PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE.

1/10/2017 11:17:00 AM suria lekatlekit 42 Comments

PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE. Antara produk local skincare yang tengah In-trend jugak sekarang. Dari hasil pembacaan aku dari pengalaman mereka yang pernah guna.. kesan selepas guna produk ni ada yang kata ok.. Cantik, gebu, licin terutama yang ada masalah jerawat tapi tak kurang jugak ada yang memberi feedback negatif selepas stop atau tak consistent guna produk ni.. Mula la episod mimpi ngeri. Serius.. aku sendiri kurang berminat guna local skincare sekarang sebabnya pengalaman aku sebelum ni banyak jugak guna local skincare pelbagai jenama ni.. Masa tu kategori jahiliah lagi la.. Masa guna ok.. lepas stop muka kembali jadi 'jemah jelmaan'. Jerawat subur bagai di baja.. tona kulit pun jadi pelbagai warna, kusam & tidak sekata. Selepas stop guna local skincare.. aku beralih membeli produk2 kat farmasi.. dari start try Bio Essence sampai sekarang macam2 produk aku dah try semuanya produk farmasi atau yang ada clinical approve. Alhamdulillah.. masalah jerawat aku anggap selesai la sekarang. Takat jerawat sebiji dua miang miang buluh rebung tu.. ada la. Lepas tu dia kecut tamat la riwayat dia kat situ.



Tadi terbaca satu perkongsian dengan bekas pengguna produk Ta** skincare. Kalau tengok pada gambar yang dia kongsi memang menakutkan terutama orang macam aku yang pernah pegang jawatan 'Jurujerawat' ni. Even masalah jerawat dulu tak seteruk tu pun kita dah rasa muka macam kodok inikan kalau mengalami situasi macam tu. Mau murung setahun katanya. Menurut cerita bekas pengguna produk tu katanya.. Mula2 pakai memang cepat & cantik kesannnya. Konon dalam masa 7 hari jerawat settle. Yelah.. time pakai tu memang putih mulus, gebu gebas.. Lepas kulit dia dah makin cantik & sihat kononnya dia mula tak consistent guna. kejab pakai kejab tak.. Time tu baru nampak kesan buruk pada kulit dia dari penggunaan produk tu. Jerawat naik bukan sikit penuh kat muka terutama kawasan mulut.. siap yang jenis bernanah lagi. Kulit dia pulak jadi semakin sensitif. Tak boleh kena cahaya matahari terus jadi pedih. Bayangkan la betapa azab dia menanggung seksa selepas cantik seketika waktu selepas penggunaan skincare tu.

Kesan selepas guna Ta** skincare. Kalau tak rasa menakutkan tak tau la

Kadang2 tengok kengkawan kat Facebook dok tanya pendapat nak guna produk ni aku bagi juga la pandangan walau kebanyakkan ignore pendapat orang2 macam aku ni. Almaklum la bukan Ahli Farmasi katanya. Biarlah kan.. muka depa hak depa. Apa depa nak tempek.. nak tenyeh.. nak tonyoh.. kita tak boleh nak halang. Cuma sekadar berkongsi untuk kebaikkan bersama.. Bukan kata semua local skincare tu merbahaya tapi kebanyakkan memang tak berapa elok untuk kulit. Bukan kata produk luar ni semua terjamin selamat cuma kebanyakkan produk yang selamat tu melalui jenama dari luar. Jadi berhati hati untuk mencuba apa2 produk.. Betul kesan masa kita guna memang kadang2 buat kita jadi terawang awang. Rasa macam cantik menarik kau memang da'bomb.. tapi belum tentu kesan selepas kita berhenti menggunakan kekal cantik. Tak cantik ok lagi.. kalau sampai memudaratkan kulit tu yang bahaya sangat. Sebab tu sangat penting pengesahan KKM. Sebab tu kadang2 aku meluat dengan seller yang dok perli2.. produk luar takde KKM orang tak kisah nak guna.. yang local produk sibuk nak tanya ada KKM ke tidak. Tak kira produk tu luar ke dalam penting sangat KKM. Kalau jadi camni hangpa nak bertanggungjawab ke? Hangpa tu seller sepatutnya sebelum jual kena pastikan produk tu betul2 selamat dulu.


Pada yang masih menggunakan produk ni terpulang.. Kalau rasa tak jejaskan kulit korang & confident produk tu tak bahaya teruskan. Kalau rasa nak lebih kepastian siasat dari mana produk tu, apa bahan di gunakan.. kat mana produk tu di ujikaji keberkesanan & keselamatan dia. Semua terpulang kepada diri sendiri.. Yang nak cantik atau rosak muka hangpa kan..


Moral of the story.. Semua orang suka & nak cantik termasuk aku tapi please jangan perjudikan keselamatan & kesihatan kulit korang. Kalau effect kulit je maybe boleh rawat lagi.. kalau effect organ dalaman ke hapa.. macam mana? Jangan ingat skincare tak boleh memudaratkan kesihatan & fungsi tubuh badan kita ok!

42 comments:

  1. Kesian niza..Sampai macam tu sekali muka dia jadi..Takutt pulak tengok..Betul tu.bukan kita tak percaya produk tempatan ni..Tapi was2 tu lebih banyak kot. Lagi2 bila tengok produk tu isinya macam sama je dengan produk B, C dan D..macam di bungkus semula ..kan??

    Akak review dah banyak produk kecantikan kat blog akak..memang ada yang pakai memang bagus tapi untuk jangka masa panjang akak tak jamin benda tu akan bagus jugak.Sebab biasanya bila akak review , ianya berdasarkan tempoh masa 1-7 hari guna produk tu.

    Lepas tu tolak tepi dan kembali pada rutin menggunakan produk yang kita dah lama guna dan yakin.

    ReplyDelete
  2. tepuk dada tanyalah selera anda.kita kena pastikan produk skincare yang memang betoi2 sesuai dengan muka kita

    ReplyDelete
  3. aku tak pernah terpk nk beli local produk yg org dok share kat fb bagai tu .... org review la mcmana pun .... mmg pyh aku nk percaya seawal usia belasan lagi aku dah terdedah dengan ilmu hidrokinon ni ... dari zaman sabun papaya baby face bagai tu .... aku tengok muka classmate aku semacam je ... mmg tak le ...

    skrg ni aku tak pakai apa2 produk yg set lengkap pun ... aku pakai pencuci safi dan fair n lovely .. jimat belanja .. janji muka bebas jerawat dan kulit tak bermasalah ... nk gebu gebas tu tak la ....

    ReplyDelete
  4. Bab muka saya memang sensitif terutama kalau jerawat naik walau sebutir dua sebab en. hb tak suka muka ada jerawat.. huhuhu.. la ni.. ketika menaip ni.. tengok kat pipi ada jerawat naik.. eemm.. bertabahlah mak budak ye..

    ReplyDelete
  5. sabar kak...zara pon pnah pakai..glow glowing,tati,dnars..tia amelia...mula2 mmg lawa....putih..ok sgt...last sekali kulit jadi merah tbakar pedih....n jerawat naik..terukk sgtttt...rupanya tgok balik...krim dye org ni mcm sama je...hm....sabarlah...now zara pakai body shop..vleanser...toner n moisturizer..makin ok...ok..alhamdulillah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Body shop, awk pkai jenis yg mana ye? Tea tree ke

      Delete
  6. Pakai skincare beli kat watson nga guardian jelah.pernah guna jugak...licin lain macam...tapi nampak ada org cakap bahaya..lagi satu, betul lah...kandungan krim tu sume sama je ngan brand lain tapi bekas je beza. Pelik laaaa...

    ReplyDelete
  7. saya lagi
    teruk dr kes cik..

    ReplyDelete
  8. Sy bru je guna produk ta**..mmg muka nmpk ok to lepas pkai dr pg smpai mom asyik bersin je..hidung pon rase gtal.

    ReplyDelete
  9. Saya dah pakai dekat setahun alhamdulillah ok je, kadang kadang waktu stop tu doesn't mean korang tak pakai apa, at least cuci la kasi pori tak tersumbat bulan tak jaga muka langsung memanglah jerawat naik, and pentingnya pengambilan air kosong yg banyak, bukan depends 100% pada skin care je kak oi, dalaman kalau tak jaga banyaklah effect kita dapat. Fikir fikirlah ye banyak mana kita ambil garam, gula dlm pemakanan kita 😚

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba try stop pakai.. nk tengok elok lg ke tak..

      Delete
    2. Nak tengok u punye ketahann kulit pda merkuri brape lama..ha3...lgi lma pkai lg teruk muka u...

      Delete
  10. Cuba buat kajian cam ni pula.. berapa harga set produk yg dibeli oleh "mangsa" yg mengaku tertipu...sbb klu beli direct dgn hq..xpernah dpt harga kurang RM 100

    ReplyDelete
  11. Yanko skincare
    Alhamdulillah
    Sy pakai slps setahun mderita akbt local produk.. N prdk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat mna nk bli yanko skincare tu share pleez

      Delete
    2. U beli kt mne yanko

      Delete
    3. yanko pun ada mercury

      Delete
  12. Mmg bahaya skincare tu..dh guna n jerawat naik banyak sangat ..mula2 pakai flawless and putih gila ..lepastu kita pakai mmg konsisten tp after sebulan skin breakout ..nasib skin repel awal2 kalau dh berthun guna tk tau la berapa byk chemical dalam badan ni..yang hati kering ni stop2 la ..nak rawat muka blik berbulan-bulan belum tentu pulih..sedih huhu.

    ReplyDelete
  13. Sy pon pengguna ta** skincare but tahan 2 bln je. Walaupon guna konsisten jrwt tetap tumbuh bak cendawan. Gebu nye sekejp je.. hr2 idung tersumbat n bersin.. skrg da stop xde la bersin n hidung tersumbat kerap sgt.. tp muka jgn ckp la, stop je, jrwt lg bnyk.. menyesal oiiiii

    ReplyDelete
  14. Dulu sy pengguna tetap local product sbb nk putih bile product habis je muke rase gatal2 sethun yg lepas sy stop.. skrng sy pki product bebas chemical alhamdulillah kulit sy smkin sihat dan muda dr usia..

    ReplyDelete
  15. Kekadang produk local yang ade kkm ni, memang la ade kkm and claim produk tu selamat, tapi adakah dijamin bahawa takkan ada penambahaan formula kononnya bagi booster la ape lah. maybe ada bahan terlarang digunakan.

    ReplyDelete
  16. Saya pnguna skincare t**i jgk...ank buah pn pakai...kulit mmg cntik...dia pkai konsisten...akak sy pkai pn ok...tp...ble sy stop sbln ats sbb2 trtentu...mik kaw...muka burn..kusam...jejerawat pn mula la menimbulkn diri..��. Now...smbg blik pakai tp x mcm yg mula2 dlu...pas bln 3 nt sy nk stop (mjlis kwen adik ipar) kalo stop skang nt muka kusam balik...dh xblh nk melaram mjlis nt n pakai produk m***k**.

    ReplyDelete
  17. Dekat mna nk bli yanko skincare tu..sbb sy pon prnah try ta** juga sblum ni tp mmpu brthan 2 bln jer sbb kulit xtahan..sgare pleez

    ReplyDelete
  18. Dahsyatnyee.. Gunalah shaklee.. Ianya dijamin selamat :) saya merupakan shaklee independent distributor.. Jika anda berminat utk brtukar kpd skincare shaklee, boleh pm sy.
    Nad 0139670522 .

    Semoga kita trlindung drpd perkara2 yg boleh membinasakn kita.

    ReplyDelete
  19. dulu sy guna local produk jgak smpaikan kulit wajah dh jd xsekata..jerawat jgn ckp la.. xtau mna dtg..huhu..lani sy guna sweedskin..Alhamdulillah kulit makin cerah sekata..bkn putih yer..cerah

    ReplyDelete
  20. sy dulu muka penuh jerawat sebab pakai mcm2 produk local..elok seminggu pastu jd truk..lani sy guna sweedskin..bebas bahan kimia..alhamdulillah tona kulit jd sekata balik..

    ReplyDelete
  21. Saya juga pengguna Tati sebelum ni..mmgla muka ok tapi utk jangka masa lama, pls dont.. Untuk sesiapa yg tertanya-tanya produk apa yang boleh dipercayai LASOUL jawapannya..
    👇👇

    ☃Pengilang produk adalah daripada
    🗻 Korea GENERAL BIO MANUFACTURING & HANACOS
    Mostly keluar produk yang natural sahaja,
    ☃Kalau di Korea, mereka ini supplier baby products dan kini Pengedar tunggal bagi syarikat SNE Marketing S/B.
    ☃Produk LA'SOUL menggunakan natural ingredient dan apabila menggunakan product LA'SOUL, ia akan meresap sehingga lapisan kulit ke-3 kita.
    ☃Tindakbalas kulit yang dikeluarkan adalah disebabkan masalah kulit dalaman kita yang ada.
    ☃Itu yang dinamakan healing proses dan bagi sesetengah individu akan keluarlah segala jerawat but don't worry because semuanya akan pulih selepas tu.
    ☃Tak akan ada product yang kita guna sehari, hari ini pakai esok lusa terus cantik.
    ☃Jikalau ada, itu adalah kerana kandungan bahan kimia yang diggunakan adalah tinggi.
    ☃Prosesnya mungkin hanya sekejap namun di dalam kulit kita sudah mengandungi banyak kimia yang tersimpan, inginkan kulit yang cantik kena sabar.
    ☃Saya sendiri sudah mengalami healing process dan pasti masih ramai lagi yang di luar sana masih cari skincare yang sesuai untuk kulit mereka.
    ☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃

    Visit my page Klaviva at FB Or sms 0168325003 tq

    ReplyDelete
  22. Betul ke ni? Takut la pula dengar. Kulit saya ni jenis berminyak dan senstif jadi orang kedai yg recommended produk ni sbb dulu pakai terlajak laris tak jadi. Kalau saya rasa nak stop agak2 teruk tak? ke saya kena cepat2 cari produk macam safi ke atau yg bebas chemical ke. Sesiapa yg pakar boleh tolong? Saya ni student jadi takut la kalau jadi apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya takde la pakar sangat. cuma sy pon pernah trjebak dalm menggunakan produk² mcmtu. mmg jerawat teruk terutamanya bahagian pipi.apa yg sy buat sy ada try satu produk kt guardian. produk palmers.dia brasaskan coco butter. so far, alhamdulillah kulit makin pulih,jerawat pon xnaik sgt cuma sebiji dua tu biasalah. and parut pon mkin pudar. mgkin awk pon boleh cuba produk ni @ guna produk yg dijual dr watsons or guardian.��

      Delete
  23. Salam memang betoi local produk ni merosak kan kulit muka.saya sendiri alami kulit mka breakdown.first sye pkai babies blink..waktu tu kulit mmg cntik ramai org tegur.licin putih gebu glowing2 gitu..after 4 month kulit start nak jerwat pasir n bernanah di dahi.habis dahi penuh dgn jerawat pasir n tinggal parut.so saya stop babies blink.sya tanya kawan saye dia pkai ape kulit dia cntik. Dia suggest az cosmetic.sye try pkai mmg berkesan. Parut2 jerawat didahi dulu hilang kulit pon makin cntik n putih. After setahun saye pkai..kulit dah start breakdown abis jerawat batu dh mula timbul.sblm ni sye x penah naik jerawat batu yg bnyk mcm ni..huhuhu. saya dh mula risau. One day saye jmpa kwn saye..dia kata dia pkai tati skincare..sye bau krim2 tati dia punya mmg sebijik sama dgn az cosmetic!! Sabun az cosmetic sama dgn sabun babies blink. So local produk ni mmg copy n paste jer. Rebranding n packaging balik!! Yg lagi teruk produk2 ni datang dari THAILAND IAITU PRODUK THAILAND!!! so skrg mmg dh mnyesal guna local produk. Skrg tgh guna produk organic bukan dri local produk ya.berharap muka saya boley pulih kembali. Kepada pengguna local produk lebih baik anda berhati hati n pilihan di tangan anda.

    ReplyDelete
  24. Saya lebih suka pakai product dari korean...

    ReplyDelete
  25. Saya pon nak share something tentang local product ni. Pernah terjebak sekali sbb nak tona kulit sekata. So far kulit muka saya mmg xberjerawat. Bila masuk u pergi belajar kawan2 ada laa yg recommend suruh pakai krim apa semua. Dia cakap bahaya xpakai nanti muka kena panas semua, xde protection. Jenis kulit muka saya ni mmg kena panas akan burn, nak pulihkan balik mmg susah dan akan memakan masa yang lama. Then, ada laa satu even pkhemahan tu. Bila balik muka burn teruk. Nak pergi kelas xde confident. Terjebak la dengan local product ni. Mmg berkesan. Tona kulit semua sekata and glowing je muka. Pergi kelas mmg ramai kawan tegur muka cantik semua. Dan bulan lepas saya balik laa kampung halaman sbb cuti sem. My mom ada tegur muka saya nampak nipis. Mula2 saya buat tahu xtahu je. Anggap benda tu remeh temeh. Lepas tu asyik duk fikir2 je saya pon google laa petanda kulit nipis so on. Mmg kulit muka saya dah nipis. Muka saya akan merah2 bila kena panas, ada tumbuh bulu2 roma dekat muka, and ada nampak urat2 dekat pipi. Saya pon decide untuk stop. Sbb dah tahu benda dah bahaya xkan nak apply lg dekat muka. Saya stop slow2 penggunaanya. Bila 2 hari stop dah naik jerawat kecik kecik2 macam ada nanah tp saya buat rilek je. Menda ni xleh laa stress2. Lepas tu saye costume minum air masak banyak2. Then sekarang ni saya pakai produk Himalaya je. Sbb dia 100% herba active.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas stop tu , effect dia teruk tak ? And berapa lama nak rawat ?

      Delete
  26. Claim 100% organik..tapi ade merkury tati ni..same goes to yanko skincare...kene banned ade racun berjadual tretinoin...brunei banned da

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..baru je terpikir nk pakai yanko.tgk2 kena banned ade bahan tretinoin..huhu

      Delete
  27. spe pnh pakai produk secretleaf buatan Malaysia ?? sye bru pakai sminggu kata nya produk natural tapi kenapa kulit muka naik bintik2 merah macam ruam dan bila pkai produk tu ase pedih je...ade sape2 penah pakai tlg info sikit berkenaan produk ni

    ReplyDelete
  28. sape penah pakai produk secretleaf buatan malaysia ..katanya produk natural tp bila pakai rasa pedih dan timbul biji merah2 di muka..kenapa ye

    ReplyDelete
  29. Betul tu, kena berhati-hati pilih skincare. Biar selamat dan sesuai dengan kulit juga 😊

    ReplyDelete
  30. Semua orang nak cantik kan. tapi ramai juga yang teruja nak cantik kesannya dalam masa yang singkat. Mostly local produk yang selalu jadi kes. Apa yang penting, kita jaga pemakanan yang sihat, banyakkan sayur dan buah, jangan tukar tukar skincare, beli mahal skit pun tak pe, janji berkesan, dan boleh amalkan vitamin seperti vitamin c untuk cantik dari dalam.

    ReplyDelete
  31. Pakai serbuk manjakani je buat pencuci muka..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com