GAMBAR POCONG DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI KULIM

11/07/2014 01:26:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Alamak pocong la pulak. Mesti mengelabah orang kulim kan. Nak2 tahap penakut tu agak luar biasa. Confirm Sofea, jijah,syikin,Aida,Pisyah & Isma cuak?? Nak pi hospital pun takut.

Sumber google

Baca kat sinar harian tadi katanya seorang kakitangan awam terambil gambar pocong berhampiran dengan bilik mayat salah sebuah hospital yang tak di beritahu hospital mana. Maybe takut orang panik kot langsung tak nak ke hospital tu. Tapi kalau hospital gomen rasanya ramai orang pergi kalaupun ada orang kata nampak drakula sekalipun kat situ. Yelah bukan semua berkemampuan nak pergi hospital swasta kan.

Sumber Sinar Harian

Yelah.. mungkin yang terakam tu Makhluk itu sebab kita tak boleh di nafikan kewujudan mereka cuma tu la.. sejak zaman smartphone menjadi2 pulak puak2 hantu ni enterframe kat camera orang kan. Sampai aku rasa macam tak berapa misteri dah makhluk ghaib sekarang ni. Lagi eklusif gambar cik mat gebu dapur tanpa sempadan berbanding hantu. Gambar hantu lagi senang nak nampak dari gambar cik mat gebu. Sekeping pun aku tak pernah jumpa tersebar kekekekeke... Jangan marah cik mat. Gurau2 jer

P/S : Sofea,jijah,isma,syikin,Aida,Pisyah tu geng kolej cap ayam. Semua depa ni berasal dari kulim. Depa ni memang penakut hahahaha

3 comments:

  1. elok pula dia duduk gitu ye
    tunggu kawan nak ajak takutkan orang kot =)

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Betul cakap kak Suria. Bukan drakula je, kalau ada zombie dalam hospital kerajaan pun org tetap pergi sbb lagi murah dari hospital swasta

    ReplyDelete
  3. Ish, serius ni! Tetiba je rasa macam nak pitam. Tulah banyak sangat tengok cerita seram. Tapikan...elok pulak pocong tu duduk rileks santai kat kerusi. Bukan ke dia sepatutnya tergantung je dari atas bumbung spital tu? Kalau dia pilih duk kat wheelchair tu mesti lagi ohsem. Buat duckface ke untuk peminat instagram, kan best!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com