RESEPI BIHUN GORENG KOSONG PALING MUDAH & SEDAP

11/12/2018 10:30:00 AM Suria Lekatlekit 0 Comments

RESEPI BIHUN GORENG KOSONG PALING MUDAH & SEDAP. Bertemu lagi kita dalam segmen dapur sekangkang kera lekatlekit. Tu dia dok perasan jadi hos rancangan masakan kat blog picisan ni pulak dah. Berangan nak jadi chef selebriti katanya.. Padahal reti masak bihun goreng ja.


Amboi nak berangan sikit pun dah kena cerca. Blog lekatlekit ni memang suka la share resepi simple tapi sedap sebab cheq target bebudak baru nak up & belajar memasak. Yang dah expert depa tak main la google resepi. Resepi semua dalam kepala hotak depa dah. Sebut ja nak makan apa.. ketuk ketang siap ja terhidang atas meja. Bagi yang merangkak baru nak kenal mana satu garam mana satu ajinamoto mana satu herba campur, bunga lawang bagai.. Yang tu la rajin sangat nak google resepi even nak masak nasi pun depa google ok. Apatah lagi nak masak bihun goreng ni.

Sebagai blogger prihatin mai sini hakak nak ajar hangpa lagu mana nak masak bihun goreng paling simple tapi di jamin sedap. Tak payah nak campak segala haiwan laut haiwan darat semua dalam bihun tu.. cukup bubuh bahan2 basic ja pun tetap sedap. Jom la kita tengok bahan bahan nak masak bihun goreng kosong ni.

bahan bahan

Setengah paket bihun ( ni untuk makan 2 -3/4 orang boleh la kot sorang sepinggan)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Serbuk cili
Kicap manis
Kicap masin
Tomato sos
Udang kering
Taugeh
Kucai
Minyak masak

Cara masak

1. Celur / rebus bihun separuh masak (jangan sampai lembut) atau rendamkan dulu beberapa ketika.

2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, udang kering tapi tak perlu sampai lumat. Agak hancur tu ok la.

3. Bancuh serbuk cili bersama kicap manis, kicap masin & sos tomato. Buat macam pes.

4. Potong kucai & cuci taugeh

5. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk sampai naik bau.

6. Masukan pes & masak sekejab sampai pecah minyak.

7. Masukkan bihun gaul hingga sebati.

8. Masukkan kucai & gaul sehingga kucai sedikit layu.

9. Akhir sekali masukkan taugeh & gaul. Kemudian tutup api.

P/s : jika kurang masin boleh tambah garam. yang ni saya dah tak tambah garam sebab bahan bahan yang di gunakan dah membuatkan bihun goreng ni cukup rasa.

Dah siap bihun goreng kosong hakak hangpa ni. Nak tau udang kering tu salah satu perasa yang memberi kesedapan even hangpa tak masukkan ayam/sotong/udang bla.. bla.. bagai. Memang rasa dia pun dah cukup buat hangpa bertambah 2 3 pinggan bihun. Tak caya try la buat.


Jadi kalau yang mana baru pertama kali nak masak bihun goreng paling penting jangan celur bihun sampai lembut nanti bila goreng hancur lebur lembek bihun hangpa tu. Celur sekejab agak setengah lembut je sudah. Sebab nanti nak goreng dia akan lembutkan bihun tu.

Sekian resepi mudah tapi sedap nak mampus dari hakak. Selamat mencuba.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com