KISAH RAYA GENG NAGA LILIT RUMAH BELAH BAWAH

22.7.14 Suria Lekatlekit 9 Comments

6 hari lagi nak raya. Orang lain dah sibuk buat persiapan nak raya tapi kami anak beranak rilex jer.. Setiap tahun pun macam tu jugak. Rilex sudah... biar orang lain kelam kabut dulu, bila orang lain rilex baru kami kelam kabut. hahahahaha. Duduk sorang2 kat rumah ni tetiba teringat kenangan raya aku masa kecik kecik dulu..

Sumber google
Kisah raya zaman budak2 hingus dulu.. semua dah stanby. baju kasut, beg nak isi duit raya dan plan nak beraya kemana  dulu.. Zaman raya budak kampung aku jenis bergerak secara kumpulan. Destinasi pertama kami pagi raya mesti ke masjid ziarah kubur lepas tu ambil tempat dalam barisan paling depan sekali nak ambil duit raya dari masjid. Setiap tahun geng aku sentiasa duduk di barisan hadapan sebab tiap2 tahun kami paling awal sampai masjid. Sebelum orang solat sunat hari raya.. kami dah siap berbaris tunggu nak dapat duit raya. Ok! Kami geng tak solat sunat hari raya. Di maafkan masa tu kami budak2 lagipun sunat je kan. Ok la tu.. zaman belum akil baligh.

Lepas orang abis solat sunat hari raya... Masanya duit raya di agihkan lepas dapat duit raya plan nak raya pulak. Kami akan habiskan rumah2 yang ada berdekatan masjid dulu, lepas tu baru panjangkan langkah ke rumah2 yang lebih jauh sampai tengahari semua balik mandi.. (kadang2 tak mandi & tukar baju pun) tukar baju. Standard raya dulu mesti ada 2 pasang baju.. 1 baju kurung 1 lagi baju fesyen moden la. Zaman baju kembang la katakan. Sambung collect duit raya sampai kampung2 jiran. Sampai petang sebelum maghrib lepas balik rumah rehat. Raya kedua duduk umah tunggu sedara mara datang boleh kumpul earning lagi.

Ya Allah betapa beza raya kanak kanak dulu dengan sekarang. Kesian anak aku tak sempat nak rasai raya yang best macam aku dulu. Budak2 sekarang pun tak ramai yang rajin nak berarak pergi raya rumah orang even kat kampung aku masih lagi di amalkan oleh budak2. Tapi kebanyakkan datang depan pintu nak collect duit raya.. dah tak macam aku dengan kawan2 aku dulu. Even perut macam nak pecah kenyang still jugak masuk bila di jemput. minum jugak bila di hidang kecuali tuan rumah tanya.. nak masuk ke tak nak? Tu tahu tuan rumah malas nak basuh gelas dah. Ok.. kami pun malas nak minum jadi kami amik duit raya jer. Tapi budak2 sekarang.. Awal2 dah mention tak nak masuk beraya just nak duit raya je.

Siapa kata beruntung jadi kanak kanak zaman gadget ni? Sebenarnya banyak perkara best yang mereka terlepas untuk nikmati. Beruntunglah kita hidup zaman kanak kanak yang penuh aktiviti walau hidup kita waktu tu serba kekurangan tapi keseronokkan kita nikmati takde harga boleh membelinya macam beli gadget cuma zaman sahaja mampu merealisasikannya. Jadi bersyukur kita dulu susah tapi kita tetap enjoy di zaman kanak kanak.

P/S : Rindu nak jumpa geng naga lilit rumah belah bawah... 

9 comments:

  1. seronok jadi budak dulu. waktu raya tu paling rajin berjalan ke rumah orang. makan kuih. cari duit raya.

    ingat lagi malam sebelum raya tu, kene hantar makanan dekat rumah orang. jalan berdua dengan sedara. borak-borak tetibe cakap pasal setan dengan hantu dah kene lepas. tibe-tibe bunyi daun. mencicit lari takut hantu. hehehehhe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak kampung la paling happening kan?? tu yg best jadi budak kampung

      Delete
  2. yela..zaman kanak2 dlu..tak sabar tiap kali raya..kumpul duit raya,
    budak zaman sekarang, tak beraya kalo mak bapak tak bawak diorang..
    zaman skrg juga asik tanye bila nak buat open house..datang ziarah makankuih raya dengan air sirap je tak boleh ke?kan ziarah menziarahi..betul tak?hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. perubahan zaman merubah juga suasana sambutan raya kan.. lama2 rasanya raya pun dah xde meriah

      Delete
  3. memang seronok zaman kanak-kanak dulu, era 80an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang happening la zaman 80an - 90an... untung kita membesar era tu.merasa seronok beraya yg budak2 sekarang tak dapat rasa sangat

      Delete
  4. yelah, best sangat zaman tu beraya
    rasa seronok sangat bila dapat pakai baju raya
    jalan pula dengan kekawan, rasa kitalah yang paling cantik
    dulu budak pun tuan rumah layan elok aje
    sekarang kalau budak yang datang, buat tak tahu aje
    diorang tahu budak tu datang nak duit raya
    bebudak sekarang pun giler gadget aje
    tangan tu asyik pegang segala macam gadget
    cam dah tak ade seri raya zaman sekarang

    ReplyDelete
  5. Betul sis...berbeza dulu dan sekarang..

    ReplyDelete
  6. rindu masa raya zaman kanak2.. hehe

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!