ROH ORANG MATI MENJELMA SEBAGAI HANTU & PONTIANAK

3.7.14 Suria Lekatlekit 5 Comments

Dalam filem hantu/seram cukup banyak babak2 macam ni. Orang mati dengan cara ngeri trajidis & teraniaya jadi pontianak/hantu kembali ke dunia membalas dendam sampai aku masa kecik2 dulu pun percaya orang mati boleh jadi hantu. Sampai sekarang pun filem2 seram/hantu melayu masih mengekalkan jalan cerita macam tu. Susah sangat nak jumpa filem hantu/seram yang tak memesongkan kepercayaan orang yang menonton lebih2 lagi kanak kanak. Asal hantu/pontianak je mesti ada cerita trajidis berkaitan kematian hantu tu. Terbaru filem Pengantin malam pun aku baca review pun lebih kurang macam tu jugak konsepnya. Mati kemudian jadi hantu.

Sumber google

Rasanya ramai yang dah tahu tapi tak mustahil masih ada lagi yang belum tahu. Orang yang dah meninggal dunia @ mati takkan mungkin kembali kedunia dalam apa keadaan pun samada baik atau buruk. Makna kata roh dia takkan jadi hantu pontianak,pocong,langsuir,darkula,hantu lompat bagai. Bila Roh & jasad terpisah maka roh dah kembali ke alam barzakh. Yang ada jelmaan macam simati tu bukan roh simati tapi jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia.

 Sumber Zaharuddin.net

Tapi kenapa yer.. Filem2 seram Melayu masih membuat cerita yang macam tu? Penapisan Filem pun lulus even bertentangan dengan ajaran Islam. Sebab dalam Islam dah jelas.. Roh orang yang dah mati takkan balik kedunia dalam apa bentuk & rupa pun. Susah nak jumpa filem hantu yang takde kaitan dengan roh manusia yang dah mati. Kalau ada pun filem hantu yang mewujudkan watak hantu, pontianak tu dari jelmaan jin & syaitan.. jumlahnya sangat sedikit tapi yang banyak filem seram ni watak hantu mesti la ada kaitan pasal orang yang dah mati. Perasaan tak??

Tiba masanya pengarah2 & penulis2 skrip drama @ filem seram melayu terutama yang muslim mengubah jalan cerita & watak hantu tu. Tak hilang seram kalau jadikan watak hantu tu dari jelmaan jin & syaitan. Bukan takde yang pernah buat kan.. Tolong jangan wujudkan watak hantu tu dari jelmaan roh orang yang dah mati. Aku kecik2 dulu dah terpedaya & aku taknak generasi baru ni pun percaya jugak yang orang dah mati boleh jadi hantu.

5 comments:

  1. hm.. paling tak suka tengok cerita seram cmtu.. :)

    ReplyDelete
  2. tak tahu la ye...bukan nak kata..kat kebun akak pun ada gak..selalu bunyi suara mengilai malam2..mmg kalau maghrib gi kebun mmg rasa seriau..

    ReplyDelete
  3. betul betul sokong entry sis. sometime hantu dia tak logik langsung. huhu

    ReplyDelete
  4. salam mami lala..
    agaknya pengaruh dari industri luar mnyebabkab filem2 kat mesia ni pun turut terjebak..
    hmm.. btl jgk tu..

    ReplyDelete
  5. Buat penat mata je tgk... xde hasil langsung.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!