KALAU LA ADA SIARAN TV SIAR IKLAN 24 JAM

8/02/2012 03:56:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Bulan tak puasa tak terasa sangat tapi bila bulan puasa ni makan minum semua on time berbanding bulan2 lain. Pukul berapa nak makan, nak minum takde hal punya. Kalau dulu tak kisah.. set time je nak buat apa2. Sekarang ni timing pun dah tak boleh nak setting. Kena ikut timing budak lala la...

Lala semakin lasak & semakin tak boleh biar dia main sorang2 walau hanya 5 minit kecuali kat TV ada siaran iklan. Dia akan diam sekejab bagi memberi laluan kepada iklan2 TV. Dia akan menonton penuh kusyuk sambil menikmati lolipop jarinya. Sesudah habis ikaln jer.. dia kembali beraktiviti extrem la.

Bila sang lekit kesuntukkan masa.. lebih2 lagi nak masak untuk berbuka. Terfikir sang lekit alangkah bagus kalau ada siaran TV yang hanya siar iklan saja selama 24 jam. Pasti boleh setting time nak settlekan semua kerja kerja kat rumah termasuklah berblog.. kan?? Tapi malangnya takde tv yang hanya siarkan iklan je. Sapa la nak tengok kalau iklan manjang, kan?? Melainkan lala je la. Tu pun kalau 24 jam tengok iklan budak tu pun rasa muak, ye tak??

Sebab iklan tak lama.. Iklan muncul pun sekejab2 maka bila lala masih melasak sedangkan mummy perlu dengan segera ke dapur memasak jadilah adengan berlari2 berkejaran di dalam rumah. Mummy la kena berlari & berkejar dengan lala. Baru ambil papan pemotong nak siang ikan.. Lala dah siap sampai ke puncak everest.. (Sofa jer selalu dia panjat.. kekekeke). Tak boleh biar dia main atas sofa.. kalau terjatuh bahaya. Tak lama pun kadang2 sang lekit berpaling ke belakang.. tak sampai 2 minit bila toleh kat lala dia dah siap buat aksi mencemaskan.

Ni la antara sebab2 semalam mummy berbuka minum milo je. Pukul 9++ baru dapat makan sebab budak kecik dah tido

Walaupun macam tu.. memasak tetap kena teruskan. Gigih jugak siapkan walau 1 hidangan janji ada juadah nak berbuka walau berbuka sorang diri pun. Kalau dady balik awal takde masalah sangat.. Dia la layan lala tapi yang jadi kelam kabut kalau dady tak dapat balik berbuka. Walau letih.. penat.. tapi sang lekit jarang rasa stress sangat dengan kelasakkan lala. Suka tengok dia aktif & sang lekit rasa puas sebab sang lekit 100% yang uruskan lala tanpa bantuan sesiapa kecuali dady lala.

Beruntung bagi mereka2 yang walau dah kawen & beranak tapi masih tinggal sebumbung dengan mak ayah @ mak ayah mertua sebabnya.. Kita boleh settlekan kerja rumah dengan selesa sebab ada orang tolong tengokkan anak sementara kita siapkan kerja @ ada orang tolong settlekan kerja rumah untuk kita, kan??

Pun macam tu sang lekit rasa selesa macam ni.. Besarkan anak dengan kudrat sendiri. Masak, membasuh, mengemas rumah sendiri. Walau memang tak mudah tapi tetap boleh buat kalau kita nak buat. Pokok pangkal dari diri kita sendiri.. nak atau tak je, kan??


P/S : Walker lebih merbahaya buat lala sebab dia dah pernah buat aksi superman atas walker. Dia panjat walker sebab nak amik barang.. Sang Lekit letak dia dalam walker konon nak senang buat kerja rumah tapi nampaknya lagi berisiko maka walker pun tak jalan...

14 comments:

  1. kak, try letak dlm baby walker tu.... boleh kot...then ikat la walker so xla dia gerak jauh2... boleh kuatkan kaki lala jugak...

    ReplyDelete
  2. walker lg bahaya sebab lala suka panjat walker.. pernah dh dia buat aksi superman atas walker. gara2 letak dia dlm walker la nk buat keja. nasib baik tak jatuh

    ReplyDelete
  3. hihih..ekstrem sungguh cik lala..
    lama2 nnti abby biasa dgn keadaan lala ni..

    huhuh..dok sewa sendiri berbanding menumpang umah mak mmg byk beza..semua kudrat kita sendiri yg kerah tanpa bantuan sesiapa.. itulah ibu dan isteri :)

    ReplyDelete
  4. Lala...jgn panjatm nanti jatuh...hehehehe...bley tahan gak lasaknya yer. Budak tgh nak membesar, mcm tu lah ☺☺

    ReplyDelete
  5. tapi pikir2 nasib baik suami jarang balik berbuka sekali.sebab nya kalau kita berbuka sendiri makan apa yang ada sudah..kan??kalau suami ada rasa serba salah pulak masak ala kadar untuk dia berbuka,.rasa tak syok pulak..
    bagus la lala lasak..
    sihat la maknanya tu..hehhe

    ReplyDelete
  6. Salam, untunglah akak, anak akak aktif. Selalu yang aktif ini adalah anak yang pintar..

    Kalau sudi singgah sini ye kak :)

    http://www.kisahsigemok.com/2012/08/segmen-pengalaman-menyambut-kemerdekaan.html

    ReplyDelete
  7. ya Allah lala..... ganas nye...hahahaha...tp xpe, org kata kalau budak2 lasak, nanti besar2 pndai bawak diri... campak kat mana2 pun boleh idup... kire kalau pegi tempat org insyaAllah boleh bawak diri

    ReplyDelete
  8. Huhuhu. Kena suruh kedai yg msk kot kalo mcm ni...

    ReplyDelete
  9. ya Allah gangster nya lala.hehehe.sampai panajt walker,tu lah kan.anak sedara rara pon minat tgk iklan gak.

    ReplyDelete
  10. Ibu tabik ngan aksi yg NO.4 cik lala tu mummy..
    Hik3!!!! Btoi ler mummy..
    Bdk2 besor lala sangat sukakan Iklan..
    Ntah apa yg menariknya ntah..
    Tau lak deme bezakan antara Iklan & Movie kan?!
    Hi3!!!!
    Btoi mummy, x ada anak2 yg x cantik di mata ibu bapa..
    Cuma ibu sgt2 pelik kenapa masih jgk ada segelintir yg duk membuang membunuh mendera anak2 tu..
    Why?!!!!
    Aiyoooooooooooooooooo!!
    Sggh ibu emo kalo sentuh nasib anak2 yg mcm tu..
    Tmbh2 sejak dah jadi ibu ni..
    Lg mudah tersentuhnya banding zaman dlu2..
    Mummy..
    Happy Weekend, Salam Nuzul Quran dr kami & TC yer.. ;)

    ReplyDelete
  11. hoho baeklah duduk asing2.. kalau duk ngan mentua, macam2 perasaan lain akan timbul.. bukan setakat jaga budakje nanti, semua nak dijaganya tak ke haruuuuu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com