MINUM SEGELAS KENCING BERGELAS GELAS

10/16/2015 03:36:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

MINUM SEGELAS KENCING BERGELAS GELAS. Macam teka teki pulak kan? Air apa minum segelas kencing bergelas gelas. hahaha.. gamaknya kencing dalam gelas kot dia boleh kira berapa gelas dia kencing. Alahai.. jangan bendulan sangat boleh tak? erkk.. tapi ada jugak orang pernah kencing dalam gelas. Tak nak cerita sebab aku pernah cerita dalam blog ni dulu pasal air kencing. Kesian budak tu...


Sebenarnya aku nak cerita pasal air teh je. Air teh antara minuman berkafien jugak sebab tu kalau kita minum teh memang akan kerap kencing nak2 lagi musim sejuk atau hujan. Rasa nak berkampung dalam toilet je kalau lepas minum teh walau minum segelas jer tapi dia punya kencing macam aku cakap la..  bergelas gelas sampai rasa macam tak logik je air teh mampu hasilkan air kencing begitu banyak katanya. hahaha

Tapi bukan je minum teh akan buat kita kerap kencing malah minuman berkafien lain seperti kopi jugak buat kencing kita jadi lawas. Nak2 lagi kalau kopi yang di campur dengan bahan pelik macam ludah monyet,arang & banyak lagi benda2 yang di luar logik akal kita. Boleh baca kat sini >> 7 Bahan pelik Yang di campur dalam kopi <<. Ni bukan je buat jadi kencing lawas takut berak pun terover lawas. hahahaha.  Kafien ni selain memberikan tenaga kepada tubuh.. memang dia akan buat kita kerap kencing. Sebab kafien jugak menyebabkan peningkatan jumlah air kencing. bukan magic yer minum segelas kencing bergelas gelas. Ada bukti dari segi saintifik. Tapi kalau kekerapan kencing tu jadi teruk sampai 5 minit sekali nak kena pergi toilet maka kurangkan minum minuman berkafien & pergi la buat pemeriksaan takut ada penyakit lain pulak.

Sebenarnya entri terilham sebab aku minum teh tadi. Dengan cuaca mendung & sejuk ni tak larat pulak rasa nak bermain air kat toilet. Maka saja2 la google pasal teh kot2 ada info best boleh share. Kan? Kencing pun boleh jadi ilham update blog. hahaha

Moral of the story kencing kerap ok menyusahkan diri tak menyusahkan orang jangan kencing orang memang bukan saja menyusahkan orang malah silap haribulan diri dapat susah balik. paling penting jangan tahan kencing nanti jadi batu karang.

1 comment:

  1. eiii..campur ludah monyet..alahai..skit jiwa ke apa??kembang tekak..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com