KALAU BULU KETIAK BERSEPAH TAK PAYAH PAKAI SINGLET

1.10.15 Suria Lekatlekit 10 Comments

KALAU BULU KETIAK BERSEPAH TAK PAYAH PAKAI SINGLET. Kalau dulu singlet ni sinonim jadi pakaian dalam jer. Orang lelaki pun pakai singlet di dalam baju tapi zaman sekarang singlet macam salah satu fesyen bila bersepah kita boleh nampak lelaki keluar ke mall atau beriadah hanya bersinglet. Dah bukan jadi satu pakaian dalam lagi.

Sumber Google Sekadar Hiasan

Bila dah jadi satu trend semua orang akan terima & ikut sebagai satu fesyen yang depa rasa kalau di gayakan nampak urban & stylo milo kononnya. Kalau awek tengok pun menitik air liur katanya. Aku tak tau la pandangan mata aku maybe tak up to date sangat kot dengan gaya lelaki bersinglet. Sebab walau hensem macam mana pun tetap aku geli tengok lelaki bersinglet.nak2 lagi jenis bulu ketiak bersepah. Tak payah bersinglet sangat la. Tak sanggup aku nak bayangkan peluh ketiak yang meleleh sebab tak ada penyerapan. Kalau pakai baju berlengan lain la peluh tu serap jugak kat kain.

Serius tak seksi & menghairahkan pun lelaki bersinglet sebagai fesyen untuk jenjalan kat mall @ mana2 pusat riadah. Even ketiak ko licin sekalipun tetap nampak geli hahahaha. Kalau rasa nak jadi lelaki seksi & mampu menghairahkan kaum wanita untuk mendekati hangpa tak payah tayang badan sado. Muka hensome pun tak perlu. Hanya perlu buat benda ni jer confirm tak sempat korang declare perempuan tu dah berangan pergi honeymoon dengan korang. Nak tau apa yang perlu buat untuk jadi lelaki seksi yang mampu mencairkan hati perempuan sila baca kat sini >> 7 Perkara Yang Buat Lelaki Nampak Seksi <<

Satgi ada dok mai pertikai laki pakai singlet geli sangat yang perempuan pakai baju dah macam bikini tak pulak hang kesah. Bukan tak kesah tapi rasanya dah ramai sangat kaum lelaki ambil kisah jadi kita kesahkan pulak pasal pakaian lelaki. Almaklum la lelaki ni kadang2 prihatin sangat dengan apa yang perempuan pakai padahal kadang2 depa tu pakai sampai nampak size angry bird tak pulak rasa segan & malu. Satgi ada pulak setaz mai dok cakap pasal aurat.. jadi sebelum berlaku aku nak bagitau siap2 apa yang aku tulis tidak menyebut pasal aurat sesiapa cuma apa yang aku tulis hanya dari pandangan mata aku je. Aku sedar aku bukan selayaknya cakap pasal aurat orang.

Aku tak kisah la kalau setakat nak bersantai kat rumah di musim panas pakai singlet sebab bila kat rumah kita nak lebih santai kan. Cukup la kat rumah jangan sampai keluar dating dengan awek pun kau bantai singlet jer hapa kau fikir badan kau ketul2 macam roti bun tu semua orang tengok terliur ke? Ada orang tengok kau bersinglet rasa nak muntah tau tak?? hahahhaa

Moral of the story, bila pakaian dalam di pakai di luar & menjadi ikutan maka kadang2 fesyen orang sekarang lebih nampak kuno berbanding orang dulu.peace yo!

10 comments:

  1. ahaha

    teguran yang sangat tajam dan pedas

    selalunya takut nak masuk blog nieh

    banyak cite seram

    ReplyDelete
  2. akak ni la satu pantang kalau keluar nak pi makan ka,pi jalan ka..memang geli tengok orang pakai singlet..tak kira lelaki ka pompuan..geli la dok terbayang macam 2 sampai hilang selera makan..benda patut sorok tak payah la tayang.

    ReplyDelete
  3. Tu tak cukup dahsyat dedulu zaman anak dara akak penah naik bas dari melaka - kl ada penumpang pompuan indon umur dalam 30an kot pakai baju singlet sambil cabut bulu ketiak pakai penyepit kecik tu sambil borak2 dgn kawan dia....ngeri ko terbayang bulu ketiak dia dok terbang2 di tiup aircon.....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiiii, tak menahan saya gelak kat crita sis ni....lawak2

      Delete
  4. Nasib baik ambe tak suka pakai singlet dan ketiak ambe bersih...hahahaha.

    ReplyDelete
  5. Terbayang bila part peluh tu.. camane nak serap kalau pakai baju takde lengan.. eerrr..

    ReplyDelete
  6. Biasanya orang yang suka pakai singlet dikhalayak ramai ni fikirannya tak matang. Ada yang dah berpinak cucu pun masih rasa dirinya muda dengan pakaian singlet tu..

    ReplyDelete
  7. Duk dirumah tak kisah la kan..isteri ja tengok...haha

    ReplyDelete
  8. Banyak para wanita yang merasa risih dengan tumbuhnya bulu ketiak sehingga membuat mereka mencari Cara Menghilangkan Bulu Ketiak secara permanen. Baik dengan menggunakan cara alami maupun dengan cara modern, sehingga akan membuat mereka tampil lebih percaya diri.

    ReplyDelete
  9. Jgn lupa...ihram lelaki pun tayang ketiak ape...stigma...prempuan blh plak tyg ketiak...bila ditanya knp...dia kata panas...org lelaki pkai singlet bkn sbb nk tyg sado ke tak...tapi nk selesa..malaysia ni kan panas...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!