PERLU KE NAK SEDIH BILA TAK RAMAI KAWAN SELEPAS KAHWIN?

5/06/2017 12:00:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

PERLU KE NAK SEDIH BILA TAK RAMAI KAWAN SELEPAS KAHWIN? Kehidupan aku lepas kawen totally memang berubah 99%.. berbanding sebelum kahwin. Aku memang seorang yang suka bersosial.. berkawan & keluar berjimbaraya dengan kawan kawan sejak dari kecik ok! So, memang kehidupan aku sebelum kawen ni penuh cerita ceriti dengan kawan kawan. Kira separuh kenangan hidup aku sebelum berkahwin adalah kisah dengan kawan kawan.. tak kira pahit ke, manis ke, payau ke hapa..


Selepas berkahwin totally aku tak pernah keluar dengan mana2 kawan2 lagi. Dunia aku hanya dengan suami & family. Aku rasa percaturan Allah tu sangat adil & sempurna dah. Dulu aku terlampau banyak spent time dengan kawan kawan mungkin aku kurang bersama keluarga buat aku kurang menghayati ikatan kasih sayang antara keluarga ni. Time tu bila kena marah sikit aku rasa tidak adil untuk diri aku. Sebab aku rasa kawan kawan lebih membahagiakan aku.. Jadi kadang2 kita rasa keluarga sendiri membosankan bila nak buat tu ni tak boleh. Bila sampai satu masa dunia dengan kawan2 tu dah semakin habis, time tu baru kau rasa betapa bestnya family kau. Kawan2 pun bila dah masuk ke fasa perkahwinan dia pun tak boleh nak spent time dengan kita macam sebelum kawen mungkin dia dah tak ada masa untuk kawan2 dia lagi. Sebab dunia dia dah berubah 360 darjah. So, jangan la nak kecik hati bila kawan kau dah tak macam dulu. Memang kehidupan dia dah tak macam dulu. Banyak komitmen.. so dia kena dahulukan apa yang perlu di dahulukan.

Bila dah kahwin.. Masa aku lebih kepada rumahtangga & keluarga aku.. Baru aku nampak siapa yang aku lebih perlu. Kawan ni datang & pergi.. Yang kekal hanya dalam ingatan kita je. Tapi yang sentiasa ada waktu jatuh bangunnya kita adalah keluarga. Kau jahat ke kau baik ke.. Keluarga sentiasa terima. Kawan.. dia rasa annoying sikit dengan kau, confirm dia mengumpat kau punya. Masa baik dia baik la.. Masa dia meluat habis tak baik kau dia canang kat orang. Tapi keluarga ni.. Memang akan simpan aib keluarga. Memang ada orang tak reti simpan aib keluarga.. Tak kira la keluarga sendiri atau keluarga mertua bila dah kawen. Silap sikit nak tulis kat facebook. Spesis camni.. kalau aib sendiri pun tak reti simpan, memang sapa yang jadi ahli keluarga dia memang malang. Sebab aib dia pun dia boleh cerita dengan orang inikan aib keluarga atau keluarga mertua dia. Tak kira la apapun masalah Facebook bukan tempat untuk meluahkan perasaan tak puas hati kepada ahli keluarga, ok!

Kadang2 aku memang pelik dengan orang yang lepas kahwin dok luahkan perasaan sedih dah tak ada kawan yang macam zaman dia bujang dulu. Hello!!.. kalau dah start hello maka fahami la dah masuk segmen melantang ok! Kalau kau nak hidup kau statik je tak berubah kau tidur je. Untung2 kau mimpi indah macam kau nak. Mimpi pun boleh tentu dapat memuaskan hati kita inikan realiti. Bila dah kahwin banyak keterbatasannya. Orang perempuan ni kita sedia maklum lebih terdedah denga fitnah. Even kau keluar dengan kawan2 perempuan pun tak mustahil boleh menimbulkan fitnah. Jadi yang terbaik untuk pasangan dah berkahwin ni adalah bersama pasangan dia. Ada orang sekali sekala nak jugak keluar dengan kawan2.. ok no problem selagi suami dia izinkan. Keluar la. Tak salah.. cuma jaga batasan pergaulan agar tak jadi fitnah. Jangan kita nak berseronok akhirnya kita bersedih & menyesal tak sudah. Tapi yang macam aku lepas kawen totally kawan ke hapa semua suami, anak & family.. Just enjoy je la dengan life kau sekarang. Apa kau rasa bosan hadap muka laki kau ke Nyah?? Aku tak bosan pun dengan family aku sebab.. aku rasa dulu dah banyak masa aku terlepas bersama mereka. Sekarang aku rasa lebih enjoy boleh buat apa2 aktiviti dengan family aku.

Sebenarnya hidup ni.. Bahagia bukan apa yang kita ada tapi bagaimana yang kita rasa. 24 jam asyik nak mengeluh tu ni sampai ke liang lahat la kau takkan bahagia. Orang yang tak bersyukur memang hidup dia akan dirundung kesedihan setiap masa. Bab syukur ni kira cakap pasal diri sendiri jugak sebab aku pun kadang2 jadi jugak orang tak bersyukur. Rasa tak puas hati kenapa aku tak dapat macam orang lain dapat. Alih2 benda tu buat aku jadi stress & moody.. Tapi bila aku muhasabah diri balik.. At least aku masih dapat apa yang mungkin orang lain tak dapat. Yer.. benda tu buat aku rasa aku sebenarnya tak kurang apa2 sangat la. Simple je nak ajar diri rasa bersyukur atas nikmat yang kita dapat.

Isu.. tak ada kawan selepas kahwin rasa tak perlu jadi isu sangat la. Ramai kot orang lepas kahwin hidup dia totally berubah. Di sekeliling aku pun ramai yang macam tu. Bahagia je sampai mati. Takde yang jadi gila pun sebab tak ada kawan.. Zaman teknologi ni, alam maya pun kita boleh berkawan. So nikmati je la.. Kau nak demand apa yang kau rasa kau tak mampu.. memang kau saja tempah bala pada diri kau. Saja kau bebankan otak kau dengan fikir benda2 yang tak perlu. Memang kau spesis yang suka hidup terbeban dengan masalah yang sebenarnya tak perlu jadi masalah. Orang dengar pun terus rasa krik krik krik..

Moral of the story.. Biarlah tak ada kawan dari berkawan dengan orang tak memberi manafaat. Banyak berlaku kes curang bila pasangan berkahwin masih nak bersosial macam sebelum kahwin. Jadi pilih jalan yang terbaik.

2 comments:

  1. ya..saya enjoy dengan kehidupan setelah berkeluarga..dulu pun sebelum kawin dah habiskan masa dgn kawan2 dah

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang teringin juga jumpa kawan2 tanya kabo. Tapi kawan2 plak x mboh kacau kita yang dah kawin... 😇😇😇

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com