NAMA NAMA GELARAN JIN DALAM ISTILAH MELAYU

5/24/2016 08:39:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

NAMA NAMA GELARAN JIN DALAM ISTILAH MELAYU. Orang melayu ni antara bangsa yang pakar bagi gelaran atau nama timangan tak kira la pada sesama manusia mahupun golongan jin. Kalau kat kampung tu tak payah nak terkejut sangat la kalau hampir setiap penduduk kampung tu ada nama gelaran dia tersendiri. Kadang2 depa lebih kenal seseorang tu dengan nama gelaran sebab tu kalau orang luar masuk kampung cari orang kadang2 susah nak jumpa kalau hanya berbekalkan nama sebenar ni.

Gambar sekadar hiasan

Tu contoh kampung aku la. Kampung orang lain tak tau la kan.. Mungkin kampung korang jenis penduduknya memang guna nama penuh siap bin & bintik tak tau la kan.. Hehehehehe.. Tapi kebanyakkan orang melayu ni memang suka guna nama gelaran. Tapi bukan aku nak cerita nama gelaran orang2 kampung aku kat sini. Malas la nak buka pekung di kampung katanya. Tapi sebagai blogger yang bertemakan cerita seram,mistik & misteri ni malam ni mari kita berkenalan jin dalam istilah orang Melayu.

Jin ni tak jauh beza sangat macam manusia. Depa pun ada nama, ada keturunan & spesis berpuak puak jugak. Jadi manusia yang suka berpuak puak tu tak ada beza la dengan jin. Jadi kalau perangai tak berapa manusia tu tak payah terkejut la mungkin dia ada bau bau bacang dengan jin. Jin jugak ada berbagai bagai loghat & bahasa. Maybe sebab tu kalau orang di rasuk jin tetiba boleh cakap bahasa asing. Ada ulama membahagikan jin kepada beberapa kumpulan.. Antaranya adalah...

Kumpulan yang menunggu kubur
Kumpulan yang menunggu gua
Kumpulan yang menunggu mayat
Kumpulan yang menunggu air mata air
Kumpulan yang menunggu tasik, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.

Macam manusia jin pun ada pemimpin & kerajaannya sendiri. Tapi tak tau la jin ada parti politik & piliharaya ke tidak. Antaranya kerajaan Jin adalah..

1. Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.

2. Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

3. Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.

4. Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

Antara jenis jenis jin yang ada adalah..

1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
4. Al-Afrit - Penipu-penipu
5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar - Pemakmur.

Tapi dalam istilah orang melayu mereka menggelarkan jenis jenis jin ni mengikut macam mana rupa jin tu menjelma. Macam biasa orang melayu akan menggelarkan jin sebagai hantu. Kira sir name semua jin jin yang ada ni dorang namakan sebagai hantu. Antara gelaran jin yang popular dalam istilah orang melayu adalah..

1.Hantu Raya
2.Hantu Toyol
3. Hantu Pelesit
4.Hantu Kubur
5.Hantu Jerangkung
6.Hantu Galah
7.Hantu bungkus
8.Hantu Bidai
9.Harimau Jadian
10.Hantu Pontianak
11.Hantu Langsuir
12.Hantu Air
13.Hantu Pari
14.Hantu Laut
15.Jin Tanah
16.Hantu Pochong
17.Hantu Pari-Pari
18.Jembalang Tanah
19.Hantu Polong
20.Harimau Penanggal
21.Hantu Bukit
22.Hantu Punjut
23.Hantu Bawah Tangga
24.Hantu Kum-Kum
25.Hantu Mati Dibunuh
26.Hantu Kopek ( Tetek )
27.Hantu Tengelong

Jadi yang mana tak pernah berkenalan dengan jenis jenis jin dalam gelaran orang melayu tu selamat berkenalan la. Orang melayu ni memang pakar memberi gelaran jadi tak pelik la jin pun depa bagi nama gelaran. Bukan je jin malah haiwan pun ada nama gelaran mereka yang tertentu.

Moral of the story.. apapun gelaran depa tetap jin. So tak payah la nak buat spekulasi hantu ni dari benda tu benda ni bagai..

Sumber : Ruqyah Rawatan Islam Alternatif

2 comments:

  1. Hantu kopek femes masa tahun 2006.. time tu nak keluar rumah pun takut..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa time saya budak sekolah lagi femes ni, tahun 1990an lagi. huhuh

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com