AMALAN BARU TEKAN LIKE FB UNTUK BERDOA

6.6.14 Suria Lekatlekit 5 Comments

Zaman sekarang semua nak cepat.. semua nak mudah.. semua nak moden.. semua nak urban.. Tak kira apa perkara pun. Kalau dulu nak shopping kena menapak ke pekan, ke bandar, ke supermarket, ke Mall.. Sekarang duduk rumah depan pc, laptop, tab, smartphone pun boleh abis ribu riban shopping. dari spender sampai la ke segala bagai baju bajan.. kasut beg. Tak larat nak senarai barang2 yang jual online.. ubat kuat ubat lemah, minyak pengasih minyak pembenci segala mak nenek ada. Kau mampu??

Bukan boleh shopping online atau perkhidmatan online.. sekarang berdoa pun online. Trend sekarang 1 LIKE 1 PRAY katanya.. Tak tau la motif sebenar orang yang dok tagih like ni.. dia submit doa dengan button like ke.. dia kumpul dana LIKE ke.. atau kalau tak like doa tak makbul ke camna tak tau la kan. Buat la caption dakwah la... kekonon prihatin & simpati la.. apa bagai... hujung2 1 LIKE 1 PRAY dengan huruf capslock gitu. Tak tau la ajaran mana puak2 1 LIKE 1 PRAY ni ikut.. tapi memang dah jadi satu budaya jugak la kat FB. kalau anda ISLAM.. like kalau tak anda kapir..  Kalau kesian LIKE kalau tak anda tak perikemanusian..  tu contoh caption2 nak meraih like.


Seriously aku memang takkan LIKE la status2 kurang kasih sayang yang menagih LIKE ni. Orang boleh nilai kot yang mana tagih LIKE yang mana berkongsi peringatan/dakwah atau prihatin pada sesuatu perkara. Takat kau upload gambar kucing HERO yang memang terkenal dengan caption, Ingat tak kucing ni yang kena potong kaki dia.. kesian dia dah mati. 1 LIKE 1 PRAY. Dik.. akak rasa nak bagi LIKE tu kat ko sebagai doa je sebab akak lebih kesiankan kau dari kucing hero. HERO dah tentu bebas dari segala kesakitan & penderitaan sebab kucing ni kalau dah mati takde soal kubur, takde siksa kubur.. takde pembalasan syurga & neraka untuk dia.. tapi kau tu sibuk dok suruh orang doa kat kucing yang dah mati sedangkan diri kau tu sebenarnya lebih perlu banyak berdoa & di doakan. Kau yang nanti nak kena soal kubur... kena hisab dosa & pahala & ada syurga & neraka yang ko sibuk nak doa untuk haiwan yang dah takde tu apa kes?? Tak malu ke nak tumpang populariti kucing. Konon sedih la sangat... ceh!

Ni contoh adik yang perlukan dana LIKE untuk jadi popular macam syasya solero.

Tu la contoh2 adik2 (even yang bangka pun ada buat kita anggap je la dia macam adik2 jugak sebab kesian) yang menangih LIKE juta2 lemon. Sanggup jual agama demi LIKE.. jual diri demi LIKE & jual maruah demi LIKE. Tak salah sebenarnya kalau apa yang di kongsikan tu membawa manafaat & orang LIKE @ Share tapi tak perlu la demi menangih LIKE sampai kau jual agama. Mengkafirkan orang yang tak nak LIKE. Ini bukan rekaan tapi memang berlaku di FB. Berpada pada mencari populariti di laman sosial.. jangan orang nampak kita macam kita ni terdesak & attention seeker. Malu Aaihhh...!!

So, moral of the LIKE story.. nak cari LIKE kat FB tu jangan sampai orang nampak korang penagih tegar LIKE. Tak perlu 1 LIKE 1 PRAY.. LIKE kalau ISLAM bagai.. kongsikan apa yang bermanafaat & menarik insya Allah tak mengemis LIKE pun orang akan LIKE & LIKE yang korang dapat tu lebih bermaruah. Sekian makaseh!

5 comments:

  1. benda tu memang dah trending skarang ni...merata-rata duk suruh 1 LIKE 1 PRAY la, mcm2x ...sabar je la kan.adudududud

    ReplyDelete
  2. Adoi la. Nasib tak de button "pray". Lau ada ntah lagi byk kene klik.

    My latest post: goat simulator

    ReplyDelete
  3. mmg drpd dulu lg dh ada post bingai cm nih... jenis orang batak like cm ni la.. hahahaah

    ReplyDelete
  4. salam mami lala..
    hihi..niat tu dah betul..cara pulak..attention seeker..

    ReplyDelete
  5. saya selalu juga nampak
    tapi pandang sekali lalu aje
    tak ada perasaan nak like

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!