HATI HATI DENGAN BLOGGER NI KATANYA...

11.11.14 Suria Lekatlekit 11 Comments

Blogger ni kerja dia takde lain.. cari kelemahan, kesilapan & kesalahan orang jer kemudian up kat blog bajet dia gud gud sangat. Hati hati la dengan dia jangan sampai hangpa pulak jadi mangsa dia.. mulut dia lazer.. Ramai orang yang tak suka. Dah la penulisan macam novelis murahan. Ramai yang suruh aku boikot.. ramai yang suruh aku berhati hati dengan dia... bla.. bla... jahat.. bla.. bla.. mulut puaka.. bla.. bla..

Sumber google

Itulah kata kata pernah aku terima. Tapi.. ada ku kesah sangat? Aku ni banyak tulis pasal isu2 semasa tapi bukan copypaste berita. Aku lebih suka mengopek sesatu isu dari sudut pandangan peribadi aku sendiri. Isu2 tu tak semestinya keluar akhbar jer.. tak kira la apa2 isu yang menarik perhatian aku untuk aku kupas kupis.. aku tulis je kat blog tapi bukan semua pun  nak memburukkan orang. Salah satu pasal isu Kak Roslina Shaharuddin yang di tuduh menghina surirumah sebenarnya hanya salah faham. Aku ada tulis pasal tu kat entri ni Penjelasan Roslina Shaharuddin 

Maybe kak Roslina terbaca blog aku dia ada PM aku kat Facebook memberi penjelasan yang lebih terperinci sebab yang screenshoot perbualan dia dengan seseorang tu katanya bukan penjelasaan & masih ada yang tak faham & bagi komen negatif so dia jelaskan pada aku supaya aku boleh tolong sebarkan.

 Apa yang aku faham kak Roslina hanya menulis balik penghinaan yang dia terima dalam komen yang menjadi viral tu menyebabkan salah faham berlaku sebab memang pedas sangat ayat dia. Korang boleh rujuk entri ni Penjelasan Roslina Shaharuddin

Hope yang mana masih salah faham dengan kak Roslina Shaharuddin ni jelas dengan sejelas jelasnya & bagi mereka yang anggap aku blogger yang hanya reti tulis buruk orang pun jelas jugak la kan. Yang buruk aku cakap buruk.. yang baik aku cakap baik.. Yang tak betul aku cakap tak betul. Sapa2 yang rasa perlukan aku untuk membetulkan keadaan.. nak2 lagi yang jadi mangsa viral atas salah faham pun boleh je kalau nak aku up dalam blog tepian longkang ni. Aku tak minta bayaran pun. Janji cukup bukti... Simple.

P/S : Even sipolan yang cakap tu sorang dua.. namun tetap perkataan ramai di gunakan untuk menunjukkan betapa ramainya orang tak suka den. Takpe den faham tu namanya strategik menjatuhkan orang. hahahahaha
 *Kak roslina entri tu tak boleh saya padam nanti orang jadi tak faham cerita so saya link kan entri tu jer dari sini supaya orang yang tak faham nanti dia boleh rujuk semula. Sebab tu saya tulis semula penjelasan akak*

11 comments:

  1. dah baca dulu..tapi akak x amik port sangat

    ReplyDelete
  2. hehe...cik lekit popular
    tu pasal orang gerun dengan apa yang dituliskan
    tapi bagus juga kan, satu publisiti untuk blog ni =)

    apapun harap kak roslina tabahlah menghadapi hari mendatang
    saya bersimpati dengan dia

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni mmg x beh komen seduka hati..kang ada yg capture dan viralkan...mcm2 hal skrg dan harus hati2

    ReplyDelete
  4. harap2 dah takde la isu yg dibangkitkan lagi kan sis..
    hope kak roslina tu terus tabah..
    lepas ni nak komen ke kena cakap siang pandang2 gitew...

    ReplyDelete
  5. OOoo..nak buat cemana kan..awal2 dulu kalau cakap bagi terang tak payah nak kena tabahkan jiwa terima kecaman orang..

    Akak kan,selalu nampak ayat2 pening kat facebok nih...komen tak tahu yang mana hujung mana pangkal.tu belum yang shortform lagi...memang tak layan le..heheh

    ReplyDelete
  6. yang sibuk menghina mengata membodohkan orang lain tu bukan dia tolong bayar bil pun.. pada saya tak berbaloi nak sedih2 kalau orang kata kat kita.. the best revenge adalah tunjuk kat orang yg kita boleh hidup bahagia dan berjaya walau pun berbuih mulut orang menghina..

    ReplyDelete
  7. Susah kan kalau ada viral2 ni.
    Kat klinik pun selalu ada viral,
    Tapi, viral fever lah xD

    ReplyDelete
  8. lepas ni kena hati2 dengan blogger ni hehehe

    ReplyDelete
  9. teruskan penulisan anda... terang, jelas dan jitu.. ini yg kita mahukan.. i support u dear..

    ReplyDelete
  10. Saya suka dengan penulisan Suria. Jujur dan terang ternyata.

    ReplyDelete
  11. Okey, akak tak faham makanya akak tak mahu menyalakan lighter dekat dengan dapur gas. Takut sendiri yang terbakar. Cerita pasal apa ni....nanti nak bacalah. Nasib baik entri tak deletekan, kalau tidak selamanya akak tak faham!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!