YOUTUBER TERKENAL SAMAN SURIRUMAH 1 JUTA??

1/07/2022 03:46:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

YOUTUBER TERKENAL SAMAN SURIRUMAH 1 JUTA?? Bila terbaca atau tertengok kes kes macam ni kadang kadang ada rasa fobia. Hanya orang pernah melalui sahaja faham. Ye.. kes kes sivil ni tak ada la sampai nak di kenakan hukuman gantung pun. Cuma mungkin bagi orang orang biasa yang tidak arif tentang kes kes mahkamah. Serius memang akan cuak juga. 

Kadang kadang simpati juga. ada kes orang yang ingin membantu memberi kesedaran pada masyarakat di saman. Bukan merujuk diri sendiri yer tapi banyak dah kes macam ni berlaku. Ada seorang aktivis yang mewakili sebuah NGO yang aktif memberi kesedaran dan bantuan pun sedang hadapi kes saman fitnah di mahkamah. Yer betul niat tak menghalalkan cara tapi fitrah manusia biasa kadang bila beremosi terlepas cakap.

 Yer.. ada perkara tak dapat di buktikan dengan fakta dan kebanyakan penulisan beremosi ni boleh di twist atau spin menjadi fitnah untuk di dakwa di mahkamah. Penulisan berbentuk sarcasm pun boleh jadi point untuk di saman. Sememangnya pengamal media sosial ni kebanyakan berisiko kena saman dengan penulisan mereka tapi itulah orang kata ikut nasib. Bernasib baik tak bermakna ada tak pernah buat seperti orang yang di saman buat.

Berbalik pada kes surirumah yang di saman 1 juta oleh seorang youtuber terkenal ni. Saya tertengok satu konten di tiktok. Tapi rasa kes ni ada kaitan dengan isu yang pernah viral baru baru ni FB. Katanya dia mendapat surat saman dengan tuntutan 1 juta oleh youtuber tersebut.

Beliau katanya hanya ingin Menjawab tuduhan kononnya beliau tak pandai jaga anak.. beliau memuat naik penulisan di account media sosial beliau. Bukan niat untuk mengaibkan atau menjatuhkan sesiapa. Cuma untuk menjawab kecaman netizen yang menuduh beliau tidak pandai jaga anak dari isu yang di viralkan.

Youtuber mana.. dan siapa yang di saman. Saya tak nak komen la. Dalam konten tiktok itu sendiri tidak menyebut secara terang siapa youtuber tersebut dan kita sebagai netizen kalau syak sesiapapun yang terbaik adalah kunci jari. Takut kita pulak di heret ke mahkamah nanti.

Apapun sekiranya ada mendapat surat saman atau writt saman tolong jangan abaikan. Cari pengamal undang undang untuk meminta khidmat nasihat apa yang boleh anda lakukan. Mengabaikan mungkin menyebabkan anda akan mendapat penghakiman ingkar perintah mahkamah.

Jika kita tak pedulikan saman yang diterima atau gagal hadir ke mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan, Plaintif boleh memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap kita.

Kesannya?

Kita kalah sebelum masuk gelanggang lagi. Apabila pihak Plaintif sudah ada Penghakiman Ingkar Kehadiran, Plaintif boleh gunakan Penghakiman tersebut untuk laksanakan pelaksanaan Penghakiman terhadap kita.

Contoh pelaksanaan penghakiman:

a. Saman Penghutang Penghakiman (kita boleh dipenjara sebab tak bayar hutang)

b. Tindakan kebankrapan (jika jumlah penghakiman melebihi RM 100,000)

c. Writ Penyitaan dan Penjualan Harta Boleh alih (barang-barang milik kita contohnya perabot rumah boleh dijual untuk selesaikan jumlah penghakiman)

d. Writ Penyitaan dan Penjualan Harta tak alih (apa-apa hartanah mungkin boleh dijual untuk selesaikan jumlah penghakiman)

e. Garnishee Proceedings

f. Writ Penghantaran

Sumber rujukan : https://jomtanyapeguam.com/apa-nak-buat-kalau-kena-saman-di-mahkamah/

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com