PEMINAT PETER PAN CEPAT TENGOK NI

2.10.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

PEMINAT PETER PAN CEPAT TENGOK NI. Kat Sini aku confirm ramai peminat Peter Pan. Dari sekecik2 budak sampai la setua bangka mak bapak. Aku dulu pun memang minat giler dengan Peter Pan. Gila kau tak minat. Kalau tengok mesti otak terus terjun ke alam fantasi. Mula la hidup dalam alam Imaginasi.


Kini Peter Pan kembali lagi... Kalau Korang betul betul peminat Peter Pan Aku confirm benda ni yang korang tunggu tunggu setelah sekian lama. Nanti dulu.. Ni bukan cerita pasal Kumpulan Peter Pan Yang vokalis dia pernah di penjara sebab video seks dengan beberap orang artis indonesia tu. Ni aku cerita pasal filem Peter Pan hokay! Jangan salah faham pulak.

Ok sambung cerita Filem Peter Pan dah keluar version baru dengan watak Peter Pan yang lebih hansome. tak padan dengan kecik ciri2 ke hansome'an dia dah terserlah tu. Yelah Hero yang pegang watak Peter Pan dulu kan dah RIP. Tengok Trailer filem ni pun memang penuh aksi & imaginasi. Pendek kata lebih hebat berbanding filem yang lepas. Dia punya tahap fantasi tu lebih luas. Babak2 dalam filem ni pun lebih menarik. Kalau korang nak tengok trailer dia boleh tengok eklusif kat sini sebab rasanya belum keluar kat youtube kot >> [OFFICIAL TRAILER] Pan: Every Legend Has A Beginning << dah tengok? best kan?? Memang gempak la action dalam filem ni. Bukan level imaginasi kanak kanak. Kita sendiri pun boleh tenggelaman dalam imaginasi filem ni.

Boleh la kalau nak bawa anak - anak tengok filem ni sebab confirm la budak2 suka lebih2 lagi budak2 lelaki. Kita mak bapak pun boleh enjoy filem2 aksi & fantasi macam ni. Aku kalau anak aku jenis boleh duduk & tengok wayang memang dah lama aku bawa tengok wayang. Masalahnya anak aku bukan nak duduk dalam tempat gelap. Lepas tu kalau tengok wayang dia akan buat wayang sekali. hahahaha. Takpelah.. setakat tak boleh tengok wayang bagi aku pengorbanan yang sangat kecik. Takde makna gigih nak tengok wayang sampai kena suruh orang lain jaga anak aku. Itu bukan aku buat masa ni.

Apapun jangan lupa sebelum beli tiket elok la tengok trailer dulu. Langkah keselamatan supaya tak tengok filem yang bukan taste kita.

2 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!