HANEZ SURAYA INGIN AKTIF BERLAKON SELEPAS FAILKAN PENCERAIAN

1/23/2017 05:08:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

HANEZ SURAYA INGIN AKTIF BERLAKON SELEPAS FAILKAN PENCERAIAN. Hari ni selain jadi beauty blogger.. Tetiba jadi wartawan gosip di ruangan minah kepoci pulak. Almaklum la.. I berbakat untuk menulis banyak niche kat blog.. At least I menulis ok bukan cedok cedok & ubah tajuk je ok.. Hope entri ni peminat setia I tak 'sadur' masuk blog dia la hahahaha... Almaklum la blog I kan sekarang dah jadi sumber inspirasi kepada ramai orang. Blogger retis la katakan.. Tapi blogger retis sekarang tengah menulis cerita gosip retis.. camna tu? hahahaha


Sebelum ni I ada tulis beberapa entri pasal hanez suraya dari sebelum kawen sampai dah kawen, so rasanya tak salah I tulis cerita dia lagi. Konon macam i ni peminat setia Hanez suraya la.. Asal ada cerita sensasi pasal dia je I hadpet dengan rakusnya. hahahaha

Hanez Suraya.. Pelakon yang dah senyap dalam bidang lakonan selepas berkahwin. Katanya laki dia tak bagi dia berlakon dah.. Tup tup Hanez Suraya menyatakan keinginan dia untuk kembali aktif berlakon di tengah2 kemelut yang berlaku dalam rumahtangganya. Menurut sumber yang i baca katanya dah failkan penceraian dengan Si Romie yang pernah menjadi rebutan tu.. hehehehe... Alah.. Si Romie orang kaya yang sebelum ni dah pernah kahwin dengan seorang wanita & mempunyai 2 orang anak sebelum bercerai & berkahwin dengan Hanez Suraya.


Walaupun menurut sumber yang I baca.. (malas nak mention sumber tu nanti orang sadur entri kemudian dia claim refer dari sumber i baca. Kalau blogger sadur tu nak up jugak cerita ni biar dia cari sumber sendiri. Kalau refer blog I memang I akan dapat detect. Awas! I sentiasa pantau U ok. hahahaha) katanya mereka suami isteri dah cuba untuk cari penyelesaian yang terbaik sampai pergi bercuti kat jepun baru baru ni namun nampak macam tak berjaya. Apa kata i suggest you all pi bercuti kat china pulak. Sebab Sekarang MAS tengah menggila buat offer flight murah ke china.. tak caya tengok kat sini >> MAS Tengah Gila Buat Promosi Tiket Penerbangan Ke China Dengan Harga Semurah ni. Biar betul>> << manalah tau lepas balik bercuti dari china tetiba cinta berputik kembali ke kan.. hehehehe

Mungkin Hanez suraya menyatakan keinginan berlakon tu adalah plan masa depan. Yelah.. lepas bercerai dia kena ada perancangan masa depan sendiri dah. Nak2 lagi ada anak kan.. Zaman sekarang bukan boleh harap sangat. Perempuan kena ada backup sendiri jugak. Bukan la nak tuduh semua lelaki tak bertanggungjawab.. Manalah nasib kita tak baik at least tak la sengsara sangat nak survive selepas kembali solo katanya.

Kontroversi lama2 tu biarlah berlalu kan.. Tak payah ungkit untuk kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang.. Mungkin jodoh tak panjang & kita pun tak tahu apa masalah keluarga depa.. ye dak.. Apapun selagi belum bercerai berai kita doakan la yang terbaik. Mana tau di celah2 retak tetiba bercantum semula, siapa tahu. Allah maha berkuasa...

5 comments:

  1. Dah x serasi. Nk buat mcm mana. Cyma tahan je la org dok kutuk2 dia bagai mcm fasha sandha kena ms cerai. Tp lps tu ok je. Mst senyap la org2 ni. Hehe...

    ReplyDelete
  2. Alahai kesian kat baby dia jodoh mak/pak setakat itu aje

    ReplyDelete
  3. hmmm ... mcm2 la artis ni ... what u give u get back ....

    ReplyDelete
  4. Akak rasa dia cakap nak berlakon tu sebab saja nak sakitkan hati somi dia je..kan laki dia dulu tak bagi berlakon dah..kalau kata nak kerja lepas bercerai dia ada dua produk dah keluar.1 tudung satu lagi produk kecantikan apa ke nama ..Biasala..nak tunjuk kat laki dia yang dia nak buat apa yang laki dia tak suka..Gittuuu..Kita kan retis..hanya retis je yang memahami jiwa retis lain..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com