam biasa sudah la. Nak membazir sangat tu dah kenapa, ye dak?


Aku antara manusia yang tak pandai sangat masak kuih muih selain cekodok. Entah la.. nak kata tak reti pun tak tau la sebab aku tak pernah cuba nak membuatnya. Aku suka masak masakan berat2 macam lauk pauk. Tapi bulan puasa ni rasanya aku na start mengasah bakat masak kuih muih pulak la. Jadi aku rasa nak masak kuih paling senang ni dulu.

Aku pernah makan kuih keria yang lembut sangat. Tapi lupa pulak beli kat mana. Sejak tu rasa macam jatuh cinta pulak dengan kuih keria. Alah.. kuih keria pun tak tau ke? Macam donut tapi dia guna keledek. Jadi ada rasa ubi. Kalau donut rasa tepung je.

Bila tengok rupanya nak buat kuih keria ni senang je. semakin berkobar ni semangat nak buat kuih muih. Kalau korang yang spesis macam aku yang memang tak pernah cuba buat apa2 kuih sebelum ni elok la korang tengok resepi & cara nak buat kuih keria paling senang kat sini >> Kuih Keria Walau Nampak Macam Rumit Tapi Sebenarnya Sangat Mudah Nak buat. Tak Caya Tengok Kat Sini <<

Apapun jadi mudah kalau ada kemahuan tapi kalau asyik dok bagi alasan masak air pun jadi benda yang susah nak buat, ye dak

1 comment:

  1. Bagus! Bagus! Tak payah nak membazir sangat di bulan puasa. Masak macam biasalahkan. Kalau masak penuh meja pun siapa yang nak makan? Kita-kita juga tukang makannya!

    Akak pun suka kuih keria ni tapi akak memang terus-teranglah, malas nak ke dapur. Masak-masak lauk pauk pun nak yang simple dimple aje!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com