AKHIRNYA YUSRI & LISA SURIHANI KONGSI GAMBAR ANAK

22.6.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

AKHIRNYA YUSRI & LISA SURIHANI KONGSI GAMBAR ANAK. Sebelum ni jadi kontroversi jugak bila Lisa surihani & Yusri KRU ambil keputusan untuk membesarkan anak mereka seperti kanak kanak biasa. Tak nak dedahkan gambar anak depa kat media. Ada yang mengecam & ada yang menyokong tindakkan mereka. Sampai pernah berlaku satu isu bila ada peminat yang mencuri ambil gambar Lisa & anak dia kat luar kemudian menyebarkan di media sosial. Timbul rasa sedikit tak puas hati lisa dengan perbuatan peminat tu. Tapi semua isu tu dah selesai.


Tup tup hari ni terbaca kat beautifulnara katanya Yusri & lisa akhirnya berkongsi jugak wajah terkini anak kesayangan mereka Yahaira Leanna. Mungkin sekadar nak berkongsi dengan peminat yang teringin sangat nak tengok muka anak depa. Yelah.. bukan semua peminat bertuah terserempak dengan retis kat luar.. Nak2 lagi yang duduk kawasan luar bandar.

Katanya Yusri berkongsi gambar Yahaira Leanna yang dah berusia 9 bulan bersempena hari lahir dia semalam. Mungkin hadiah untuk peminat yang sentiasa menyokong dia selama ni walaupun sebelum ni depa sangat menjaga privacy anak mereka. Alah sekali sekala tunjuk bagi peminat tengok apa salahnya, ye dak? Jangan la show off anak sampai kecik2 lagi dah menang anugerah dalam industri hiburan walaupun anak tu sebenarnya tak ada terlibat dalam apa2 aktiviti seni pun. Lepas dah menang, luah perasaan risau pulak sebab anak dia terpilih sebagai yang paling popular katanya. Yang ko dok tayang serata alam maya gambar anak kau tu apa motif kalau tak sebab nak popularkan anak kau. Tak paham ah kak puaka tau! hahahahaha

Yahaira Leanna 9 Bulan. Comel macam mak bapak dia jugak

Tak salah nak abdikan kenangan dengan gambar & nak upload untuk berkongsi dengan orang lain.. Boleh jer cuma berpada pada. Gambar ni salah satu sebagai medium untuk menyimpan memori. Jadi kalau korang nak abdikan kenangan bersama keluarga dengan pakej gambar bernilai RM2000 secara percuma meh tengok macam mana nak dapat >> Mereka nak bagi korang pakej gambar keluarga bernilai RM2,000 Raya ni. Nak tak? << Cuma jangan la share semua gambar dengan orang. Ada gambar boleh share & ada yang tidak. Jadi pandai2 la menapis ayak yang mana gambar sesuai untuk tontonan umum & tidak.

Moral of the story.. jangan biarkan gambar menjatuh maruah anda. Sekian terima kasih. selamat berselfie semua

3 comments:

  1. mcm2....nnti klu g mna2 dok tyang ank jgak..huhu..

    ReplyDelete
  2. comelnye lahai anak lisa dan yusri ni...rambut lentik2 homey2 sgt :)

    ReplyDelete
  3. Nak tanya je perasan tak mata sebelah kanan anak Lisa tu kecil dari mata kiri dia?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!