8 CIRI SMARTPHONE YANG DI LUAR LOGIK AKAL MANUSIA

10/17/2015 11:14:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

8 CIRI SMARTPHONE YANG DI LUAR LOGIK AKAL MANUSIA. Sekarang ni boleh kira dengan jari orang yang tak ada smartphone. Dari sekecik2 anak sampai setua bangka mak bapak & atuk nenek semua ada smartphone. Yang tak ada atau tak reti guna smartphone ni boleh kita kira dengan jari. Majoriti semua ada nak2 generasi Y kalau tak ada smartphone rasanya kemurungan. Kalau kita dulu dalam usia generasi Y masih dok tulis surat kemudian upgrade sikit hantar sms.. budak2 sekarang semua wish atau contact kengkawan melalui media sosial guna smartphone je.


Smartphone ni asalnya cuma kehendak tapi bagi sesetengah orang yang bekerja secara online mungkin dah jadi satu keperluan. Ada orang dah buat smartphone macam hobi.. kerjanya asyik tukar smartphone je. Pantang dengar ada keluaran terbaru smartphone boleh kena parkinson kalau dia tak beli. Nak2 lagi kalau dia tahu yang smartphone ada ciri2 baru yang memang tak ada pada smartphone lagi la boleh demam chikungunya kalau tak dapat beli katanya. Punya la dia obses dengan smartphone.

Spesis macam ni kalau ada smartphone dengan ciri2 yang luar logik akal macam ni gamaknya bergadai harta pusaka pun dia sanggup asalkan dapat beli smartphone yang ada ciri ciri yang macam ni >> 8 Perkara Yang Manusia harap Smartphone Boleh Lakukan << Memang owesome la kalau smartphone ada 8 ciri ciri ni. Senang hidup katanya. Semua smartphone yang buat. hahahaha

Zaman manusia yang dah macam bergantung hidup dengan smartphone ni, smartphone dah macam nyawa kedua. Seolah2 tak ada smartphone terus rasa macam tak ada kehidupan. Terus dunia rasa kosong, sunyi & sepi. sebab tu teknologi smartphone ni berkembang sangat laju. Belum sempat kita nak explore yang baru keluar ni tup2 bulan depan dah ada yang baru keluar. Kalau kejar teknologi smartphone rasanya semput.

Moral of the story.. Suka pada teknologi tak salah cuma jangan sampai buat sesuatu di luar kemampuan. Jangan sampai berhutang keliling pinggang hanya sebab nak tukar smartphone yang laters version. Kalau dah kemampuan guna Galaxy Y.. syukurlah. At least boleh jugak online walau skrin kecik. hahahaha.

2 comments:

  1. Dah jadi satu keperluan juga di zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Ambe tak penah beli yang memahal lagi. Yang ada ni pun wifey hadiahkan.
    Ambe perlu pikir banyak lagi yang perlu ambe belikan dan sediakan untuk keluarga.
    Memang tingin...tapi apa kan daya.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com