HANTU IBU MENGANDUNG CARI MAYAT BAYINYA

11/12/2014 11:11:00 AM suria lekatlekit 12 Comments

Hari rabu ramai yang buat entri wordless wednesday tapi biasa la blog melekit ni konsep dia memang takde wordless semuanya more words hahahahaha.. Kalau tak berjela entri tu tak sah. Kalau nak buat wordless rasanya hati boleh memberontak sebab kurang kepuasan.kekekeke

Cerita pasal hantu hari rabu ni.. Betul la macam tajuk entri tu nak cerita pasal hantu seorang ibu mengandung yang cari mayat bayinya. Alkisah selepas dua tahun kematian penuh trajidis seorang pelajar perempuan yang sarat mengandung akibat di bunuh oleh kekasihnya.. juga bekas guru dia sebab nak tutup perbuatan sumbang cikgu tu bersama pelajarnya.. Pelajar perempuan tu di bunuh sebab degil taknak gugur kan kandungan. Nak jugak lahir & besarkan bayi hasil dari hubungan sulit dia bersama cikgunya. Si cikgu tu dah ada anak bini tetap nak menggatal dengan anak murid.

Sumber google

Lepas di bunuh mayat perempuan sarat mengandung tu di buang di sebuah paya & di temui keluarga dia & di lakukan upacara pengebumian la. Kepercayaan orang Thailand ni pelik sikit ibu mengandung yang mati.. Mayat bayi yang dalam perut tu perlu di keluarkan taknak nanti si ibu jadi hantu & menganggu orang lain. So, perut si mati di belah & di keluarkan bayi dia yang tak cukup bulan tu. Tapi ada seorang pengamal ilmu hitam ni dah curi mayat bayi tu sebelum di bakar, buat si ibu jadi hantu & kembali selepas dua tahun membalas dendam & menuntut mayat bayinya semula dengan menggunakan seorang perempuan yang tengah mengandung. Akhirnya dia dapat bunuh kesemua mereka yang terlibat dalam pembunuhannya & yang mencuri mayat bayi dia.

Sumber google

Tu la kisah dari Filem Seram Thailand yang bertajuk The Unborn. Starting filem ni agak bosan.. Nak tunggu sampai pertengahan cerita baru nak keluar hantu tu memang mencabar jugak la. Hantu bagi aku tak seram mana sebab hantu dia takde bunyi apa2. Sekadar muncul untuk minta tolong & balas dendam jer. kalau yang penakut mungkin rasa seram la. Boleh la bagi 2 bintang kelip kelip untuk filem ni. Nak tengok pi la cari dvd.

P/S : Kepercayaan kena keluarkan bayi dari perut orang mengandung yang mati tu memang ritual macam tu masih di amalkan kat Thailand.. 

12 comments:

  1. awat nak kena dua tahun baru jadi antu?
    kalau saya, tak tengok kot based pada review ni
    seram

    ReplyDelete
  2. macam menarik jer citer ni, macam nak tengok jer...ha ha ha, tapi for sure sebelum tengok nak kena berteman nih... dush dush...

    ReplyDelete
  3. Saya suka citer hantu
    Terus nak gi cari kang
    Thanks sebab sharing
    Singgah entry saya gak ye. TQ

    ReplyDelete
  4. akak kalau boleh nak cari hantu yang keluar 5 minit sekali..hahahha...baru betul2 cerita hantu tu..

    ReplyDelete
  5. oh ni cerita bila punya nim? sejak bekerja ni jarang dah nak update-update filem latest.

    ReplyDelete
  6. Hohoho...x berani den nak tengok sbb memg jnis penakut

    ReplyDelete
  7. Sk tgk filem begini..mmg layan..

    ReplyDelete
  8. Taknak tengok, nanti anak-anak takut, heheheh

    ReplyDelete
  9. Ahah, ada juga geng. Mana boleh nak buat wordless wednesdaykan, rasa nak memberontak je jiwa karat ni tak leh menulis panjang-panjang tau. Legalah tau bukan akak sorang je ada penyakit cam ni. Hahaha....

    Cerita unborn ni dah beberapa kali nak tengok kat youtube pastu tertidur. Asyik gitu je kerjanya. Masa bulan Haluween aritu, tiap malam akak layan citer hantu sensorang. Pastu bila tetiba bunyi cicak je, akak dah start buat sound system ala-ala cerita seram. Pandai pulak takut ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com