DAH 6 ORANG RUPANYA ANAK PENYANYI DANGDUT AMELINA

20.11.14 Suria Lekatlekit 5 Comments

15 tahun hilang dari dunia hiburan kemunculan penyanyi dangdut yang menyepikan diri secara tiba2 di waktu namanya sedang di kemuncakk.. Kini kembali lagi nak buat comeback. Tu cerita basi semua orang dah tau kan.. Amelina nak buat comeback mengguna khidmat komposer Ajai.

Sumber Harian Metro

Terbaca kat Media Hiburan Online tadi.. Tapi tak sangka Amelina dah ada 6 orang anak. tengok body mak dia tip top lagi kan.. Aku ni anak sorang pun mengelembung sana sini.. Harus rasa tercabar gitu. Kena start diet & kurangkan benjolan yang tak sepatutnya. hahahaha


Zaman Amelina popular tu aku sekolah lagi.. Layan jugak la lagu dangdut sebab aku time tu semua jenis muzik boleh layan. Rap ka.. dangdut ka.. rock kapak ka.. asal sedap kat telinga ok jer. Tapi teringat jugak zaman awal2 remaja tu.. Rajin dok berdisko dangdut dengan bestfriend aku siti.. dalam umah jer. Bukan kat pub @ kelab dangdut. Aku sampai ke tua pun tak pernah masuk tempat2 camtu.

Mak aku pun peminat Amelina jugak masa zaman kegemilangan dia.. Katanya Amelina ni dangdut tak lucah sangat. Dia takde la bergelek sakan macam Mas Idayu yang 360 darjah tu.

Lain2 aku tak nak komen apa.. Aku just kagum je anak dia dah enam tapi body lawa lagi hahahaha.

5 comments:

  1. Huihhhh...6 anak dah....biar betul dia buat comeback..bukan hubby dia x suka dia menyanyi lagi ke?

    ReplyDelete
  2. fuhhh best best.... i love amelina.... suka tengok muka dia yang selalu muda tu.... lawa kan... natural beauty :)

    ReplyDelete
  3. Oh, ramai juga anak si Amelina ni ya! Dulu-dulu taulah dia ni penyanyi dangdut walaupun tak mina genre gitu. Tabik springlah dengan mereka yang mampu maintain body macam ni walaupun anak dah berderet. Ni baru dua anak dah letih nak jaga body. Asyik lapar je kerjanya!

    ReplyDelete
  4. maintain jer...
    saya ni anak baru 3 dah kembang, aduyaiiii

    ReplyDelete
  5. Minat juga dengan Amelina ni. Ratu Dangdut Malaysia la katakan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!