RAMAI KENA TIPU DENGAN VIRAL BUDAK FASIH MELAYU DI THAILAND

10/02/2015 11:18:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

RAMAI KENA TIPU DENGAN VIRAL BUDAK FASIH MELAYU DI THAILAND. Kadang - kadang aku rasa pengguna media sosial ni memang spesis yang boleh di perbodohkan setiap masa. Walau berkali kali kena tipu dengan viral kat media sosial tetapi tetap tak cerdik sampai sekarang. Ada ada viral je mesti share & percaya. Dah tak sabar2 nak jadi orang paling awal menyebar & dapat share & like kot.


Semalam kecoh viral pasal seorang kanak kanak peminta sedekah yang katanya di temui kat Thailand fasih berbahasa melayu. Semua syak budak tu mangsa culik warganegara Malaysia. Siap ada buat teori sendiri lagi. Hari ni keluar harian metro Pihak polis sahkan berita yang tersebar tu palsu. Tak ada sebarang laporan berkaitan viral tersebut.

Siap buat teaori sendiri tu

Hangpa yang gigih sangat dok share tu tak rasa bodoh ke? Tahu niat tu nak membantu tapi tak boleh tunggu ke pengesahan dari pihak berkuasa dulu. Dengan memviralkan berita palsu macam ni boleh mengundang panik. Gila kau tak panik.. Dah la sekarang macam2 jenis sindiket penculikkan kanak kanak ada kat Malaysia. Van putih la, kereta waja la.. Aku sampai kalau keluar kadang2 jadi overprotect pun ada. Risau terlepas pandang 5 minit menyesal seumur hidup tapi tak bermakna aku kena jadi kurang cerdik dok viral benda tak sahih. Aku pernah jugak tertipu dengan viral2 ni jadi belajar dari kesilapan.

Yang tak sahih gigih korang nak share.. Ni yang sahih orang susah, uzur, ibu tunggal perlukan keprihatinan kita meh la share. Kisah Alia Haryani seorang ibu tunggal yang mengidap kanser terpaksa membesarkan anak sendirian selepas suami dia dah tak nak kongsi kesusahan bila dia jatuh sakit. Bukan dia minta sedekah.. sekadar minta kita membeli jualannya bagi menampung keperluan hidup.

Selalu dia mesej aku minta tolong tapi kemampuan sebagai blogger picisan macam aku sememangnya hanya mampu membantu sekadar yang aku boleh tapi aku tetap cuba membantu. Cuma aku harap sangat orang yang lebih berpengaruh hulur tangan ringankan beban tapi sayangnya tak ada. Boleh baca kisah hidup beliau kat jenguk blog beliau http://aliaharyanie.blogspot.com/ 


Atau kalau nak order jualan beliau (serunding ayam,daging & ikan. Mini popia, mini karipap) boleh call 012 921 8016 & add di FB beliau Alia Haryanie
Serunding ayam 250 gram rm18
serunding daging tempatan 250 gram rm18
serunding ikan 250 gram rm12
mini karipap rm32 sekilo
mini popia rm32 sekilo
Moral of the story.. Itulah perangai manusia lebih suka pada perkara yang tidak sahih tapi sensasi tapi tidak peduli perkara yang jelas nyata depan mata sebab takde publisiti. Aku nak seru la blogger2 popular tahap retis dengan pengikut kelab bagai.. Kalau kerja amal yang ada publisiti besar hangpa kemain support. Ni Kak Alia Haryani kenapa tak boleh bagi promosi berterusan.. Sekali jer tolong share lepas tu diam. Kalau memang hangpa blogger yang tak kejar populariti, ada perikemanusian & memang ikhlas menyumbang bakti pada masyarakat Tolong Alia Haryani. Tak payah dok canang kerja amal yang semua orang tahu publisiti untuk hangpa tu memang besar... padahal yang terpinggir betul2 memerlukan keprihatinan tak ada siapa peduli. Tak payah gebang sangat kalau sebenarnya hangpa tu memang cari job yang bagi publisiti & keuntungan kat diri hangpa ja!! Sebab aku cakap macam ni aku pernah tanya kak Alia Haryani kenapa tak minta tolong blogger yang lebih terkenal dia kata dia ada minta tolong tapi sekali tu jer depa tolong lepas tu dia cuba minta tolong viralkan jualan dia je depa dah tak layan. Sekadar tolong macam lepas tangan je. Kalau orang tanya boleh jawab dah tolong.... Please tolong la!

2 comments:

  1. ada gak terbaca semalam...simpati pada keluarga mangsa mesti diorang berharap sangatkan alih2 rasa hampa bila ada manusia yg tanpa usul periksa buat cerita camni....tolong la jangan nak tunjuk pandai sangat

    ReplyDelete
  2. La ye ke Suria....tak baca Metro. Mati mati kita ingat betul weyh....
    Mmg dpt pun kat WA.....Tulah .....selalu dah terkena, tetapi manusia ni senang betul percaya ek hihi....

    Terima kasih pasal Puan Alia Haryani...moga ada insan yg sudi meringankan bebannya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com