AWAS! JANGAN JADI MANGSA CULIK GENG VAN JENAZAH

7/02/2014 12:01:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Sekarang ni sana sini kita boleh baca kita culik.. kisah hampir kena culik atau kisah kena culik sampai sekarang tak jumpa2. Menakutkan juga terutama kita yang bergelar mak bapak ni. Yang bergelar anak muda ni biasa la depa lebih suka explore dari takut pada jenayah sekarang nak2 lagi budak2 kecik yang tak paham apa tu bahaya jadi kita orang tua la kena alert selalu.

Tapi yang den yang cerita ni bukan kes penculikkan kanak2. Geng Van Jenazah ni dia tak target kanak2 bawah umur sebab dia pun tau hukum kot. Tapi dia target golongan yang dah akil baligh. Jadi pada korang yang dah akil baligh... becareful.. Ada yang memerhati krik.. krik.. krik.. kata kiah propa. Jadi sebagai rakyat yang prihatin den nak share la tips untuk mengelak dari kena culik dengan geng van jenazah ni.

Sumber google

Tips dia mudah jer.. Sila puasa & jangan cuba2 beli makanan di siang hari atau makan di tempat awam terutama kaum lelaki memang sering jadi sasaran geng van jenazah ni. Jangan nak seludup makan kat kedai mamak berlakon macam non muslim, hokay! Dah bangka malu la sikit. Geng Van Jenazah ni memang suka sangat la manusia yang tak puasa & makan di siang hari. Kalau rasa nak kena culik.. sila ikut tips yang diberi bukan saja anda terselamat dari geng van jenazah malah ganjaran pahala jugak dapat, Insya Allah.

Gambar menunjukan mangsa culik yang mungkin dalam kemaluan atas perbuatan mereka.hahaha

Moral of Van Jenazah story...  Entri ni just nak ingatkan pada semua even kita tak boleh berpuasa atas sebab2 tertentu atau sebab masalah kesihatan pun jangan la makan kat tempat tak sepatutnya. Hormatilah orang lain yang berpuasa.

P/S : Kalau ada yang terkena dengan tajuk entri tu den minta maaf. Entri ni santai santai jer.. Sempena hari rabu katanya.kekekeke

12 comments:

  1. hahaha. . ingat kes curi organ rupanya ponteng puasa la

    ReplyDelete
  2. kan??kenapa lelaki susah sangt nak puasa..?lagi2 orang bujang...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang perempuan pun sama ada yg malas puasa tp sebab depa ada period.. yg tu selalu jadi alasan

      Delete
  3. Lelaki semua dan dan kene gastrik , apa dia ingat nak ganti puasa tu senang ke. T_T.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan ramai tetiba period 30hari... kekekeke

      Delete
  4. Sabau je lah...dah pikir jauh tadi dah...tk terpikir langsung pasal org laki2 tk.puasa..eluknya letakbsekali jenazah dlm van tu...

    ReplyDelete
  5. Dah 'culik' tu pastikan cermin van jenazah tak tinted gelap sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan Abang Abil... biar terang orang ramai boleh nampak. kekekeke

      Delete
  6. hahahaha masa baca cuak gak.... dah baca kelakar wooo.... kesian mamat tu... ehhh tak perlu kesian2.... orang yang sakit pun berpuasa... ni sihat walafiat... monteng plak... haish

    ReplyDelete
  7. salam mami lala..
    ehehe..ade tgk 1 video pasal van jenazah ni..
    sapa soh tak posa.. kan dah kena tangkp

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com