WAJAH BUDAK2 KAKI BULI DI ASRAMA MULA TERSEBAR

11/05/2014 08:27:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Tu dia.. Dah kena gari pun seseko. Pakat semua muka ayam berak kapur. Takde sorang pun berani berwajah gangster asrama lagi. Tu la dik.. Ni bukan zaman publick phone ok! Cerita situ abis situ.. Ni zaman smartphone.. kau buat hal, ada tukang record & tukang sebar. Kau tunggu abang polis datang angkut.


Sesi ujibakat nak masuk henry gurney dah berlangsung. Tunggu result jer. Jangan risau Insya Allah semua akan dapat masuk ke asrama penuh henry gurney kat situ boleh jumpa banyak punching bag.. Cuma tu la takut hangpa jer yang jadi punching bag pulak.

Kena sorok muka. Aku tak berani ambil risiko dedah wajah2 hensem bebudak ni.

Moral Of the story.. Kalau rasa kuat salurkan kat tempat yang betul. Pi cuci toilet asrama ke tengok pancit ke tidak tangan berus jamban. Kalau tak pancit memang kuat la.. setakat kau tinju budak junior secara berjemaah.. tak berapa hero la dik.

P/S : ni cerita 2014 gamaknya 10 tahun lagi apa cerita. Trauma aku nak hantar anak aku ke asrama.

Update terkini info dari meran :
 Sampai hati kau meran permainkan perasaan den. Hahahaha nasib baik aku tak gelojoh sangat. Aku ikut rules tak sebar muka bebudak tu. Salah info pun takde la malu sangat. hahahaha

terkini :
Update 6 Nov 2014 10.00pm

15 comments:

  1. Pasal benda2 bodoh mcm ni la saya taku masuk asrama. Padan muka kena tangkap. Masak la korang masuk Henry Gurney. Kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Tu pasal anak lelaki aku tak nak dok hostel....

    ReplyDelete
  3. baru tau langit tinggi rendah..?/ingat hang teror sangat..hahahah

    ReplyDelete
  4. Ada dpt gmbr ni kat wasap..muka mmg mcm samseng la memasing.kesian mak pak derang.

    ReplyDelete
  5. macam2 la dorang ni......tapi dalam fb dah penuh dah muka depa ni...dah gelemer dqh depa ni kak....

    ReplyDelete
  6. takpe biar orang lain je sebar muka depa.. cheq nak protect blog cheq ja.. takut yelah nasib tak baik kan kena tindakkan undang2 sebab salah sebarkan wajah suspek bawah umur

    ReplyDelete
  7. kak suria... aku ada baca yang sebenarnya bukan diorang yang dalam gambar tu saspek.... gambar tu palsu... entah budak mana kena tangkap... hahaha... tak tau laaa... aku baca je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ye akak tertipu dengan meran. hahahaha

      Delete
    2. wakakakkaka comey je kak..... mujur tak tunjuk gambaq depa ni...

      Delete
  8. Kata polis bukan tahun ni atau baru punya video ni dah lama dah....

    ReplyDelete
  9. lawak ngek tol si amran tu..hahaha

    ReplyDelete
  10. mama kan... paling pantang bab membuli2 ni... pada mama, hostel tempat tinggal, untuk timba pelajaran, bukan tunjuk power masing-masing, serius,... kalau mama jadi warden, mama lempang semua ni.. ishh mama memang pantang BULI tau..

    ReplyDelete
  11. ni baru kes buli yang dirakam..yang xdirakam lagi banyak kot..makin resah parent nk anta ke asrama nnti...teringat lak zaman sy dok asrama dulu2...best jerr...tenangg...(^_^)

    ReplyDelete
  12. malam tadi ada lagi satu video
    saya jadi tak sampai hati teringat ada anak
    membayangkan bagaimana dia nak mempertahankan diri dengan segerombolan manusia

    tapi kadang benda gini, benda dah lama berlaku esp tak ada source dinyatakan
    ni yang buat public jadi panik, mau ada yang ambil balik anak dari asrama

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com