BERIKLAN SECARA PERCUMA DI INSTAGRAM FASHA SANDA

11/21/2014 02:19:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Wah.. ni berita baik untuk semua peniaga2 online. Free beb!! ingat senang retis popular nak buat amal jariah macam tu. Awal ashaari siap warning lagi kat Instagram dia sebab ramai sangat orang dok post iklan kat komen instagram dia tapi fasha sandha pulak bagi free jer.. Satu dalam seribu nak jumpa retis macam ni.


Follower retis bukan macam follower aku kat IG, celah gigi jer.. ratus ribu ada yang juta so jika beriklan di account laman sosial dorang maybe feedback dia agak baik kot.. Aku pun tak tau sebab aku tak pernah pulak nak tinggalkan link blog kat IG retis ni. Almaklum la aku malu sikit.. satgi kena sound mesti aku tacing. hahahahahaha


Ada retis yang caj untuk review di account laman sosial dorang 1 review kat IG jer RM8k beb! di ceritakan pada aku sendiri oleh someone yang tak payah aku sebut nama.. Retis ni memang agak kontroversi sikit tapi dia memang popular dari nak kawen sampai beranak semua dapat tajaan. Retis mana sendiri fikir la kan.. hahahaha. RM8K tu?? Amik kau! Ni fasha sandha siap bagi free apa lagi serbu la..


Tapi jangan la ambil kesempatan sangat dah orang izinkan beriklan tu.. berpada pada la jugak nak beriklan. Jangan kau spam komen dia pulak. Penuh beratus iklan kau berderet. Tu melampau namanya. Orang bagi keizinan pandai2 la fikir. Jangan sampai hilang kemaluan ghairah nak sales kan? Nak buat apapun buat la secara bermaruah & berhemah...

Apapun aku salute jugak dengan fasha sandha even sebelum dia kawen aku cemuih jugak la dengan kontroversi dia. Tapi sejak2 kawen & jadi mak orang fasha sandha totally nampak berubah & semakin matang aku pun jadi suka pulak dengan dia. hahahaha Apapun aku doakan semoga fasha sandha murah rezeki.. Amin.

Sumber : Beautifulnara

10 comments:

  1. Baguslah Fasha ni sekarang. Kalau dulu saya pun naik jemu baca skandalnya (jemu-jemu pun baca juga sampai khatam, excited nak tahu pasal artis) Sejak dah ada anak ni makin low profile, makin baik pulak perangai. Inilah artis yang kita suka.

    ReplyDelete
  2. Suka sgt fasha sanda..nmpk la honesty dia tu..kan

    ReplyDelete
  3. sure berebut orang nak beriklan kat dia.. tapi nanti tenggelam la pulak jadinya iklan kita.. haha..

    ReplyDelete
  4. Same here. Sebelum dia kawin tak berkenan sgt tgk dia, tp lepas jd mak ni nampak she's more matured. Comei anak anak dia kan

    ReplyDelete
  5. oh chop dah bersalin yer...alhamdulillah tahniah...he he he, tak ada kena mengena dengan entri iklan free ni... hew hew hew...sorry su menumpang

    ReplyDelete
  6. Dulu pun aku tak suka Fasha, lepas dia kawin, dah ada anak... nampak dia "something"... suka je nak baca kisah dia sekarang...

    ReplyDelete
  7. bila ramai sangt yang tempek iklan ,ramai orang malas nak baca komen..sekali gus komen2 iklan peniaga online tu cuma sia2..

    ReplyDelete
  8. btl tu.sejak dh kwen die nampak lbh matang

    ReplyDelete
  9. baiknya dia.
    semoga murah rezeki dia.
    tapi janganlah keterlaluan plak menempek iklan kat instgram dia tu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com