KISAH SERAM.. MILIK SIAPAKAH SUARA BERDEHEM ITU?

1/12/2024 12:38:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

KISAH SERAM.. MILIK SIAPAKAH SUARA BERDEHEM ITU? Di kesunyian malam ini.. Ku datang menghampiri.. Diri mu yang telah berjanji.. Sehidup dan semati.. 

Ha.. Tu dia mukadimah lagu OST perjanjian syaitan gitu. Bukan apa hari jumaat ni aku nak share dengan hangpa sebuah kisah seram untuk masa depan katanya. Nak kata seram sampai merinding oh bulu roma ku bila hangpa baca mungkin tidak la sebab hangpa baca ja. Tapi bagi aku yang pernah lalui peristiwa tu waktu tu memang 'berdengup jantung ku.. Bila ku dengar nama mu ah.. ah.. ' gitu. 

Kisah ni memang kisah lama la sebab sekarang perangai lebih hantu dari hantu mungkin sebab tu jarang la ada gangguan syaiton nirrojim ni. Kisahnya masa tu aku masih tinggal kat kampung. Belum lagi berhijrah apa lagi kahwin jauh sekali ada anak macam sekarang. Masih muda, cantik, tertarik kau memang da'bomb macam sekarang juga. Tak ada beza pun. Kecantikan tu kekal sehingga hari ini.. 

Di jadikan kisah adik aku dapat sambung belajar kat politeknik nun jauh di terengganu sana. Jadi family aku nak pergi hantar dia kesana. Depa buat rombongan 2 buah family. Family aku dengan family mak munah (makcik aku). Tak la ramai. Mak munah masa tu ada seorang anak dan seorang je menantu. Campur mak munah 3 orang je la. Family aku sapa je la ada. Mak, arwah ayah, adik aku yang bongsu, dua kakak aku lagi tak ikut. Sorang masih belajar time tu. Lepas tu adik aku yang dapat sambung belajar tu lah. Pergilah mereka bermusafir kesana. 

Aku tak nak ikut bukan tak di ajak. Aku pun lupa kenapa aku tak nak ikut. Bila tak ada 2 family aku ni maka macam sebatang kara la. Tak ada pilihan kalau aku lari tidur rumah mak munah pun tak ada orang, baik aku duduk kat rumah mak ayah aku ja. Sekurang kurangnya makhluk berbulu ramai boleh buat teman bergaduh. 

Aku ni memang sejenis lewat tidur. Pukul 12 tengah malam tu kategori malam masih muda.. Asal kau duduk tak buat apa apa. Jadi aku lepak lepak kat ruang tengah (ruang tengok tv) sambil berniat nak tidur kat situ je tak tidur dalam bilik. Tapi malam tu aku rasa macam malam paling sunyi.. Sampai macam tak dengar apa apa bunyi. Tapi aku tak fikir la bukan bukan. Aku cuma rasa kesunyian tu sebab mungkin tak ada sapa kat rumah. Jadi aku baring baring sambil tengok tv. Tetiba aku dengar suara berdehem. Aku tutup volume tv tu.. Nak pastikan aku tak berhalusinasi. Yer suara sama macam mak aku biasa berdehem malam malam kalau tekak dia rasa tak selesa. Masalahnya takkan mak aku berdehem kat terengganu dengar sampai kedah. Argh... Menda ni saitan. Tak logik la nak suruh aku positif pun. 

Time tu aku mula rasa seram dah. Tapi mana aku nak lari. Makcik aku pun ikut rombongan hantar adik aku ke terengganu. Kalau dia ada confirm tengah malam pun aku lari kerumah dia & menyelit tidur celah ketiak dia. Sebab aku memang tinggal dengan mak munah sebelum anak dia kahwin & bawa bini dia tinggal kat situ. Memang tempat tidur aku celah ketiak dia la. Rumah mak munah tu macam rumah aku ja. 

Memang tak ada pilihan lain selain anggap diri aku macam dalam rancangan fear factor sambil berdoa kau jangan nak berdehem lagi saitan. Aku dah takut dah ni. Mujur la tak ada dah bunyi berdehem. Mungkin dia dah dapat strepsils gamaknya tekak dah tak gatal. Tapi bunyi berdehem tu serius bukan ilusi tau. Jelas aku dengar dan ingat sampai sekarang. Sebiji suara mak aku. Saitan betul.. Dia boleh tiru suara mak aku sebiji gitu. Kau memang betul betul saitan la beb! 

Tu salah satu pengalaman seram yang pernah aku lalui. Memang la hangpa baca tak seram sebab cerita tak ada muncul lembaga penapisan filem malaysia ke apa. Cuma sound effect je. Tapi cuba kau yang hadapi situasi tu.. Tidur pakai pampers beb! 

Moral of the story.. Tak semestinya orang suka tengok cerita seram macam aku ni tak akan rasa takut dengan gangguan mistik. Menonton tak sama feel macam menghadapi sendiri. 

Jadi itu je la pembukaan segmen seram serik lekat lekit untuk tahun 2024. Bagi aku masa sikit nak ingat balik kisah kisah seram lain. Kalau ada nanti aku share lagi yer.. 

1 comment:

  1. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2024/01/giveaway-sampul-raya-rare-2024.html

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com