MAKSUD DOULA DAN TUGAS MEREKA YANG ORANG MALAYSIA SALAH FAHAM

2/11/2018 12:57:00 PM Suria Lekatlekit 1 Comments

MAKSUD DOULA DAN TUGAS MEREKA YANG ORANG MALAYSIA SALAH FAHAM.  Minggu ni kecoh isu pasal Doula atau di kenali sebagai peneman ibu bersalin. Kes ini masih dalam siasatan polis so elok la tak payah den mengulas apa apa yang di dakwa di media sosial. Ni bukan tuduhan ok. So fahami maksud di dakwa. Bukan saya yang mendakwa atau menuduh. Bangang letak tepi sekejab yer. Cuma atas rasa tanggungjawab sebagai seorang pengamal media sosial dan blogger ni.. Saya nak kongsi satu info yang bermanafaat buat semua.


Info ni hasil perkongsian Doktor Imelda Balchin yang terlibat untuk memberi kesedaran kepada orang awam di media sosial dengan isu isu berkaitan kesihatan orang terutama ibu ibu mengandung dan bakal melahirkan cahaya mata.

Menurut Dr Imelda Balchin.. Doula adalah perkataan berasal dari bahasa Greek (Yunani) iatu bermaksud 'Hamba Wanita.'

Untuk zaman sekarang Doula berfungsi sebagai peneman semasa bersalin dan selepas bersalin. Tugasnya untuk memberi perangsang kepada ibu, memberi kata kata positif untuk ibu lebih bersemangat dan yakin supaya dapat mengatasi kesakitan dan keletihan semasa proses bersalin. Selain tu mereka juga perlu menurut kehendak ibu ibu seperti mengurut dan membantu pergerakkan ibu supaya berada dalam posisi yang selesa dan posisi yang memudahkan proses kelahiran. Selepas bersalin pula peranan Doula untuk membantu para ibu dari segi penyusuan bayi

Jadi peranan Doula cuba meneman dan memberi motivasi selain membantu ibu ibu yang sedang menghadapi proses kelahiran agar lebih positif dari segi emosi dan fizikal. Bukan membidankan mana mana ibu yang bersalin yer..

Menurut Dr Imelda Balchin Profesional Doula mempunyai sijil sebagai Doula tapi kemahiran mereka tidak setanding bidan atau jurujarawat terlatih. Mereka juga tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang perubatan sekiranya berlaku sesuatu masalah semasa proses kelahiran.

22 Kajian perubatan daripada 16 negara, yang merangkumi lebih daripada 15 ribu wanita bersalin sudah membuktikan ada kelebihannya jika ibu yang bersalin ini mendapat sokongan yang berterusan dari permulaan hingga ke akhir persalinan (continuous support during labour). Sokongan yang terus-menerus ini (samaada daripada bidan, jururawat, doula yang diberi petunjuk yang sederhana, suami atau rakan-rakan) telah terbukti meningkatkan kelahiran alami (mengurangkan pembedahan caesar, mengurangkankan kelahiran forceps/vacuum), mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit, meningkatkan kepuasan ibu bersalin, dan mengurangkan peratusan bayi yang dilahirkan dengan 'Apgar score' yang rendah.

Didapati yang paling berkesan sekali ialah ibu yang mendapat sokongan terus-menerus ini daripada peneman yang datang hanya dengan tujuan untuk memberi sokongan dan sudah diberi petunjuk yang sederhana tentang kaedah memberi sokongan (bukan rakan-rakan sosial).

Jadi memang ada kebaikannya jika ada peneman yang sudah diberikan petunjuk yang sederhana yang meneman ibu di hospital bersalin. Di sini Doula ada peranannya. Tetapi Doula tidak mempunyai kemahiran atau kelayakan untuk menyambut kelahiran bayi di rumah tanpa bantuan bidan terlatih atau doktor.

Doula tidak ada kelayakan untuk membuat ‘birth plan’ dengan ibu. Birth plan hanya patut dibincangkan dengan bidan atau doktor.

Dari segi kelahiran di rumah pula, Kajian dari banyak negara sudah pun menunjukkan walaupun ibu-ibu bersalin di rumah dengan bantuan bidan terlatih, terdapat lebih ramai kematian bayi apabila dilahirkan di rumah jika dibandingkan di institusi yang memberi perkhidmatan perbidanan.

Kajian terbaru pula telah menunjukkan di antara bayi-bayi yang kecederaan otak akibat kekurangan oxygen semasa kelahiran (Hypoxic Ischaemic Encephalopathy atau HIE), bila dikaji dimanakah bayi-bayi dilahirkan, didapati 44 kali ganda yang bayi HIE dilahirkan di luar hospital jika dibandingkan dengan tempat kelahiran bayi yang sihat tanpa HIE.

Diharap semua faham apakah peranan Doula yang sebenarnya, bukan untuk menyambut kelahiran anak kesayangan anda, tetapi sebagai peneman disisi anda disamping bidan terlatih atau doktor yang menyambut bayi anda.

Jika ada keraguan tentang kesihatan anda atau kesihatan janin anda, sila bertanya kepada bidan atau doktor anda yang sedia membantu.

Sumber : Facebook Dr Imelda Balchin

Semoga perkongsian ini membantu anda semua lebih memahami peranan doula dan tidak terpengaruh dengan manipulasi fakta dari segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba mengambil alih tugas pakar sehingga mendedahkan anda dengan risiko kematian tak kira kematian bayi atau ibu yang melalui proses bersalin. Kita dah maju.. hospital dah bersepah.. Kau gigih nak beranak kat rumah tanpa pantauan pakar kau fikir kau kucing. Renung renungkan selamat bersalin buat semua ibu yang sedang tunggu hari. Peace Yo

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com