BETINA TUA,NYANYUK & BUTA TAPI MASIH AKTIF BERANAK

6/08/2016 11:17:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

BETINA TUA,NYANYUK & BUTA TAPI MASIH AKTIF BERANAK. Tu dia bulan2 posa ni dok carut kat sapa pulak. Baru hari ketiga berpuasa lekat lekit Ooi.. Dah tak tahan nak melazer orang ke? Sabar na.. Baca dulu elok elok jangan semborono sembur tak tengok kiri kanan. Budaya menilai dari tajuk harus di di kikis di kalangan masyarakat kita supaya kita tidak memperbodohkan diri mengeluarkan komen yang kurang bijak.


Betina tu bukan la aku nak cerita pasal makcik tua. Aku nak cerita pasal kucing betina mertua aku ni. Kalau ikut umur manusia dia dalam lingkungan 14 - 15 tahun dah.. Tapi umur kucing dalam lingkungan 98 - 100++ tahun la. Kalau manusia umur macam tu memang melepasi zon monopous dah. Jarang la ada orang mampu beranak pinak lagi dalam usia macam tu. Tapi tidak kucing. Depa tak ada usia monopos katanya. Selagi hidup & subur selagi tu boleh beranak pinak macam kucing mertua aku ni.

Nama asal dia family mertua aku panggik kak cun. Kelas kau! Bukan tiru nama makcun ok! dia wujud sebelum kewujudan drama mak cun. Dari ciri2 dia tu nampak la mungkin masa muda remaja dulu dia agak cun tapi dah tua2.. mata buta.. nampak macam nyanyuk sikit memang ke cun' an dia tu dah semakin berkurang. Tapi tu la mungkin aura cun tu masih ada.. Kucing2 jantan di sekeliling masih minat nak kawen dengan dia. Dalam usia tua tu kerap jugak dia beranak pinak tapi kebanyakkan anak dia tak hidup lama. Tapi ada sekor yang terbaru hidup besar sampai dah pandai makan makanan pepejal dah. Kira ada change untuk hidup lama la sebab tak bergantung sangat pada susu ibu.

Ni la rupa anak kakcun @ nenek yang berusia 100++ tahun. Nampak sihat & lincah je. Moga membesar bagai juara la. Gambar mak dia lupa nak snap. Tunggu next week pulak photoshoot mak dia yang dah tua tu.

Berjaya jugak la kak cun @ nenek nama panggilan asben aku kat dia.. membesarkan anak dia dalam usia yang dah 100 tahun tu. Tengok walau haiwan ni tak berakal.. Dia ada keistimewaan dia sendiri. Tetap subur dalam usia ratusan tahun katanya. Tu kehebatan seekor kucing tak ada pada manusia, ok! Jadi jangan pandang haiwan dengan pandangan tak ada kehebatannya sebab setiap apa yang Allah jadikan di dunia ni ada keistimewaannya tersendiri.

Ibu tua ni perangai dia sangat penyayang. kadang2 orang buang anak anak kucing mertua aku jumpa dia akan bawa balik. So, si nenek la selalu jadi ibu angkat walau dia buta & nyanyuk. Kudrat pun dah tak macam kucing muda mudi tapi naluri keibuaan & kasih sayang tak berbelah bahagi tu dia tak pernah kisah anak sapa pun. So kita patut malu dengan nenek kalau kita jenis manusia yang sempurna akal fikiran tapi perikemanusiaan masih kurang.

Ada orang pernah suggest kat aku suruh mertua aku mandulkan dia.. Mertua aku pun jenis family aku jugak bela kucing secara natural. Takkan mandulkan. Nak beranak pun beranak la. Kucing pun normally jangka hayat depa bukan panjang sangat. Biarlah depa hidup secara semulajadi. Yang penting kami tak buang bila kucing membiak banyak dalam rumah. Bela sampai akhir hayat. Yang nak mandulkan tu mungkin aktivis haiwan yang nak mengawal populasi haiwan tersebut supaya nasib mereka lebih terbela. Itu di bolehkan la.. Dari kau biar beranak pinak lepas tu kau rasa terbeban kau buang merata rata lebih baik mandulkan. Jangan jadi spesis manusia yang bela kucing sekadar untuk kepentingan diri bila dah tak ada kepentingan buang kucing2 macam buang sampah je.

Itulah kisah kak cun @ nenek yang masih subur & aktif beranak pinak dalam usia emasnya. Salah satu keajaiban Allah. Walaupun dia takde la di jaga secara high class tapi mampu jugak merasa makan makanan jenama ni >> Hadiah Comel Percuma Untuk Semua Penggemar Kucing << tanpa ambil vaksin ke hapa dia tetap hidup tanpa menyusahkan orang yang menjaganya. Cuma kadang2 dia keluar rumah.. adik ipar aku pergi juga cari. Tapi selama dia berjalan jalan dengan mata buta.. Alhamdulillah.. Allah lindungi dia dari sebarang bahaya.

1 comment:

  1. Ingatkan kisah artis manalah tadi ^_^ Itulah, kita ni yang diberi akal tak reti nak berfikir macamana nak jaga anak, agak-agak susah buang aje tepi sampah, belakang toilet etc.etc.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com