DEMAM & BOIKOT

12/23/2009 10:38:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Uolls... Agaknya napa ekk terjadinya demam malam2 ni?? Siang ok jer.. boleh berjoget lambak bagai tapi malam jer badan mula panas.. pening2 lak.. Suhu badan pun tak normal. Esok pagi ok lak..


Huhuhuhu... Demam Uolls

Dah 3 malam demam malam ni Uolls.. Sapa2 tau kenapa ekk?? Apakah penyebab demam malam ni? Aku baru dok search.. Tapi di sebabkan kepeningan aku jadi malas nak membaca lak.
Mungkinkan berkaitan stress or banyak ber pk?? Aku pun tak pasti napa tapi hope cuma demam biasa.. Takde bersangkut paut dengan penyakit2 merbahaya or kesan dari virus chikungunya yang penah berkampung dalam badan aku tak lama dulu.


Bagi yang tak tau.. Si bedebah inilah pembawa virus chikungunya

Jom back to cerita ceriti... Amik posisi masing2 cepat. Sesi mengumpat sambil belajar dah nak start ni!


Tu dia pose mengumpat tepi jalan

Uolls.. Kisah ni ada kesinambungan tentang kisah minah sengal yang di pulaukan kat company aku keja tu... Semalam meeting, sebab Isnin takde meeting. Bos cuti.
Sian tau aku tengok minah kerek+sombong+berlagak+kurang ajar+rasa diri pro tu.. Sorang2 beb dia. Takde sapa nak tegur or berbual ngan dia.. Tu la dah newbie tu buat la macam org baru jangan nak kerek2 & kurang ajar. Dah la 0 pengalaman tapi berlagak macam Otai. Orang ni tak pro.. orang tu tak pro.. abis ko pro ker?? Ko tu propa jer tau!


Pic Tak Relevan langsung!!

Aku walau memang dah banyak tempat keja tapi tetap la berkonsepkan 'Buah cempedak di luar pagar' lagi.. Tapi si minah tu baru je 2 bulan keja temanya 'Amik galah tolong jolokkan'.. (mampus.. perumpamaan apa tak tau aku guna.. yang pasti lirik pantun aku cedok).


kekdahnya amik galah tolong jolokkan kat meja snooker

Kesian jugak sebab kena pulaukan camtu tapi hope dia sedar & ubah atitute yang bajet bagus tu.. Nak2 lak arini boipren dia tak de. Tak tau mana melingkup. Lagi la kesorangan.. At least ada boipren dia leh la dok ber poyo kat showroom tu kan... Main kejar2.. jerit2.. cubit2..


alolo...

So pasni.. harap ko sedar yer dik.. Gunakan konsep 'Saya budak baru belajar'.. (Skali lagi perumpamaan dari lirik pantun) sebelum kau kena .. 'Kalau salah tolong pulaukan' yer...


Sian ko kan??.. Tu la mak dah pesan

Moral dari cerita ceriti ni.. Sentiasa la merendah diri k walau pun korang tu lagi sejengkal kepala nak cecah atap umah.. (matilah kalau umah orang kerdil dalam cerita snow white tu..).


Siapalah aku nak meninggi diri kan???

Tak rugi pun mengalah macam I ni... huhuhuhu.. (naik buaian.. buai sendiri tu!) Salah or betul aku kat opis aku gunakan kekdah.. Diam dulu (Tapi diam2 pun kadang2 aku protes gak). Dulu maybe aku jenis panas baran skit tapi bila umo dah makin menapak ke zone bangkalusia ni irama rock dah bertukar ke balada skit. Diam tu selalunya akan berpihak kepada....



Ya Betul!! Kemenangan jua akhirnya..

Walau apapun.. ko pandai2 la bawak diri kat situ yer.. Pandai2 la ko nak raih kembali perhatian kengkawan ko kat showroom tu. Dengar tadi dah ber aidilfitri ngan salah sorang 'sales advisor' yang penah ko sound?? Moga ko di maafkan la yer....


Mohon la kemaafan dengan seikhlas hati bukan sekadar meraih simpati

Okies Uolls.. Ada keja nak buat.. Maka jendela ku tutup dulu yer....... Da...........



Wo.. Apa ni?? Sesi mengumpat dah abis la


0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com